Resepi ini ana belajar dari adik ipar ana, Julia Alisya. Jue yang rajin buat resepi cantik-cantik macam ni. Walaupun dia bukan blogger tapi tetap nak berkongsi ilmu yang bermanfaat ini cuma Jue menggunakan media Instagram dan baru berjinak-jinak dengan Youtube. Kalau korang peminat deko-deko dan kraf ala-ala Inggeris, seni decoupage , portmeirion dan sebagainya pii lah follow Jue di Instagram  @JuliaAlisya atau subscribe YTC nya di Julia Alisya .  


resepi sardin puff pastry


Huyoo sempat promote lagi ye, supportlah kan benda bermafaat juga tu. Okay berbalik pada sardin puff pastry ni, ana menggunakan pastry ready made yang ana beli di bakery. Pernah cuba buat pastry puff ni sendiri tapi tak berapa cantik layernya, tebal. Korang boleh gunakan instant pastry ataupun boleh juga menggunakan roti paratha frozen . Akan dapat pastry puff yang cantik dan garing rangup berlapis. Bagi yang nak mencuba sendiri resepi sardin puff  di sini ana kongsikan resepi dan cara nak buat puff sardin yang sangat mudah dan sedap. Jom kita start bak kata Khairulaming yer :) 


Resepi Sardin puff pastry


Resepi Sardin puff pastry


Bahan-bahannya : 

Instant pasrty atau pun frozen paratha sebagai kulit puff 
1 tin kecil sardin 
bawang besar
cili merah
lada sulah
perahan limau nipis
garam secukup rasa
1 biji kuning telur 
italian mix herbs 

Cara penyediaan sardin puff pastry :

Mula-mula kita sediakan intinya terllebih dahulu

- Keluarkan isi ikan sardin dan ambil sosnya sedikit sahaja sekadar untuk basahkan inti. Hancurkan isi ikan sardin dengan garfu .

- Tumiskan bawang besar dan masukkan hirisan cili merah. 

- Rasakan dengan garam dan lada sulah , masukkan sos ikan sardin jika inti terlalu kering. 

- Perahkan jus asam limau. Sejukkan seketika sebelum membungkus dengan pastry. 

Untuk cara membungkus pastry bolehlah tonton di bawah : 


1. Potong dua sekeping instant pastry . Kalau guna frozen paratha pun sama juga potong kepada dua bahagian. 

2. Isi kan inti di satu bahagian dan tutup dengan satu bahagian lagi di atas inti. 

3. Gunakan garfu dan tekan keliling agar bercantung melekat. 

4. Sapukan permukaan pastry puff dengan kuning telur. 

5. Bakar dalam oven pada suhu 180'selama 20 minit atau hingga garing, bergantung pada oven masing-masing. 

Dah siap dan sedap rangup sardin puff pastry kita . Kalau nak inti ayam atau daging pun boleh sahaja oleh ikut resepi masing-masing. Ana sekadar berkongsi idea masakan maklum lah kadang-kadang kita ibu-ibu ni pening juga nak tukar-tukar masakan untuk sajian keluarga. Apa sahaja yang ana masak yang menjadi akan ana kongsikan di sini dan juga di lain-lain media, semoga ada manfaatnya buat sesama insan, In Shaa Allah. Selamat mencuba naa :)