Satu persatu ujian yang hadir sepanjang pendamik ini. Ana sekeluarga sendiri pernah di uji dengan menjadi salah satu dalam statistik negara. Kisahnya ana kongsikan di SINI . Namun ana masih bersyukur kerana ujian kami tidak sehebat insan-insan di luar sana yang kehilangan insan tersayang, kehilangan sumber pendapatan dan pelbagai lagi, yang Allah swt uji sekadar dengan kemampuan hambaNya.

Tahun ini sepatutnya Kak Long ada majlis konvokesyen untuk pengajian ijazahnya, namun kerana pendamik tidak ada sebarang majlis konvokesyen UiTM berlangsung. Ana tahu dia dan anak-anak satu batch dengannya pasti ada rasa kecewa kerana hari yang di nantikan oleh siswa siswi adalah hari konvokesyen untuk meraikan kejayaan mereka bertungkus lumus menamatkan pengajian bertahun. 


kek unicorn


Namun apa kan daya, kita hanya mampu merancang, Tuhan jua penentu segalanya. Berkali pihak UiTM menangguhkan, dan akhirnya mereka di beritahu bahawa tidak akan ada majlis konvo dan skrol ijazah dan transkrip akan di hantar melalui pos sahaja. 

Sedikit kecewa juga bagi Kak Long kerana untuk pengajiannya , Kak Long memperolehi ijazah 1st degree. Awal-awal dia dah plan nak ada photoshoot dan sebagainya. Walau bagaimana pun ada sedikit kelegaan kerana dia telah pun pernah merasa konvo sewaktu pengajian peringkat diploma yang lalu. 

Adalah kenangan konvo dan gambar dengan jubah dan skrol untuk kenang-kenangan. Cuma kali ini peringkat ijazah dia terima melalui kiriman pos. Apapun syukur sekali lagi ia selamat sampai ke tangannya. 


kek unicorn


Sebagai ibu, ana tahu kekecewaannya dan ana akan buat sesuatu untuk menceriakan anak-anak. Terfikir nak bagi hadiah , tapi waktu ini nak keluar ke mall pun tak lepas radius perjalanan daerah lagi. Dan ana cuma dapat hadiahkannya sebiji kek unicorn pink sebagai penghibur hatinya.

Kek cantik ini ana tempah dari jiran dan surprised kan Kak Long. Ana tahu dia suka sangat kek unicorn sama seperti permintaan kek birthdaynya beberapa tahun lepas. Kai ini sekali lagi kek unicorn untuk meraikan graduation nya. 

Memang cantik kek unicorn dekorasi dari Mama Rizqi Bakery ni. Memenuhi permintaan ana untuk kek unicorn pink dengan perisa kek strawberry di dalamnya. Alhamdulillah.. seronok Kak Long bergambar dengan skrol dan kek unicorn untuk photoshoot sempena graduasi nya.

Sebagai ibu pasti ana mendoakan kejayaan anak-anak di setiap ruang waktu. Mudah-mudahan anak-anak kita semua akan terus cemerlang dari dunia hingga akhirat, aamiin. Tahniah Kak Long !! 

8 Comments

  1. Alhamdulillah. Syukur dan tahniah ya kak long.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak long. Alhamdulillah dah grad. Pandai kak ana menggembirakan hati anak. Semoga kak ana satu famili ceria macam kek unikorn tu

    ReplyDelete
  3. wah tahniah kak long!! Dapat kek ni pun mesti dah hepi kan... celebrate kat rumah je la :)

    ReplyDelete