Kembalikan seri wajah dengan masker Honey Tumeric Mask Aura New You
Masker kunyit ? Haa! Betul lah tu masker wajah yang berasaskan kunyit. Amalan pemakaian masker wajah dengan kunyit dan madu ni bukanlah baharu , malahan dari pencarian ana di internet ianya dah lama di amalkan oleh wanita mahupun kaum lelaki di seluruh dunia. Tak caya korang taip lah sendiri honey tumeric mask.. mesti bersepah hasil carian di internet. Sebab tu bila baru-baru ni , ana di perkenalkan dengan Honey Tumeric Mask , terus teruja nak mencuba nya sendiri. Bila dah ada di rumah, belum sempat ana cuba, Kak Long dah awal-awal memakainya. Gituew ...
Sebelum ni selalu juga terbaca kebaikan dan khasiat kunyit untuk penjagaan wajah. Malah masih ana ingat lagi rakan-rakan sekolah ana dahulu terdiri dari kaum India, suka pakai kunyit sebagai bahan asas penjagaan wajah mereka. Dan korang percaya tak, wajah mereka ni licin bersih sahaja, jarang yang ada masalah jerawat. Oleh itu , lagilah menguatkan keyakinan ana, bahawa kandungan isi kunyit ni pasti ada kebaikan nya untuk wajah.
Honey Tumeric Mask dari Aura New You
2. Temulawak
3. Sandalwood
4. Kunyit Putih
5. Bunga Ros
6. Akar Wangi
7. Cekur
8. Licorice
1. Zat Besi
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. Polifenol
Bolehlah di gunakan tanpa was-was . Bukan apa sekarang ni kita perlu berhati-hati dalam pemilihan produk, nak tepek kat muka kan, mestilah pastikan dahulu keselamatan kandungannya.
Cara penggunaan masker wajah Honey Tumeric Mask
Ana perhatikan Kak Long membancuh dahulu Honey Tumeric Mask ni dengan meletakkan 1-2 sudu kecil serbuk masker kemudian mencampurkannya dengan air bersih. Kemudian di gaulkan sebati dan menggunakan berus , Kak Long menyapukan pada wajahnya. Di biarkan kering dalam 15 hingga 20 minit, dan bila ia kering, scrub kan wajah supaya membersihkannya sehingga ke liang wajah. Dan bilas lah dengan air sehingga bersih.
Selepas mencucinya, Kak Long beritahu wajahnya terasa segar dan anjal bila di sentuh. Mula-mula ana risau juga lah kut kut warna kuning kunyit tu melekat lak pada wajah, ternyata TIDAK sama sekali. Bila dah bilas, wajah bersih sedia kala tidak lah meninggalkan kesan warna kuning... Memang ana belek ler mukanya elok jer bersih.
Sebenarnya korang boleh sahaja membancuh masker Honey Tumeric Mask ni dengan air bersih, malahan lebih baik jika mencampurkannya dengan madu asli ia akan memberikan kelembapan dan menyerikan lagi kulit wajah. Jika mencampurkannya dengan penyegar wajah atau toner, ia mampu meminimumkan liang roma yang terbuka.Boleh juga mencampurkannya dengan jus lemon dikatakan mampu mencerahkan wajah.Dengan mencampurkannya bersama plain yogurt pula akan melembabkan dan menyejukkan wajah, ini paling best ana rasa. Ada pula yang membancuhnya dengan susu segar yang pastinya akan melembutkan dan menyegarkan wajah korang. Haa! Ikutlah kan nak campurkan bahan lembapan apa untuk masker wajah korang. Buat masa ini Kak Long hanya menggunakan air bersih dan lepas ni ana nak cuba dengan plain yogurt. Ermm. Mesti best.
Jadi apa tunggu lagi, pada korang yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak, masalah jerawat, kulit kering atau pun parut gelap boleh lah mencuba sendiri menggunakan perawatan wajah secara bahan alam semulajadi dengan Honey Tumeric Mask dari Aura New You ini. Mudah-mudahan ia mampu mengembalikan keserian wajah kembali segar dan bermaya. Glowing bak kata orang sekarang ni.
Untuk keterangan lanjut dan pembelian korang singgah sahaja ke Instagram :
Atau whatsapp ke :
www.wasap.my/60182949349/honeyturmericmask
Jommm ber masker wajah dengan
Honey Tumeric Mask
dari
Aura New You
7 Comments
tiba2 teringat lama tak mask muka
ReplyDeletejom kita bermasker Syaz :)
Deleteterbukti hasilnya mmg elok dicuba
ReplyDeletesemoga serasi PI :)
DeleteBest kan Ana pakai Honey Turmeric Mask nie.. rasa kulit bersih, segar ja..
ReplyDeleterasa fresh kan Sue :)
Deletesilap hari bulan pijar muka ye D guna batu giling bagai ni senang bancuh je :)
ReplyDelete