Resepi dan cara buat pulut panggang
Lebihan dari pulut durian yang ana tanak pulutnya dalam rice cooker hat dalam entri cara tanak pulut dengan periuk nasi letrik ni, ana buatkan pulut panggang. Memang suka sangat lah makan menu-menu pulut bila dah kian berusia pinjamanNya ini. Ini kali pertama ana buat pulut panggang di rumah. Suami suka, selalu kami beli sahaja. Ni sebab ada lebih pulut try lah buat. Buat pun ikut resepi dan imiginasi sendiri, tak ikut mana-mana resepi orang, hehe. Tapi Alhamdulillah, ada lah rupa dan rasa pulut panggang.
Resepi dan cara buat pulut panggang
Bahan-bahannya
Pulut yang di tanak
Daun pisang
Bahan untuk serunding
Kelapa parut
Serai - hiris halus
Udang kering- di tumbuk kasar
Bawang merah -hiris halus
Cili blend
Serbuk kunyit
Garam
Cara buat pulut panggang ni mudah juga. Mula-mula kena buat kan serunding sebagai intinya dahulu.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang dan serai yang di hiris halus.
- Masukkan udang kering yang di tumbuk
- Bila dah naik bau masukkan cili blend, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kunyit dan kelapa parut, gaul rata dan masak hingga kering. Rasakan dengan garam. Dah siap serunding.
- Layurkan daun pisang agar tidak koyak bila melipatnya.
- Potong daun pisang empat segi panjang dan sapukan minyak masak pada daun pisang agar pulut tak melekat.
- Isikan pulut dan ratakan sedikit.
- Sudukan serunding di bahagian tengah pulut dan lipat daun pisang hingga membalut pulut dan intinya.
- Sematkan hujung balutan pulut dengan lidi atau ana guna stepler sahaja.
- Bakar atau panggang lah di atas kuali leper kalau ada pemanggang satay pun boleh rasanya. Ikutlah apa bahan yang ada di rumah tu.
- Balik-balikkan hingga masak dan pulut jadi kering .
Selamat mencuba naa.
12 Comments
Sedapnya kak AJ :)
ReplyDeletemakan panas2 sedap kan Syaz :)
DeleteLama juga tak buat pulut panggang ni, dulu buat, guna air fryer je, tapi lupa nak amik gambo, nanti nak buat lagi laaa...try resepi sini plak..
ReplyDeletehehe pas ni guna kekdah tradisional lak SL panggang atas kuali leper":)
DeletePulut panggang ni kegemaran arwah mak Cik Pya
ReplyDeletekuih orang lama ni kan DP :)
Deletemasa bulan puasa sempat lah buat sekali, baru tahu rasanya dan cara buatnya... tak la susah sangat cuma agak renyah heheheh
ReplyDeletetu laa Dana agak renyah juga kan :)
DeleteSedapnya.. Suka sangat pulut2 ni. Kat Tganu guna isi ikan. Mana2 pun sedap je,buat sendiri terjamin kebersihan
ReplyDeletebetul ada kak ana baca resepi guna isi ikan HH rasanya lagi sedapkan serunding isi ikan ni :)
Deletesedapnya.. mama tak penah buat sendiri.. tak reti laa
ReplyDeleteni pun sebab ada lebihan pulut sayang nak buang kak ana pulut panggang kan nya mama, leceh gak kalau saja2 nak buat kan sebab anak2 kak ana tak berapa suka makan :)
Delete