Lama gak terperam nak terbitkan entri resepi almond london ni. Macam yang ana cerita kan dalam entri buat semperit tradisional dan biskut florentine sebelum ni, kerana PKP ni lah kembali mood nak buat biskut raya tahun ni. Sekadar mengisi masa terluang dan kudapan anak-anak penyeri meja makan di Aidil Fitri yang sepi tahun 2020. Memandangkan hanya kami beraya berempat sahaja di rumah, terubatlah juga duka lara bila ada juadah di meja. Cuma hati sahaja yang terlalu sedih beraya tanpa mereka yang sangat istimewa di sisi. Tapi bila di kenangkan semula, ada lagi jiwa yang lebih sengsara khasnya anak-anak bujang yang beraya sendirian tanpa keluarga, kan. Alhamdulillah, kini kita sudah boleh balik ke pangkuan keluarga dan sambunglah raya selama masih ada Syawal. 




Selain dari semperit, anak-anak ajak buat almond london. Lama sungguh tak buat almond london ni, hampir lupa dah kaedahnya. Mujur sekarang ni mudah boleh sahaja cari di internet dan jumpa lah resepinya. Ana gunakan resepi dari rasa.my ni kerana ia sukatan cawan sahaja.Dan untuk topping chocolate tu ana pilih dark chocolate Berryls kerana memang sedap. Jom kita tengok resepi nya dan boleh lah jadikan rujukan semula nanti kan bila tiba mood nak membaking menjelma.



Resepi biskut almond london 

Bahan A :
1 cawan butter 
3/4 cawan gula icing ( kalau nak kurang manis kurangkan gula kay )
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung'
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik 

Bahan C
1 bar coklat masakan ( untuk topping )
badam cincang untuk hiasan 
kacang badam untuk inti di panggang dahulu dalam oven seketika

Cara buat biskut almond london 

1. Gaul kan bahan A sehingga sebati guna senduk sahaja dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil kita mengulinya. Kalau terlalu lembut tambahkan tepung dan kalau keras pula tambah kan butter. Uli sampai adunan tak melekat kat tangan tu okay dah tu.

2. Cubit sedikit dan salut kan pada sebiji badam yang di panggang tadi dan susun di dalam dulang pembakar. Kalau nak saiz bulat ana akan potong dua biji badam kerana kalau guna sebiji badam ia kan menghasilkan bentuk biskut almond london yang lonjong atau bujur.

3. Bakar biskut pada suhu 170'C selama 25 minit. 

4. Bila dah masak sejukkan dahulu sebelum dipped kan dalam coklat masakan yang di cairkan secara teknik double boiling. Taburkan badam hancur sebagai hiasan, dah siap. Selamat mencuba 💛💛

14 Comments

  1. kadang beli kuih almond london ni kena yg kacang tu belum dipanggang oleh si penjual. tak sedap :(

    ReplyDelete
  2. hari tu sebelum raya ingat sempat lah nak buat almond london, tapi mcm tak sempat sbb banyak lgi kuih yg tak buat. in shaa Allah raya haji nnti nak try buat :)

    ReplyDelete
  3. Bila buat sendiri puas makan kan Kak Ana.Mohon copy paste ya kak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak almond london tu kak Ana. Senang aje rupanya nak buat almond lndon ni, boleh lah try buat sendiri pulak lepas ni.

    ReplyDelete