Menulis dengan air mata yang tak mampu nak di bendung lagi. Allahu.. dah genap sebulan Ujir tak balik ke rumah kami. Last dia masih bersama kami ketika birthday Adik Ika 22hb September 2019 lepas. Adik sempat ambil dia ambik gambar bersama kek birthday Adik. Dan itulah hari terakhir kami bersamanya. Ujir.. kemanakah dia menghilang ? Makan atau tidak dia sekarang ni? Di mana dia tidur ? Sihat ke selamat ke dia? Semua ini bermain difikiran kami sekeluarga.




Ujir memang manja dengan ana. Tiap kali balik meronda, kalau ana sedang berbaring di atas sofa atau pun dalam bilik tidur atas katil pun, dia akan terus naik dan tidur manja atas perut ana. Manja Subhanaallah. Makan minum memang kami sediakan, tempat tidur dia pun special di atas tong air di belakang rumah dengan alas kusyen dan kain. Itu memang port tidur Ujir setiap malam.


Ujir kesayangan kami semua


Mungkin Ujir dah dewasa dan mengawan agaknya sebab tu dia mula berjalan keluar. Tapi selalunya Ujir akan balik juga bila lapar. Ini ana rasa dia dah jauh dari kami. Mungkinkah dia sesat ? Mungkinkah ada yang memeliharanya kerana dia kucing comel, bersih dan manja ? Mungkinkah ada orang yang buang di jauh dari kami ? Allahu Rabbi, tak sanggup nak fikir yang lebih buruk apa yang terjadi padanya. Dalam hati, dalam solat masih ana berdoa agar Allah swt memelihara keselamatan, pulangkannya semula kepada kami..Aamiin.


Tipah, Ujir dan Cholo 


Ujir lahir dua beradik bersama Cholo, anak si Tipah yang mana, Tipah juga menghilang macam tu sahaja selepas kami balik dari bercuti hari raya setahun yang lalu.  Kisahnya ana coretkan di SINI . Kami lah yang jaga dan besarkan dua beradik ni dengan penuh kasih sayang. Cholo dah dua kali beranak, yang pertama tiga ekor namun mati dua dan tinggallah si Nopal yang cacat sebelah matanya hingga hari ini. Dan sekarang ni Cholo ada 3 ekor lagi anak yang Alhamdulillah nampak membesar dan sihat. Nopal selalu main dengan Ujir yang kami gelar Pak Usu Ujir padanya. Sempat juga Ujir bermain dengan tiga ekor anak Cholo yang kecil-kecil ni sebelum dia menghilang.


Ujir dan Cholo masa kecil 


Memang dalam rumah ni, Ujir lebih di sayangi dari Cholo. Suami ana sendiri pun selalu bermain dan membelai Ujir. Anak-anak apatah lagi, memang Ujir lah yang paling kerap kena buli dengan Adik Ika sebab dia nakal dan manja serta suka bermain. Adik Ika lah paling rapat dengan dia sampai saat ini, Adik Ika terus berdoa agar Ujir kembali semula.


Dari kecil lagi Ujir & Cholo makan dan minum susu bersama 


Ujir lah peneman setia ana di rumah. Tiap kali nak menaip entri di desktop komputer, sibuklah dia baring depan monitor. Kadang-kadang macam-macam di tekan pada keyboard ni. Alih macam mana pun dia akan baring juga sambil lena. Ujir suka renung wajah ana lama-lama. Selalu ana cakap pada dia, nanti Ujir kalau kat syurga cari mama ye . Ana memang selalu bercakap dengan anak-anak kucing di rumah ni. Mereka lah kawan bergaduh, kawan bermain di rumah bila anak-anak balik kolej dan suami kerja.




Kini hanya ada Cholo, Nopal dan tiga anak kecil Cholo. Racheal ( Kak long panggil Si Comot ). YangYang dan Kunta Kinte sebagai teman. Setiap hari ana akan beri makan anak-anak bulus ni teringat pada Ujir. Kalau kami makan di luar datang sahaja kucing dekat, pasti kami beli lauk dan beri makan pada mereka dengan harapan akan ada orang lain yang akan beri Ujir makan. Anak-anak pun beli makanan kucing di kolej dan beri pada kucing-kucing di sekitar kolej dengan doa yang sama.


Ujir sedap tidur atas dada mama 


Namun begitulah hukum dunia, tidak ada satupun yang kekal bersama kita. Semua itu pinjaman dari Allah swt. Kami redho dan kami dah berusaha mencarinya sekitar taman, bertanya dalam group whatsapp lorong, walaupun tak ada yang respond. Mungkin tak semua orang ambil berat pasal kucing kan, kerana ia hanya seekor kucing. Ana abadikan semua gambar-gambar Ujir dan kucing-kucing yang pernah hadir dalam hidup kami di Instagram @anakanakTipah . 

Cuma bagi kami, kucing bukanlah sekadar seekor haiwan, tetapi bagi kami lebih dari itu. Haiwan yang hadir di sekitar kita adalah ujian buat kita. Sejauh mana kita ada belas ehsan pada mereka yang tak berdaya ini. Ya Allah.. lindungilah kucing-kucing di luar sana dan hadirkanlah insan-insan yang baik dan berhati mulia sentiasa melindungi mereka. Aamiin Ya Rabbul A'lamiin.

22 Comments

  1. manalah ujir ni .. harap2 ujir sihat dan dilindungi olehNya.

    ReplyDelete
  2. Alahai...saya tumpang sedih. Semoga Ujir selamat dan akan pulang ke rumah.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an ujir selamat dan kembali ke pangkuan tuannya.

    ReplyDelete
  4. bagi orang yang tidak suka kucing...bagi mereka kucing cuma haiwan.Bagi orang yang tidak memelihara kucing ada yang cuba memahami dan ada yang sinis perasaan kita.."alah cuma kucing kot"..tapi cubalah pelihara..sayangi..apatah lagi sedari bayi dipelihara..akan timbul satu rasa lain sayangnya pada haiwan peliharaan termasuklah kucing.Nak tinggal seharian pun sedih..apatah lagi bila tak balik ke rumah langsung..Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaa Allah begitu lah yang kak ana rasa sekarang ni PC, apapun redho andai itu janjiNya setakad itu sahaja kami dapat menjaga dan menyayanginya.. Sedih ni Tuhan sahaja yang tahu, PC :(

      Delete
  5. sebiji rupa dia macam si kelabu yang mendatang di rumah kami kak, cuma kelabu ekornya panjang lagi. kami pun tak pasti kelabu tu datang dari mana bertuan atau tak...
    dia mula dtg ke rumah kami 31 ogos dulu, kami cuma bagi makan minum kat luar rumah...

    moga ujir akan pulang jugak ke rumah akak nnti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin terima kasih Dana, sama lah Ujir pun asalnya mak dia datang ke rumah, kami beri makan terus menetap kat luar belakang rumah tu, dah lama2 jadi sayang sangat kan Dana :(

      Delete
  6. Alah..sedih plak.. moga Ujir akan pulang dgn selamat..tak kira lah bila..
    atie klu balik kerja, mesti panggil kucing dulu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya yang sayang kucing akan faham kan atie, aamiin terima kasih atie :(

      Delete
  7. Semoga Ujir pulang ke rumah. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. Memang sangat sedih. Kucing saya dah masuk dua tahun hilang. Saya sentiasa berdoa semoga satu hari kelak kami akan bertemu semula dan semoga dia sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak MAla, kalau mati dah pasti kita tahu dia dah tak ada tapi bila hilang macam ni macam2 yang kita fikirkan, Allahu

      Delete
  9. Touching Mrs. A baca k.Ana.
    InSyaAllah nanti dia baliklah tu mungkin sebab dia manja sangat ada orang yang amik dia bela.
    Walau di mana Ujir berada Mrs. A doakan dia selamat hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, Aamiin terima kasih Mrs A, hanya kita yang sayang kucing ni akan memahaminya kan :(

      Delete
  10. alaa ct pun xleh la kalau post2 macam ni.. sebab dah penah rasa perasaan tu macam mana jadi faham apa akak rasa skrng. sabar eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah CT sampai hari ni dah sebulan lebih dah, kak ana hanya mampu mendoakan semoga Ujir baik2 sahaja di mana juga dia berada sekarang ni, Aamiin

      Delete
  11. sedihnya bila kucing sendiri hilang.. harap2 jumpalah ..
    sy pun kalau kucing tak balik sehari mmg dah risau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nurul hanya yang sayang kucing sahaja akan faham apa yang kit rasai :(

      Delete