Dunia permainan kami dulu-dulu

Bila terlihat posting beberapa keping gambar di facebook sehari dua ni, Masyaa Allah.. teringat kembali dunia kanak-kanak ana dulu-dulu. Membesar sebagai anak 80-90an ni terlalu banyak kenangan yang kami lalui yang tidak lagi di alami oleh anak-anak zaman kini. Ketika itu bermain dengan persekitaran yang ada, berkawan bergaduh berebut dan baik semula adalah asam garam persahabatan zaman sekolah. 

Bersekolah rendah di sebuah sekolah kebangsaan aliran Inggeris waktu tu, Methodist Girl School, Teluk Intan atau kami kenali dengan nama sekolah MGS. Rakan-rakan terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan komuniti. Masa tu kalau anak cikgu dah di anggap anak orang senang dah lah kan, pergi sekolah naik kereta. Kami yang biasa-biasa ni akan naik bas atau pun ada yang mengayuh basikal sahaja ke sekolah. Masa tu tak ada pula kes jenayah yang banyak, Alhamdulillah. Kalau takut pun takut kena kejar dengan orang tak siuman atau pun di momokkan dengan cerita benggali bawa guni nak potong kepala buat jambatan. Huhu !! Tak tahu lah mana datang cerita tu tapi kalau nampak je benggali atau kaum Sikh ni bawa guni cukup takut ya amat. 


Kami bermain semula ketika reunion dua tahun lepas di sekolah rendah kami 




Dunia kanak-kanak 1980-90an


Bermain dengan persekitaran yang ada bersama kawan-kawan mahupun saudara mara di rumah atau sekolah. Kalau perempuan macam kami ni, main masak-masak, main anak patung kertas, anak patung kain, main aci kejar, aci nyorok dan sebagainya. Kalau di sekolah pula sampailah ke darjah enam main cop tiang, galah panjang, laililai tam plong dan banyak lagi lah permaianan kanak-kanak ketika itu. 

Siap lah kalau kalah ada yang tak puas hati boleh gaduh tau. Tapi tak lah bergaduh fizikal habis kuat merajuk tak nak kawan seminggu. Siap ada simbul guna jari tu putus kawan, adoi. Pas tu nanti elok lah balik, bukan ada kawan lain pun nak bermain kemudiannya. 


permainan teka anak 



Kalau di sekolah dahulu, kami main macam dalam gambar di atas ni. Seorang kawan akan pukul pergelangan tangan dan tekan pada hujung nya. Kemudian timbul lah biji-biji macam dalam gambar tu, entah apa sebenarnya dalam istilah sains pun ana tak tahu :) . Tapi masa tu kami percaya, itulah bilangan anak yang bakal kami dapat bila dewasa dan berkahwin nanti. Haha!! Kelakar kan.. Bukan nya betul pun tak tetap main juga untuk hiburan. 



Buku biodata 


Gambar ini juga satu kenangan buat ana. Kami panggil ni buku biodata. Setiap murid mesti ada buku tebal yang kami balut cantik-cantik, bungkus plastik dan hias muka depannya. Dalam tu setiap pelajar, selalunya pelajar perempuan lah kan, akan di beri buku ini untuk isi dan tulis kan biodata masing-masing. Sibuk sangat nak tahu cita-cita, hobi, makanan kegemaran, warna kesukaan, rancangan tv kegemaran kengkawan.Siap tulis nama best friend lagi, kau. Buku ni biasanya kawan akan bawa balik dan deko-deko lah pada muka surat yang depa tulis biodata tu. Sampailah ke zaman sekolah menengah ana masih ada buku ni. Tapi masa tu dah advance sikit sebab ada kawan-kawan yang siap gam gambar masing-masing. Alhamdulillah sampai hari ini ana masih simpan gambar kawan-kawan dengan baik, cuma buku tu dah hilang di telan zaman. 


Permainan Nama Negeri 


Ini juga salah satu permainan dalam kelas masa di sekolah dahulu. Ana panggil main nama negeri. Habis koyak buku latihan sebab nak main nama negeri ni. Selalunya kami koyak di bahagian tengah sebab tak lah tertanggal muka suratnya. Hehe :) Buat lah beberapa kolum dan atas tu tulis tajuk Nama, Negeri, Buah, Binatang, Benda dan lain-lain. Selalunya lima kolum sahaja sebab satu kolum jawapan yang berlainan adalah 20 markah , jadi lima kolum markah penuh 100 markah lah. Kalau sama dua orang kawan jawapannya jadi 10 markah seorang dan kalau 3 dan selebihnya sama kongsi lah 5 markah seorang. Setiap pemain akan bergilir memberi satu huruf dan pemain ni kena lah isi mengikut kategori dengan huruf pertama dari abjab yang di beri tu. Contoh kalau di beri huruf A, Nama - Anis, Negeri - Amerika, Buah-Anggur, Binatang - Arnab dan Benda - Almari.. dan seterusnya. Makk Aii!!! Throwback sungguh kan. 

Begitu lah coretan kenangan kami zaman anak-anak 80-90an tanpa sebarang gajet. Main lah dengan apa yang ada. Dan ia akan kekal jadi kenang-kenangan hingga ke akhir hayat. Ada ketika nya rindu itu datang menjengah emosi dan kenangan silam kembali mengisi ruang hati.

Dunia permainan kami dulu-dulu Dunia permainan kami dulu-dulu Reviewed by Ana Jingga on September 26, 2019 Rating: 5

34 comments:

  1. Each mmg mengimbau la semua permainan Tu mama pun Ada main dgn kawan hihi rindu plak

    ReplyDelete
  2. kenangan lama yang tak akan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, kita cuma mampu mengenangi kembali sahaja lah :)

      Delete
  3. Kannnn. skrg budak2 dah tak main dahhh. Teringat la zaman kecik2 dulu. Main sep2 tiang haha, tuju tin tuju selipar. YaAllah tu belum main rumah2 pasang kusyen rumah atok and nenek rinduuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu nya semua itu akan kekal di dalam memori terindah Ain :)

      Delete
  4. Semua Yaya pernah main. Haha. Seronoknya zaman kanak-kanak dulu kan. Permainan nama negeri tu Yaya ajar anak-anak main. Seronok betul dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni kalau main nama negeri jauhkan dari phone yaya depa boleh google hehe :)

      Delete
  5. Yang teka anak tu legend gilee hahahaha...berdekah kalau ingat buat gan geng sekolah dulu hahahaha sampai ada yang takde bijinya pun ado

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan SL beriya lah tepuk tangan nak tengok timbul ke idak adoiyai :)

      Delete
  6. Hahah kelakar kan kak ana bila ingat balik. Banyak jugak la permainan kita masa dulu-dulu. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, anak kita asyik main dengan gajet je tak tau nak main permainan macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah Kinah, ni baru sedikit sahaja permainan kita dulu2, banyak lagi sebenarnya tak sempat nak fikir :)

      Delete
  7. Kenangan semua ni kak AJ. Rindunya.

    ReplyDelete
  8. hahahahha... dana pun pernah main semua tu, mmg itu lah antara permainan yg sangat popular dulu2 bila kenang-kenang rasa dah tua sangat kita nih, tp seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat kan DANA bermain dengan kengkawan waktu tu :)

      Delete
  9. follower 1098.
    wah, mengimbau memori tu. betul....zaman kanak2 kita dulu meriah. mcm2 mainan ada. semua tak perlukan modal. jan jala itik, baling selipar, pegang tiang..eh mcm2 la.
    jadi je kalau time rehat tu pun sempat main. kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mummy ayu. kann bukan main makan cepat2 sebab nak main hehe :)

      Delete
  10. Seronok zaman sekolah kan๐ŸŒน๐ŸŒน

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, kunjung balas dari pemudattbc. hehe. done follow sekali. Permainan sebegini budak2 zaman sekarang dah tidak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, mungkin ada yang masih bermain agaknya namun kalau tak di berikan pendedahan ia kian luput di era dunia digital kini, terima kasih atas following sini, happy blogging naa :)

      Delete
  12. Zaman budak kak era tahun 60an-70an. Masuk 80an dah habis menengah. Permainan dulu semuanya best sebab bermain dalam kampung beramai-ramai. Campur lelaki perempuan. Mai musim badminton semua pat beli reket. Dulu shuttlecock 2 kupang satu. Kami kongsi sorang sikit. Musim hoki pakat pi cabut batang ubi kayu cari yang ada ketoi kat bawah tu
    Asah bagi bentuk kepala habuan nak pukul bola. Kreatif budak2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, bila musim badminton semua pakat beli raket dan main. segala permainan pun guna kreativiti masing-masing waktu itu. Tapi ianya tetap seronok bila bermain bersama :)

      Delete
  13. Setuju. Ada je waktu Cikgu lewat masuk kelas mula la kumpul kat satu meja.. Waktu rehat makan laju-laju semata-mata nak main.. Yang permainan nama negeri ikut abjad tu kami siap beli buku khas kat koperasi sekolah.. Hehe. kenangan sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann PC, pantang ada masa terluang laju je nak main bersama kawan-kawan sekelas ni :))

      Delete
  14. seronok permainan zaman dulu ini.. Biodata tu usah cakaplah.. Jadi banyak setiap kali hujung tahun.. Ada yang pindah.. Lepas tu bila pergi program.. lagilah bertambah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada zaman dedulu kan kira sekarang ni ala-ala FB lah lebih kurang cuma boleh update sekali je lah hehe :)

      Delete
  15. kenangan zaman kanak2 rindu... seronok main permainan zaman dahulu...

    ReplyDelete
  16. Samalah permainan teka anak tu K. Ana dengan cara Mrs. A hahahhaa... kira permainan global jugaklah tu kan.

    Buku tu Mrs. A panggil buku authograph yang satu lagi tu main nama, negeri, binatang, buah nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kiranya Mrs A merasa lah pengalaman bermain permainan seera dengan kak ana hehe :) nostalgia sangat kan :)

      Delete

Powered by Blogger.