Macam yang pernah ana cerita di dalam entri yang lepas, ana tak pernah lagi mencuba buat brownies. Anggap ini sebagai satu cabaran, ana dan Kak Long bertekad, cewahh!! Bukan main ayat, kami dua beranak nak cuba juga buat brownies. Bahan-bahan semua ada di rumah, menuntut dari youtuber Che Nom , ana gigihkan diri membaking cik brownies yang hitam manis ni. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya, berkedut lapisan atas dan lembab di dalam kek nya, sedap pula tu , amboi puji diri sendiri yer..


resepi brownies


Resepi brownies  


Dari resepi asal ana cuma ubah bahan mengikut bahan yang ada tanpa mengubah bahan asal. Contoh nya unsalted majerin ana gunakan marjerin biasa sahaja kerana tak ada bahan di rumah ni, bancuhan expreso pula ana gantikan dengan nescafe. Jadi ia tidak merubah rasa dan teknik dan masih hasilkan brownies yang cantik berkedut permukaannya. Cuma bila ana gunakan loyang bulat tak cun sangatlah potongan browniesnya. Apapun ia sedap, cukup manis dan lembab . Suka sangatlah kami dua beranak bila cubaan pertama ni menjadi. In Shaa Allah lepas ni boleh lah buat lagi kan . 


resepi brownies


Bahan-Bahan brownies :

300g dark chocolate ( AJ guna Beryls Dark Chocolate ) 

150g mentega unsalted butter ( AJ guna mentega biasa ) 

100g tepung gandum

30g serbuk koko

½ sudu kecil garam halus

2 sudu besar air panas

¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe

200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis

4 biji telur 

1 sudu kecil esen vanilla

Cara buat brownies 

Korang boleh tonton di video bawah untuk visual resepi brownies.


Untuk penyediaan brownies ana bahagikan kepada 4 segmen dan kemudian di satukan ke dalam mangkuk menjadi satu adunan . 

Langkah pertama satukan bahan-bahan kering terlebih dahulu. Ayak bersama tepung gandum, serbuk koko dan garam halus. 


resepi brownies

Langkah ke dua, cairkan dark chocolate bersama mentega dengan teknik double boiling. Bagi yang pertama kali nak cuba, double boiling adalah teknik meletakan bahan coklat di dalam mangkuk dan di bawahnya didih kan air. Pastikan air panas di bawah tidak mercik ke dalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat. Kacau hingga mendapat tekstur coklat yang pekat dan tidak berketul. 





Langkah ke tiga adalah pukul gula perang bersama 4 biji telur. Pukul perlahan dan tak perlu hingga kembang sekadar cukup sahaja kerana kandungan gula ini yang akan membentuk lapisan atas brownies berkedut dengan cantik kelak. Masukkan esen vanila .




Jangan lupa bancuhkan nescafe bersama air panas untuk memberikan rasa pahit dan menaikkan rasa coklat dalam brownies kita nanti. 




Satukan di dalam mangkuk adunan gula perang adunan coklat dan whisk kan sebati. Kemudian masukkan pula adunan tepung di ikuti dengan bancuhan nescafe. Kaup balik kan dengan senduk . 



Panaskan oven. Griskan loyang dengan baking paper dan mentega keliling. Ana gunakan loyang saiz 8 . Masukkan adunan brownies dan hentak-hentak kan perlahan adunan supaya sekata dan tidak ada gelembung udara. 




Ana bakar pada suhu 180' dengan tray bahagian bawah sekali. Menggunakan api atas dan bawah. Ianya mengikut saiz oven masing-masing dan oven yang besar akan ambil masa lebih lama untuk masak. Boleh lah cucuk dengan lidi dan bila dah rasa agak kering tengah brownies bolehlah matikan oven dan siap lah brownies kita dengan kedutannya. 




Pastikan brownies sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang. Dah sejuk baharu lah boleh di potong mengikut citarasa masing-masing. Ini adalah resepi asas sebiji brownies dan kalau nak letak topping pasti lagi sedap dan cantik kan. Selamat mencuba . 


36 Comments

  1. Baru cakap dengan en suami terasa nak buat brownies.Hehehe,sekali kak Ana dah buat.Terliur.Geram tengok kedutnya tu kak Ana oiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedutan tu yang mencabar sikit kan PC ada kalanya tak jadi terus keciwa tapi masih boleh di makan sedap juga

      Delete
  2. First time buat pun dah cantik kedut2 nye

    ReplyDelete
  3. nampak sedapppp tuu. menjadi kedutannya

    ReplyDelete
  4. Dah lama juga saya tak buat brownies ni sebab loyang petak tertinggal kat kampung. Yang ada loyang bulat je.

    Resepi brownies saya tak letak nescafe. nanti saya nak try letak la.saya pun suka brownies yang ada pahit2 sikit. Biasanya guna serbuk koko je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah D , ni ikut resepi cik nom tu :) sedap juga ada pahit2 sikit

      Delete
  5. menarik... dana tak pernah lg cuba buat kak... dasar malas hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana celen Dana pii buat waktu WFH ni hehe :)

      Delete
  6. eiii..aku suka derhaka resipi..hahah masalah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. brownies ni kalau ko durhaka kakak tak jamin D hasilnya huhu :)

      Delete
  7. cantik je kejadian dia...dlu nieyl pun penah buat juga brownies ni, not bad tapi itulah sekali je pun kak, nieyl buat..hahaha

    ReplyDelete
  8. Cantik kejadian brownies tu Ana. Saya pernah ikut kelas brownies, tapi sampai rumah malaslah pulak nak buat.

    ReplyDelete
  9. Wah...seronoknya bila sekali buat terus menjadik!

    Saya masih belum pernah buat brownies..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try ujie challenge diri kita sendiri jom :)

      Delete
  10. Tengok pun tau kak ana buat sedap!

    ReplyDelete
  11. cantik kejadiannya tu mesti sedap
    ada kedut2 lagi

    ReplyDelete
  12. wah kak ana pertama kali buat pun dah jadi cayalah. Miza ne makan sure jadi nak buat belum seru

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sekarang kak ana seru miza, pii buat brownies hehe :)

      Delete
  13. rajinnya ana cantik kejadiannya rasanya mcm nak sepotong

    ReplyDelete
  14. Terliur dengan persediaan coklat nya.
    Sekarang adik tunggu konvokesyen dah selesai semua kursus rajin membaking, dapat lah TK menumpang makan.

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap dan menjadi brownies Kak Ana

    ReplyDelete
  16. saya pun buat 1st time masa oven beli oven baru. alhamdulillah jadi juga kak hehe..guna loyang mana ada je kt rmah ni

    ReplyDelete
  17. Wahh ena tak berani nak buat takut tak jadi. Hehe. Kalau akak dekat ena mintak buatkan. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ana pun macam risau je tak menjadi bila nampak je kedutannya wallaaa heppi dah :)

      Delete