Hari ini telah masuk 1 Ramadan 1441H.. Hari pertama umat Islam seluruh dunia menunaikan rukun Islam ke 3. Cuma tahun ini, kali ini ianya amat berbeza, situasi yang amat baharu dari norma yang biasa kita lalui sepanjang hayat ini. Bohong lah kalau ana katakan jiwa tak terusik, hati tidak sayu malahan dalam sujud mengalir airmata pilu membasahi sejadah. 

Bercelaru jiwa dengan ujian yang sedang kita tempohi ini. Bagi sesetengah orang mungkin tiada terkesan, tapi pada ana ia sangat-sangat memerlukan kekuatan hati untuk melawan emosi yang kian rapuh. Ana tak biasa dan inilah kali pertama Ramadan sesepi ini, sepilu ini yang bakal di jalani. 

Ramadan kali ini hanya untuk kami berempat di rumah jalani. Apapun tetap bersyukur kerana suami dan anak-anak disisi. Menikmati juadah yang seadanya kerana banyak yang perlu di jimatkan. Akan datang tak pasti apakah yang bakal berlaku kerana ekonomi kian merundum. 




Ramadan kali ini amat di rasai kesedihannya bila tak akan berpeluang untuk sama-sama berbuka dan bersahur bersama mak abah, adik beradik di kampung. Rindu dan sayu bila tak dapat sama-sama ke bazar Ramadan Teluk Intan, menikmati juadah idaman seperti bandung tarik, rojak dan mee Mastan Ghani, popia Rahiman dan lain-lain lagi. Tiada lagi berbuka beramai-ramai selepas masak di dapur wan dan wancu, berebut air minuman, anak-anak buah comel tumpahkan air dalam nasi.. Allahu.. rindu serindunya pada semua .

Ramadan kali ini juga setiap saat teringatkan mak dan abah berdua di kampung. Pasti hati mereka lebih sedih puasa kali ini anak cucu tak dapat balik dan bersama bangun sahur. Rindu masakan mak.. Tuhan.. lemahnya jiwa bila mengenangkan semua ini. 

Ramadan kali ini juga tidak semeriah sebelumnya, deruman motor lalu di halaman menuju masjid menunaikan Tarawih  dan moreh. Tadarus kejiranan juga tiada dapat di ulangi lagi. Hebatkan ujian kita kali ini. 




Namun, jiwa ini perlu kuat untuk tempohi jua . Entah apa lagi yang bakal mendatang kita tak pasti. Kadang-kala hati ini hadir juga rasa marah, namun pada siapa yang harus dipersalahkan. Ini ujian, ujian buat kita semua. Situasi kita mungkin tak sama, takdir kita juga berbeza. Semua orang boleh berbicara mengikut nalurinya sendiri. Terpulanglah.. asal jangan sampai menyakiti sesama insan. 

Tuhan.. Semoga semua ini akan segera berakhir. HambaMu takut dengan setiap petanda yang hadir satu demi satu waktu ini. Namun masih bersangka baik padaMu, masih mencari hikmah yang tersembunyi, dan masih utuh berdoa mengharapkan keampunan dan keehsananMu agar kami masih berpeluang melalui hari-hari mendatang dalam kehidupan sedia kala...Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal A'laamiin. 

Selamat menunaikan ibadah puasa,menjalani ibadah sepanjang Ramadan Kareem 1441H dalam suasana yang baharu,normal yang baharu katanya.. Semoga amalan kita akan diterimaNya jua.. Maafkan saya andai pernah coretan di ruang sepi ini ada mengguris hati walau sebesar zarrah sekali pun kerana saya adalah manusia biasa yang tak mampu kalis dari dosa. Salam penuh kasih sayang dari - www.anajingga.com 💕

28 Comments

  1. selamat menyambut ramadhan al-mubarak AJ. semoga Aj sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga ibadah ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas

    ReplyDelete
  2. Bohong kalau PC kata PC kuat kak..setiap kali solat doa..biar semua ini segera berakhir kerana rasa rindu pada babah mama sangat menyesakkan hati danfikiran..lama sangat tak jumpa mereka.Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahu..sama lah kak ana PC kadang nak call bercakap pun kena redha kan hati dahulu takut mak rasa sedih anak cucu tak dapat balik beraya dan puasa ni :( sama-sama kita teruskan berdoa ye

      Delete
  3. salam ramadhan & selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Kann Kak, bangun sahur je rasa sayuu jee...tak tau laa nak kata apa, rasanya semuanya macamtu kann..tapi alhamdulilah diberi kesempatan untuk jalani puasa lagi...

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadan Ana. InsyaAllah ada hikmahnya semua ni kan. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  6. Allahu Akram..
    Selamat menjalani ibadah puasa Ana..

    ReplyDelete
  7. salam ramadan al mubarak to you and your family.

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa buat kak Ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Semoga tabah menempuh dugaan berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah Fida semoga sama-sama kita tempohi ujian ini hingga ke akhirnya

      Delete
  10. Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    ReplyDelete
  11. bersabar dgn ujian Allah teruskan ibadah spt Ramadan lalu

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa AJ mmg Ada kesayuan tahun Ni tapi takpelah nanti Kita akan berjumpa juga dgnnkeluarga

    ReplyDelete
  13. Betul kak ana. Ramadhan kali ni berbeza betul. Rindu pada ahli keluarga lain. Berbuka sama2. Kami pun berempat. Hikmah juga masih bujang. Dapat berbakti pada ibu bapa. Semoga kak ana kuat ye. Mari kita doa banyak2 wabak ni segera berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin in shaa allah SAL ,jaga diri baik2 kay

      Delete