Majlis perkahwinan atau pertunangan yang pastinya hantaran lah antara yang menjadi perhatian tetamu dan keluarga. Bukanlah dari segi mahal atau murahnya, itu bergantunglah pada bajet masing-masing kan, tetapi dari segi hiasan dan dekorasi nya yang menjadi tumpuan. Ketika ana bertunang dahulu , hantaran barang-barang ni cuma yang wajib sahaja seperti beg tangan, kasut, sepersalinan kain, telekung, produk penjagaan atau solekan dan sebagainya. Lain-lain yang buat jadi banyak adalah kuih muih sumbangan keluarga terdekat. Meriah sangat.

Ketika era itu juga kebanyakan hantaran akan di gubah cantik. Antaranya tuala ada yang di gubah menjadi buah, kain jadikan bunga, kasut jadi bentuk arnab dan macam-macam kreativiti mereka yang pandai dalam gubahan ni. Makanan pula biasanya hanya di bungkus di dalam plastik lut sinar berwarna-warni atau transparent tu. 


kredit foto IG@thehantaran.nj



Cara bungkus dan balut Hidden Hantaran 


Zaman berubah era juga berubah mengikut arus permodenan , makin cantik dan kreatif pelbagai bentuk hantaran di zahirkan dengan bajet masing-masing. Lagi mewah bajet lagi grand dan cantiklah hiasan gubahan hantaran majlis. Tetapi  terbaharu kini ana lihat ramai pula yang memilih hantaran pertunangan atau perkahwinan dengan tema ' hidden hantaran '. Beberapa contoh hidden hantaran ada di SINI  . Di mana hantaran di isi di dalam kotak kemudian di bungkus atau di balut dengan kain dan kemudian di selitkan bunga dan hiasan. 




Tampak kemas, unik dan cantik serta tersembunyi apakah isi hantaran yang di beri. Menarik juga kan. Apapun terpulanglah pada hasrat, impian setiap pasangan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri bagaiman cara membalut atau membungkus hidden hantaran ni, ana jumpa beberapa tutorial perkongsian dari imej Google dan Pinterest yang mengajar langkah demi langkah. Selamat mencuba ... Kredit buat pemilik foto-foto di bawah, ( boleh tag di bahagian komen nanti ana kredit pada foto ) .






8 Comments