Entri resepi lagi lah yer. Dah bulan Ramadan dan masih dalam PKP tak keluar ke mana-mana ni aktiviti dirumah kalau tak masak,makan, berkebun dan kemas rumah lah sahaja yang boleh kita lakukan. Bulan Ramadan kali ini juga tak sama dengan sebelumnya. Tiada bazar Ramadan, maka pilihan terbaik adalah masak sendiri atau COD sahaja secara online. COD ni kalau dapat penjual yang dah pernah kita rasa masakannya, tak jadi masalah, cuma untuk yang tak berapa kenal dan tahu  akan kesedapan menu tu ermmm... 

Hari ini nak berkongsi satu lagi resepi feveret bulan Ramadan, popia sira. Sebelum ni beberapa kali juga dah ana buat popia cuma tak pernah buat yang bersira. Dapat resepi siranya ni dari adik sepupu yang berniaga, dah boleh agaklah kan resepi Nurul ni menjadi punya lah. Ana try dan Alhamdulillah sama macam jual kat gerai tu. Lain kali boleh dah buat popia sira, senang sangat pun bahan-bahannya. 





Cara buat popia goreng bersira..


Selalunya ana akan buat popia goreng ni menggunakan kulit popia segera atau spring roll tu sahaja. Boleh di beli di pasaraya dalam bentuk frozen kan. Belum ada kepandaian nak buat sendiri home made kulit popia ni. Cuma kalau setakad popia goreng memang menjadi, kalau nak jadikan popia basah dengan kulit popia segera ni memang tak sesuai. Kena juga dapatkan  kulit popia asli. 

Untuk inti popia sira kali ini ana menggunakan isi ayam menggantikan udang kering. Maklumlah dalam tempoh PKP ni, keterbatasan segalanya, jadi ana gunakan sahaja apa bahan yang ada di dalam peti ais. Sekiranya korang nak buh udang atau udang kering tak jadi masalah, masukkan sahaja sebagai inti bersama sayuran. 

Intinya :

Isi ayam (boleh juga gunakan udang kering)
Carrots ( parut)
Taugeh
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Lada sulah

- Ayam tu ana goreng dan carik-carikkan isi nya sahaja supaya mudah nak gaul rata bersama sayuran. 
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan isi ayam bersama lobak merah yang di parut kasar.
- Masukkan taugeh dan matikan api. 
- Kacau rata dan rasakan dengan garam dan lada sulah. Sejukkan seketika sebelum balut dengan kulit popia.
- Panaskan minyak dan goreng sampai perang sahaja dah memadai kerana kulit popia segera ni cepat garing. Toskan.



Boleh sahaja tengok cara masak popia sira ni di dalam video di atas tu . Untuk bahan siranya pula :

Cili giling

Gula

Minyak masak

Sedikit air

Biji Bijan - untuk hiasan

- Campurkan semua bahan dan masak atas api hingga berkilat. Bolehlah sirakan popia tadi di dalam kuali atau jadikan sos pencolek sahaja kalau ada anak-anak yang tak berapa tahan pedas, kan.Taburkan biji bijan untuk hiasan. Adjust lah ikut citarasa masing-masing




Selamat mencuba