Jemu ayam goreng, jadikannya ala-ala teppanyaki
Kat rumah ni, sebolehnya memang ana akan cuba elakkan beli ayam untuk sajian menu. Bukan apa bila anak-anak balik depa memang tak nak makan ayam sebab sepanjang di kolej ayamlah menu mereka seharian. Tak nasi ayam, ayam cincang, nasi kukus ayam, ayam goreng kunyit dan ayam dan ayam lagi. Dah tu jelah menu yang bajet student kan, siapa pun yang pernah bergelar student mesti tahu sangat. Jadi bila depa balik bercuti atau hujung minggu ana akan beli ikan atau seafood masakkan anak-anak.
Tapi sudahnya nak tak nak ayam tu terbeli jugalah untuk menu seharian kami di rumah ni. Pening fikir nak masak apa setiap kali beli daging ayam kat kedai Acheh ni. Tak masak lemak, kari, masak kicap, goreng kunyit dan lagi dan lagi di ulang. Habis tu nak masak apa lagi ye tak ?
Tengahari tu asalnya ingat nak buat cucur beli lah taugeh RM1, dulu dapatlah 50 sen sekarang ni tak dapek yo lah. Beli ayam sebelah. Bawa balik teringat pula nak masak ayam goreng ala-ala teppanyaki yang pernah Adik Ika masak dulu. Cuma tak ada daun bawang, lobak merah, kicap manis dan sos tiram ada. Ana pun goreng ikut bahan yang ada dan sedap pula meratah panas-panas ayam goreng ala-ala teppanyaki. Tuu kat bawah ada ana kongsikan resepinya, cuba lah korang... kalau peminat taugeh hehe :) Sebabnya ramai juga yang ana jumpa anti-taugeh. Kalau nak resepi versi penuh teppanyaki yang pernah ana buat juga boleh ke SINI

Resepi ayam ala-ala teppanyaki
Bahan-bahan :
Isi ayam - potong dadu
Lobak merah - hiris halus
Bawang merah - hiris nipis
Taugeh - cari hat segar baru krup2
Sos tiram
Kicap pekat manis (AJ guna Jalen - oren)
Lada sulah
Daun bawang (jika suka)
Cara masak ayam teppanyaki mudah :
1. Perapkan ayam dengan kicap pekat manis.
2. Panaskan minyak dan goreng separuh masak.
3. Masukkan lobak merah dan bawang besar.
4. Rasakan dengan sos tiram, sedikit lagi kicap pekat manis dan lada sulah. (tak perlu buh garam jika dah cukup masin)
5. Taburkan taugeh dan matikan api. Kacau sebati dan barulah taugeh rangup.
6. Taburkan daun bawang jika suka.
Selamat mencuba
34 Comments
Wow... Sedap nie👆👆
ReplyDeleteboleh lah cuba nanti nay :)
Deletewah menarik tuh kak... dana kalau beli taugeh kt giant rm1 banyak dapat kak, kadang pakai timbang je 80sen pun dh banyak siap boleh masak dengan mee 2 kali.
ReplyDeletehehe kalau Dana minat taugeh boleh try nanti naa :)
Deletemenarik nmpknye ..bole try nanti
ReplyDeletetry laa mama senang sangat kan :)
Deleteterima kasih bagi idea...kadang-kadang hujung minggu buntu jugak kan.
ReplyDeletesekarang ni ammi selalu je share resipi utk suami sbb duty dia memasak during weekdays. Semoga resipi ni membantu dialah.
nanti try kay ammi :)
Deleteblh try menu ni..
ReplyDeletenmpk sedap! lama xmkn taugeh.. hihi
kalau taugeh tu rangup sedao ezy :)
Deletenampak sedap
ReplyDeletekak ana suka anum :)
Deletesedapni. tapikan kalau letak taugeh alamatnya khaty la kena habiskan nya, sebab anak-anak tak berapa gemar taugeh.
ReplyDeletekann khaty kadang2 memang anak-anak ni tak suka makan taugeh ni :)
DeleteKalau Sha buat nie, sha tak buh taugeh.. hehehe
ReplyDeletehaha Sha pun anti taugeh gak ye :)
DeleteSedapnya
ReplyDeletesedap mommy :)
DeleteTengok pun terliur, boleh cuba sebab bahan2 pun mudah dapat..
ReplyDeleteThank you kak Ana for sharing this recipe..
most welcome LZ ada masa nnt try naa :)
DeleteNampak sedap ni..boleh la SA cuba nanti...
ReplyDeletenanti SA buat versi negori lak naa hehe :)
Deletenak trylah.. macam best
ReplyDeleteboleh je cuba tatie :)
Deletekena try ni. nampak sedap dah.
ReplyDeletesila, sila haida :)
DeleteMenarik..simple
ReplyDeletekann nieyl simple je ni :)
Deletewah nampak lazat.. sihat pun sihat
ReplyDeletein shaa allah mama :)
DeleteNampak sedapnya😋. Saya dah follow back Kak AJ #1104. Thank you sudi singgah ke blog The Wonderful Jannah😊.
ReplyDeletetq jannah :)
DeleteMcm tulah kita mak2 ni..dok pening hari2 nak masak apa..haha..
ReplyDeletenampak sedap ni AJ. boleh cuba nti..:)
gitu lah kan atie :)
Delete