Resepi popia sira pedas
Entri resepi lagi lah yer. Dah bulan Ramadan dan masih dalam PKP tak keluar ke mana-mana ni aktiviti dirumah kalau tak masak,makan, berkebun dan kemas rumah lah sahaja yang boleh kita lakukan. Bulan Ramadan kali ini juga tak sama dengan sebelumnya. Tiada bazar Ramadan, maka pilihan terbaik adalah masak sendiri atau COD sahaja secara online. COD ni kalau dapat penjual yang dah pernah kita rasa masakannya, tak jadi masalah, cuma untuk yang tak berapa kenal dan tahu akan kesedapan menu tu ermmm...
Hari ini nak berkongsi satu lagi resepi feveret bulan Ramadan, popia sira. Sebelum ni beberapa kali juga dah ana buat popia cuma tak pernah buat yang bersira. Dapat resepi siranya ni dari adik sepupu yang berniaga, dah boleh agaklah kan resepi Nurul ni menjadi punya lah. Ana try dan Alhamdulillah sama macam jual kat gerai tu. Lain kali boleh dah buat popia sira, senang sangat pun bahan-bahannya.
Cara buat popia goreng bersira..
Selalunya ana akan buat popia goreng ni menggunakan kulit popia segera atau spring roll tu sahaja. Boleh di beli di pasaraya dalam bentuk frozen kan. Belum ada kepandaian nak buat sendiri home made kulit popia ni. Cuma kalau setakad popia goreng memang menjadi, kalau nak jadikan popia basah dengan kulit popia segera ni memang tak sesuai. Kena juga dapatkan kulit popia asli.
Untuk inti popia sira kali ini ana menggunakan isi ayam menggantikan udang kering. Maklumlah dalam tempoh PKP ni, keterbatasan segalanya, jadi ana gunakan sahaja apa bahan yang ada di dalam peti ais. Sekiranya korang nak buh udang atau udang kering tak jadi masalah, masukkan sahaja sebagai inti bersama sayuran.
Isi ayam (boleh juga gunakan udang kering)
Carrots ( parut)
Taugeh
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Lada sulah
- Ayam tu ana goreng dan carik-carikkan isi nya sahaja supaya mudah nak gaul rata bersama sayuran.
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan isi ayam bersama lobak merah yang di parut kasar.
- Masukkan taugeh dan matikan api.
- Kacau rata dan rasakan dengan garam dan lada sulah. Sejukkan seketika sebelum balut dengan kulit popia.
- Panaskan minyak dan goreng sampai perang sahaja dah memadai kerana kulit popia segera ni cepat garing. Toskan.
Boleh sahaja tengok cara masak popia sira ni di dalam video di atas tu . Untuk bahan siranya pula :
Cili giling
Gula
Minyak masak
Sedikit air
Biji Bijan - untuk hiasan
- Campurkan semua bahan dan masak atas api hingga berkilat. Bolehlah sirakan popia tadi di dalam kuali atau jadikan sos pencolek sahaja kalau ada anak-anak yang tak berapa tahan pedas, kan.Taburkan biji bijan untuk hiasan. Adjust lah ikut citarasa masing-masing
Selamat mencuba
18 Comments
Semalam berangan nak buat popia sira pedas begini wat buka puasa. Bila masuk dapur lain pulak jadinya... heheee. Jamu mata di sini sajalah.
ReplyDeletepas pas ni boleh buat pula amie :)
DeleteSemalam berbuka puasa popia
ReplyDeletetapi tak siralah.
hehe boleh jer kan wak nak sira ke tak sira pun sedap :)
DeleteWaduh sedap nya popia sira pedas... dana sampai sekarang tak pakar buat sira yang sedap hheheh
ReplyDeletetry resepi kak ana ni Dana mana tahu kena dengan selera Dana :)
Deletesaya takut sikit kalau sira, selalu buat sira tak jadi..stress
ReplyDeletehaha boleh pula Diah yer :)
Deletekegemaran saya ni..
ReplyDeletekalau ada bazar memang kuih ini dan
murtabak yg dicari dlu
itulah SY memori bazar ramadan kan :(
DeletePOPIA BERSIRA PEDAS N MANIS SEDAP TU
ReplyDeletekan PI sedapp :)
DeleteMasyaAllah sedap nye popia sira.
ReplyDeleteFeveret ni
buat lah DP :)
DeleteEsok boleh try ni...dah kebuntuan nak masak apa utk kudap2
ReplyDeleteyess!! Buat naa Fida :)
DeleteSedapnya! Lama tak makan ni.
ReplyDeletebolehlah try buat ni :)
Delete