Dah jadi kelaziman setiap tahun kami akan menikmati makan colek di Warung Kita, Kg Melayu Sungai Buloh setiap kali bulan Ramadan. Dalam sebulan puasa tu satu hari kami akan ke sana menikmati colek ayam atau colek seafood. Pernah ana terbitnya di SINI .Cuma tahun ini nampaknya tak terjadi lah kerana negara sedang di uji wabak Covid19 dan sepanjang Ramadan dan Syawal kita berada dalam PKP. 

Tapi itu bukanlah alasan tak makan colek, kali ni versinya agak berbeza kerana ana buat sendiri colek ayam dan seafood di rumah sahaja. Walaupun tak sesedap dan sebanyak pilihan makan di Warung Kita, kira boleh lah juga sekadar melepas rindu makan colek ye tak. Dan terhasillah colek versi anajingga dot com. 



Buat colek ayam di rumah

Pasilah tak sesedap makan colek di Warung Kita dan bahan yang ada pun terhad masa-masa PKP ni. Malam tu ana cuma dapat hidangkan ayam , udang dan sotong goreng tepung sahaja sebagai bahan nya bersama keropok. Rezeki pula sebab Ida jiran kami bagi keropok Trengganu bersama coleknya sekali. Dapatlah jadi sos colek original Pantai Timur. Memang sedap dan beza sos colek Pantai Timur ni dan payah nak dapat kat sini. Ada manis-manis pedas dalam sos depa ni. 





Agak tak cukup syarat juga lah sebab tak ada ketam, paru dan aneka ball yang di goreng tepung serta tanpa salad sebagai ulamannya. Janji ada colek dan ayam pun Alhamdulillah sangat. Panjang umur Ramadan tahun hadapan boleh lah ke Warung Kita makan colek ye tak ? Mudah-mudahan. Makan colek ni di rindui sangat kerana ia hanya di jual ketika bulan puasa sahaja. Makan pula sebelah malam selepas tarawih. Kira moreh orang Pantai Timur lah makan colek ni.

Kaedahnya sama lah macam makan udang atau sotong goreng tepung kat Trengganu sana nun. Sama jer cuma colek ni dia ada macam-macam menu gorengan sos colek tu lah yang istimewanya lebih kurang macam rojak di campur-campurkan pilihan bahan gorengan dalam satu pinggan , di potong-potong, masukkan salad dan keropok tuang sos colek di atasnya. Itulah yang di namakan makan colek. Versi ana ni pun licin sepinggan besar kami moreh kan malam tu, Alhamdulillah. 

28 Comments

  1. Ha macam sama pula, makan colek lepas teraweh, saya suka juga makan colek sejak tau selalu pergi satu kedai di mutiara damasara...lain kali boleh lah try warung kita tu....

    ReplyDelete
  2. Sambil sembang,makan ramai-ramai nikmat ni..

    ReplyDelete
  3. Hehe rindu punya pasal terpaksa buat colek versi sendiri.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Teringin nak rasa colek. Tapi kalau ada malas nak rasa takut tak ngam.

    ReplyDelete
  5. Terliur lah pula kak Ana ooi :D

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa lagi coleh ayam ni... mesti sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya ada masa bulan puasa sahaja ni AK :)

      Delete
  7. Tak pernah makan. Ada resepi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan2 goreng tepung jer D, cuma colek tu dapat yang colek pantai timur baru ngam sedap colek depa ni :)

      Delete
  8. sedapnya sis, lapar rasa ni hahaha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. wah, nampak sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
  10. puas hati buat sendiri kan.. nampak sedap tu

    ReplyDelete