Resepi ini ana belajar dari adik ipar ana, Julia Alisya. Jue yang rajin buat resepi cantik-cantik macam ni. Walaupun dia bukan blogger tapi tetap nak berkongsi ilmu yang bermanfaat ini cuma Jue menggunakan media Instagram dan baru berjinak-jinak dengan Youtube. Kalau korang peminat deko-deko dan kraf ala-ala Inggeris, seni decoupage , portmeirion dan sebagainya pii lah follow Jue di Instagram @JuliaAlisya atau subscribe YTC nya di Julia Alisya.
Huyoo sempat promote lagi ye, supportlah kan benda bermafaat juga tu. Okay berbalik pada sardin puff pastry ni, ana menggunakan pastry ready made yang ana beli di bakery. Pernah cuba buat pastry puff ni sendiri tapi tak berapa cantik layernya, tebal. Korang boleh gunakan instant pastry ataupun boleh juga menggunakan roti paratha frozen . Akan dapat pastry puff yang cantik dan garing rangup berlapis. Bagi yang nak mencuba sendiri resepi sardin puff di sini ana kongsikan resepi dan cara nak buat puff sardin yang sangat mudah dan sedap. Jom kita start bak kata Khairulaming yer :)
Resepi Sardin puff pastry
Bahan-bahannya :
Instant pasrty atau pun frozen paratha sebagai kulit puff
1 tin kecil sardin
bawang besar
cili merah
lada sulah
perahan limau nipis
garam secukup rasa
1 biji kuning telur
italian mix herbs
Cara penyediaan sardin puff pastry :
Mula-mula kita sediakan intinya terllebih dahulu
- Keluarkan isi ikan sardin dan ambil sosnya sedikit sahaja sekadar untuk basahkan inti. Hancurkan isi ikan sardin dengan garfu .
- Tumiskan bawang besar dan masukkan hirisan cili merah.
- Rasakan dengan garam dan lada sulah , masukkan sos ikan sardin jika inti terlalu kering.
- Perahkan jus asam limau. Sejukkan seketika sebelum membungkus dengan pastry.
Untuk cara membungkus pastry bolehlah tonton di bawah :
1. Potong dua sekeping instant pastry . Kalau guna frozen paratha pun sama juga potong kepada dua bahagian.
2. Isi kan inti di satu bahagian dan tutup dengan satu bahagian lagi di atas inti.
3. Gunakan garfu dan tekan keliling agar bercantung melekat.
4. Sapukan permukaan pastry puff dengan kuning telur.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180'selama 20 minit atau hingga garing, bergantung pada oven masing-masing.
Dah siap dan sedap rangup sardin puff pastry kita . Kalau nak inti ayam atau daging pun boleh sahaja oleh ikut resepi masing-masing. Ana sekadar berkongsi idea masakan maklum lah kadang-kadang kita ibu-ibu ni pening juga nak tukar-tukar masakan untuk sajian keluarga. Apa sahaja yang ana masak yang menjadi akan ana kongsikan di sini dan juga di lain-lain media, semoga ada manfaatnya buat sesama insan, In Shaa Allah. Selamat mencuba naa :)
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
20 Comments
Sedap kak, nampak pun dah tau sedap hehe
ReplyDeletealhamdulillah syaz sedap rangup je
DeleteCANTIK RUPANYA SEDAP N RANGUP TU
ReplyDeletesenang guna instant pastry ni PI kan :)
DeleteSuka juga dengan portmeirion.
ReplyDeletesardin puff pastry tu sedap betul dibuat minum petang!
boleh amie ke IG my SIL usya2
Deletefavourite ni
ReplyDeletesedap kan irdina :)
Deleteteringin nak buat sendiri juga ni...Tp tak terbeli kulit pastry tu...hehehe
ReplyDeletecari lah nieyl kat bakery dan pasaraya pun ada :)
DeleteKalau saya sekeping tak cukup ni, mesti makan 3 sedap yum yum.
ReplyDeletehaha buat sendiri makan puas2 TK :)
Deleteslalu juga tgk resepi ni tp tk pernh try lg
ReplyDeletecuba lah mama :)
DeleteTengok gambar pun dah nampak sedap :)
ReplyDeletehehe cuba lah CP
Deleteapa2 yg guna sardine mmg mantoplah..nanti ammi nak buat jugaklah
ReplyDeletewah ammi peminat sardin rupanya :)
ReplyDeleterajinnya AJ masak pastry. mama rajin beli aje haha
ReplyDeleteini guna instant pastry tu mama senang je lah hehe :)
Delete