Menikmati kuih-kuih lama yang jarang dah di temui

Kuih muih tradisional ni kalau bukan kita untuk memperkenalkannya semula kepada genarasi muda, tak mustahil ia akan pupus di telan zaman. Banyak kuih muih yang kian hari kian sukar untuk di nikmati sekarang ni. Kalau ada pun dah di moden dan komersilkan dengan pelbagai citarasa kini. Orang sekarang ni lebih suka pada menu  yang viral dan popular. Kuih-kuih lama ramai anak-anak tak kenal dah pun. Zaman berubah, pilihan pun banyak.

Bila ana balik kampung di Teluk Intan ni, pasti suka sangat ke pasar tani atau pun gerai kuih muih di Kampung Bahagia atau pun di Padang Tembak sana tu. Di sana masih banyak di jual kuih muih tradisional lama yang jarang di temui di bandaraya. Yang penting keaslian rasanya masih sama. Macam-macam kuih muih tradisional lama ada di jual disini. Harganya mungkin ada perubahan kerana kos bahan mentah yang kian naik, namun keaslian rasa dengan lemak manisnya masih yang terbaik. Alhamdulillah. 


Kuih Dangai 




Kuih Dangai


Berkunjung ke Pasar Tani pagi Ahad di Teluk Intan baru-baru ni, ana beli lah sepeket kuih dangai ni. 3 keping tu berharga RM3. Panas-panas lagi ketika di beli dan adik penjual nya pun masih membakarnya lagi. Kuih dangai ni di perbuat dari 3 bahan sahaja iaitu kelapa parut, gula dan tepung pulut. Menu ini di isi dalam acuan dan di bakar. Ana beli bawa balik rumah nak kenalkan dengan anak-anak. Depa makan secubit rasa dah tak nak :( . Yelah kan rasa kelapa parut bakar sahaja bagi depa. Tapi paling tidak pun ana kenalkan juga dengan menu tradisional lama ni. Dulu-dulu ana sendiri pun tak berapa suka kuih dangai ni, tapi bila dah lama di tinggalkan teringin tu ada nak menikmati nya semula. 


Kuih Peria 


kuih peria 


Ini satu lagi kuih tradisional lama yang amat jarang nak jumpa di kediaman ana mahupun di sekitar KL. Kalau ada pun mungkin tak sesedap yang ana makan di kampung baru-baru ni ketika majlis doa selamat di rumah mak saudara kami, Wan Ati. Sedap sangat kuih peria yang Wan Ati hidangkan, dia beli je kuih ni. Lapisan luar tepung beras tu lembut macam kuih koci dan inti kelapa dalamnya pun sedap tak terlalu manis dan rasa lemak kelapa parut tu. 

Kuih ini ana tak pasti sangat apakah namanya yang betul-betul. Ana panggil kuih peria sebab bentuknya macam buah peria warna hijau pula tu kan. Tapi hasil dari beberapa carian di internet kuih ini juga ada yang berwarna warni lain selain dari hijau. 

Bila ana kongsikannya di FB, daripada komen rakan-rakan nama kuih peria ni berbeza mengikut daerah dan negeri. Di Melaka ia di kenali sebagai Kue sahaja dan intinya pula di buat dari kacang merah. Kat Trengganu pula depa panggil Loklit . Ermm.. macam-macam kan. Begitulah keindahan kepelbagaian dalam mewarnai perbezaan budaya dan resepi setempat. Kita raikan perbezaan dengan penuh keceriaan dalam budaya dan resepi tradisional. 

Apam nasi 



apam nasi 


Dan yang ini pula apam nasi. Apam nasi ni selalu ada sahaja di jual di sekitar taman kediaman ana mahupun di mana-mana jua. Ia cukup sedap di makan dengan kepala parut putih yang bercampur secubit garam. Ana sendiri pernah buat apam nasi dan Alhamdulillah menjadi lembut dan sedap. Kalau korang nak resepinya boleh klik sahaja --> RESEPI APAM NASI . Mudah juga nak buat dan apam nasi paling sedap dan jenis buat tanpa resepi sukatan bagai adalah dari air tangan arwah opah ana, Opah Teh. Memang sedap sangat dan arwah opah selalu buat dalam loyang dan kemudian potong-potong makan dengan kelapa parut. 

Banyak lagi sebenarnya kuih-kuih tradisional lama yang kian pupus jika kita tidak mengambil inisiatif untuk memperkenalkannya kepada anak-anak. Warisan menu-menu Melayu ini perlu kita promosikannya sebaik mungkin agar ia akan dapat di nikmati oleh generasi akan datang, In Shaa Allah. 
Menikmati kuih-kuih lama yang jarang dah di temui Menikmati kuih-kuih lama yang jarang dah di temui Reviewed by Ana Jingga on November 04, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. dana tak pernah jumpa kuih peria yang inti kelapa kak, kat tempat dana biasa yang inti nya kacang merah.... kalau yang inti kelapa tu mesti sedap kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inti kelapa tu mmg sedap dana. Tp kat kl ni x pernah jumpa. Akk suka yg inti kelapa tu

      Delete
    2. kak ana pula tak pernah makan yang inti kacang mereh mesti sedap gak tu kan Dana, IL :)

      Delete
  2. kuih peria tu tak pasti lak penah jumpa atau makan ka tak sebelum ni. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kuih tu agak rare dah sekarang ni UN , payah nak jumpa :)

      Delete
  3. first time ammi mkn kuih dangai masa iftar 4 thn lepas rasanya. dh rasa 1 mcm perghhhhh sedap sungguh. skrg mmg ammi ajar anak pulak mkn kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi suka ye, kena makan panas-panas kalau tak di ajadi liat sebab tepung pulut kan :)

      Delete
  4. kuih dangai dan apam nasi tu suka sangat..bila balik kampung rajin la cari..susah pulak nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam nasi tu feveret kak ana PC :) sedap kan sesekali makan kuih lama2 ni :)

      Delete
  5. Apam nasi ni feveret ummi.. lepas tu seri muke.. tok aji serban ..hehe .bnyk feveret tp nk buat sendiri xbrape nk pandai..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok aji serbannn ermm.. ni kak ana belum pernah kenal lagi, kena cari ni :)

      Delete
  6. Fav woooo kuih peria tu. Tapi tak ingat apa nama dia kalau kat tempat ai. Punya lah lama tak makan. Sekarang dah susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn memang payah nak jumpa dah laa ni AI kan :)

      Delete
  7. Kuih peria dgn apam tu memang suka sgt. tp kuih peria tu x pernah jumpa kat kl ni. Suka kulit dia yg liat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa IL payah nak jumpa kat KL Selangor ni :)

      Delete
  8. fav kuih dangai tu..bila balik Kedah mmg selalu kami singgah beli kat satu kedai tu..tapi tak ingat nama tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih dangai ni kuih belah utara kan Fuzy :)

      Delete
  9. kuih dangai dan kuih peria tu tak pernah rasa.
    Kuih dangai pernah jumpa, tapi tak tergerak hati nak cuba.
    Kuih peria langsung tak pernah nampak. Huhuhu.
    Banyak je kuih dulu2 yang orang sekarang tak jual dah. :(

    ReplyDelete

Powered by Blogger.