Masker kunyit ? Haa! Betul lah tu masker wajah yang berasaskan kunyit. Amalan pemakaian masker wajah dengan kunyit dan madu ni bukanlah baharu , malahan dari pencarian ana di internet ianya dah lama di amalkan oleh wanita mahupun kaum lelaki di seluruh dunia. Tak caya korang taip lah sendiri honey tumeric mask.. mesti bersepah hasil carian di internet. Sebab tu bila baru-baru ni , ana di perkenalkan dengan Honey Tumeric Mask , terus teruja nak mencuba nya sendiri. Bila dah ada di rumah, belum sempat ana cuba, Kak Long dah awal-awal memakainya. Gituew ...

Sebelum ni selalu juga terbaca kebaikan dan khasiat kunyit untuk penjagaan wajah. Malah masih ana ingat lagi rakan-rakan sekolah ana dahulu terdiri dari kaum India, suka pakai kunyit sebagai bahan asas penjagaan wajah mereka. Dan korang percaya tak, wajah mereka ni licin bersih sahaja, jarang yang ada masalah jerawat. Oleh itu , lagilah menguatkan keyakinan ana, bahawa kandungan isi kunyit ni pasti ada kebaikan nya untuk wajah. 


honey tumeric mask

Honey Tumeric Mask dari Aura New You 


Mula-mula jom ana perkenalkan terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalam sebekas masker wajah  Honey Tumeric Mask dari Aura New You . Ia mengandungi 8 herba aktif yang merawat kulit wajah secara semulajadi. 

1. Kunyit 

2. Temulawak 

3. Sandalwood 

4. Kunyit Putih 

5. Bunga Ros 

6. Akar Wangi 

7. Cekur 

8. Licorice 


Tapi korang tak perlu risau kerana masker wajah Honey Tumeric Mask dari Aura New You ni telah pun menjalani ujian makmal dan ternyata ia tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk penggunaan di wajah , In Shaa Allah. Melainkan jika kulit wajah korang memang ada alahan jadi ia tidaklah sesuai. Honey Tumeric Mask juga berdaftar dengan KKM :   NOT 200803366K . Analisis yang dijalankan di makmal menemukan Honey Turmeric Mask kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi seperti :

1. Zat Besi 

2. Vitamin C

3. Vitamin E

4. Polifenol 

Bolehlah di gunakan tanpa was-was . Bukan apa sekarang ni kita perlu berhati-hati dalam pemilihan produk, nak tepek kat muka kan, mestilah pastikan dahulu keselamatan kandungannya. 



 
Jadi dah tahu kandungan dan khasiat herba yang terkandung di dalam masker wajah Honey Tumeric Mask, teruja sangat Kak Long nak try dahulu. Sepanjang masa berada di rumah ni dia rajin lah belek wajah. Sebelum ni sibuk dengan pengajian memang wajah nya berjerawat teruk. Stress agaknya dalam study, masa-masa di rumah begini lah dia mula menjaga dan merawat semula wajahnya dan mencuba sendiri Honey Tumeric Mask . 


Honey Tumeric Mask

Cara penggunaan masker wajah Honey Tumeric Mask 


Ana perhatikan Kak Long membancuh dahulu Honey Tumeric Mask ni dengan meletakkan 1-2 sudu kecil serbuk masker kemudian mencampurkannya dengan air bersih. Kemudian di gaulkan sebati dan menggunakan berus , Kak Long menyapukan pada wajahnya. Di biarkan kering dalam 15 hingga 20 minit, dan bila ia kering, scrub kan wajah supaya membersihkannya sehingga ke liang wajah. Dan bilas lah dengan air sehingga bersih. 

Selepas mencucinya, Kak Long beritahu wajahnya terasa segar dan anjal bila di sentuh. Mula-mula ana risau juga lah kut kut warna kuning kunyit tu melekat lak pada wajah, ternyata TIDAK sama sekali. Bila dah bilas, wajah bersih sedia kala tidak lah meninggalkan kesan warna kuning... Memang ana belek ler mukanya elok jer bersih. 


Honey Tumeric Mask


Sebenarnya korang boleh sahaja membancuh masker Honey Tumeric Mask ni dengan air bersih, malahan lebih baik jika mencampurkannya dengan madu asli ia akan  memberikan kelembapan dan menyerikan lagi kulit wajah. Jika mencampurkannya dengan  penyegar wajah atau toner, ia mampu meminimumkan liang roma yang terbuka.Boleh juga mencampurkannya dengan  jus lemon dikatakan mampu mencerahkan wajah.Dengan mencampurkannya bersama plain yogurt pula akan melembabkan dan menyejukkan wajah, ini paling best ana rasa. Ada pula yang membancuhnya dengan susu segar yang pastinya akan melembutkan dan menyegarkan wajah korang. Haa! Ikutlah kan nak campurkan bahan lembapan apa untuk masker wajah korang. Buat masa ini Kak Long hanya menggunakan air bersih dan lepas ni ana nak cuba dengan plain yogurt. Ermm. Mesti best.  


Honey Tumeric Mask


Jadi apa tunggu lagi, pada korang yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak, masalah jerawat, kulit kering atau pun parut gelap boleh lah mencuba sendiri menggunakan perawatan wajah secara bahan alam semulajadi dengan Honey Tumeric Mask dari Aura New You ini. Mudah-mudahan ia mampu mengembalikan keserian wajah kembali segar dan bermaya. Glowing bak kata orang sekarang ni. 


Honey Tumeric Mask

Untuk keterangan lanjut dan pembelian korang singgah sahaja ke Instagram : 

@AuraNewYou

Atau whatsapp ke :

 www.wasap.my/60182949349/honeyturmericmask

Jommm ber masker wajah dengan 

Honey Tumeric Mask 

dari

 Aura New You 



8 Comments

  1. Mudah dah nak guna, sesuai ni kalau orang yang muka jenis ada jerawat macam nanah tu. kalau nak guna kunyit hidup yang fresh tu leceh sikit nak kena sagat2 kat batu giling. Dah siap serbuk gini tinggal bancuh dan sapu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap hari bulan pijar muka ye D guna batu giling bagai ni senang bancuh je :)

      Delete
  2. tiba2 teringat lama tak mask muka

    ReplyDelete
  3. terbukti hasilnya mmg elok dicuba

    ReplyDelete
  4. Best kan Ana pakai Honey Turmeric Mask nie.. rasa kulit bersih, segar ja..

    ReplyDelete