Resepi ikan siakap kukus cendawan

Cendawan lagi, tak habis-habis lah dengan cendawan nya kan. Dah nama peminat cendawan, itulah yang menambat selera keluarga itu lah yang akan ana masukkan dalam masakan. Kali ni bukan tumis, bukan tomyam dan bukan juga goreng tepung, tapi kali ini ana campurkan dengan ikan siakap dan di kukus bersama asam boi.

Wahh!! Gitu, kena lah kreatif kan walaupun dalam masakan. Kalau tak jemu juga asyik menu yang sama setiap masa. Ikan siakap ni mudah nak dapat kat kedai Acheh sekitar taman kediaman ana, harga pun murah juga. Lagi satu ikan siakap ni masak menu apa pun sedap kan, walaupun hanya di goreng lumur garam dan kunyit. Jemu dah masak sweet and sour, kita kukus lah pula kali ni. 




Meh lah kita kongsi-kongsi idea masakan menu sihat ni , yang kelainan nya ana campurkan cendawan enoki kesukaan adik Ika. 


Resepi ikan siakap kukus cendawan 


Bahan-bahan nya :

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumurkan garam 
1 biji bawang besar - mayang 
1 biji cili merah - hiris 
2 biji bawang putih - hiris 
1 inci halia muda - hiris halus 
cendawan enoki atau cendawan tiram pun boleh jer nak guna
2 biji asam boi
daun bawang - hiris halus
1 batang serai - hiris halus
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara masak ikan siakap kukus cendawan

- Satukan semua bahan di atas kecuali hirisan daun bawang. Pastikan letakkan juga bahan-bahan hirisan tadi di bahagian bawah ikan agar masak sekata rasanya.

- Tuangkan sedikit air kalau suka berkuah, jangan terlalu banyak sebab nanti bahan-bahan ni akan mengeluarkan air juga seperti bawang merah dan cendawan.

- Rasakan dengan garam dan lada sulah. Kukus sehingga masak. 

- Bagaimana nak tahu ikan dah masak, tengok lah kalau isinya dah putih tu masak lah ikan kita. Selalunya ana kukus dalam 20 minit ke 30minit, In Shaa Allah masak lah ikan. 

- Hidangkan panas-panas, bolehlah taburkan daun bawang dan juga perahkan limau nipis. Selamat mencuba naa :)

Resepi ikan siakap kukus cendawan Resepi ikan siakap kukus cendawan Reviewed by Ana Jingga on January 30, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Menu sihat ni Kak Ana..yang jadi bahaya bila hirup kuah nak bertambah nasi..hihihi.
    Terima kasih kak kongsi resipi.Betul kalau sama je jemu jadinya kan..

    ReplyDelete
  2. Baguslah makan cendawan...lagi satu, kalau dah ada cendawan, tak payah susah-susah nak menambah sayur kalau masa terhad, kan kan..
    Lama gak tak sti ikan hehehe

    ReplyDelete
  3. ikan siakap sekarang nk beli dah mudah harga pun berptutan tapi kalau makan kt kedai seekor masak 3 rasa mesti rm30 lebih, masak sendiri lagi puas hati...

    sedapnya kak kukus gini, dana selalu fail masak kukus gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau makan di restoran mahal juga harganya satu menu kan Dana, beli masak sendiri berbaloi :)

      Delete
  4. Kreatif Ana..mmg blm pnh try msk siakap steam letak cendawan. Pastu dah takyah masak menu sayur lain..hehe

    ReplyDelete
  5. rajinnyer masak ikan siakap.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling mudah ni wak lebur je semua kukus siap hehe :)

      Delete
  6. menu yg mudah di masak sedap dimakan..tk pernh ltk mushroom enoki

    ReplyDelete
  7. Waaa sedapnya nmpk mknn tu.. tq for sharing resepi

    ReplyDelete
  8. ada asam boii la ditambah. tak pernah cuba..
    kadang2 ade beli jugak siakap besaar macam ni n memang sedap la kukus..
    nak try nanti letak asam boi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.