Semangat sungguh sekarang ni deko-deko taman depan rumah , idak lah luas mana tapi segala neka ana nak letak situ , adoiyai. Mula beli pokok-pokok baharu lepas dapat rentas daerah berdesup ke nurseri Sungai Buloh. Beli lantana oren dengan ungu, pokok alamanda kuning dengan putih dan 3 pokok ana tak tahu namanya. Murah-murah je pokok ana beli dalam RM 5 - RM 10 jer. 

Tak beli pun keladi sebab agak kayangan juga harganya walaupun saiz cinonet je. Keladi ni saja suka-suka jer, ikut trend kata kan. Nak ikut orang beli koleksi mahal-mahal tu tak lah kut. Di kawasan porch ana letakkan koleksi keladi, petunia dan pokok-pokok hijau.


lampu solar taman


Di kawasan terbuka parkir ni lah taman sekangkang kera yang ana buh bunga-bunga warna warni. Sebagai penyeri waktu malam, ana cadang nak gantung lampu hipstur gituew. Cari kat Shopee yang murah kebanyakannya dari mainland China. Beli dan dalam seminggu lebih dah sampai pun, tak lah lama sangat. Harga termasuk postage RM26 .


Lampu solar taman beli di Shopee


Lampu solar taman


Bila dah sampai , excited sangat nak pasang terus. Lampu solar yang ana beli di Shopee ni jenis gantung berjurai bulat.-bulat. Saiznya sederhana tak terlalu kecil dan tak besar sangat. Setiap satu tu dalam 2 cm ukur lilit sarung mentol nya. Besarlah dari lampu lip lap raya tu. 

Ana memang pilih warna warm light jadi cahayanya akan kelihatan kuning bila menyala. Ada beberapa pilihan ikut citarasa masing-masing. Nak bentuk bunga pun ada. Korang boleh pilih warm light, day light ( cahaya putih ) atau warna warni di Aidil Fitri pun ado. 

Ia datang dengan satu panel solar yang korang perlu pacak dan pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup untuk caj di siang hari. Di belakang solar panel tu, ada dua suiz , satu untuk on/off . Dan satu lagi untuk pertukaran mode lampu. Ada beberapa mode korang boleh pilih nyalaannya. 


Lampu solar taman


Panjang juga lampu ana ni, dalam 6 meter lebih kurang panjang wayar dan tak pasti berapa biji dalam deretannya. Ni lah rupa lampu solar taman ana dari jarak dekat. Macam ada buih-buih kan. Dan korang boleh lah tarik macam mana ikut citarasa dekorasi masing-masing. 


Lampu solar taman

Ana memang nak ia sederet je jadi ana tarik dari pagar depan dan pacak panel solar nya dalam pasu atas pagar dan tarik sampai porch dan sangkut pada paku. Tu suami lah yang buat. Siang ia akan caj sendiri dan malam automatik akan nyala bila mulai gelap. 

Jimatlah kan tanpa menggunakan sumber letrik. Harap-harap bertahan lama lah hendaknya macam lampu solar pacak yang ana pernah terbitkan di SINI tahun 2020. Setahun juga lah ia bertahan walaupun harganya cuma RM4 sahaja satu. Korang boleh sahaja tonton secara visual di bawah.




Waktu siang pun lawa tergantung di bawah cahaya matahari. Sesuai sebagai dekorasi taman, kan. Kalau korang ada pokok besar , cantik juga kalau lilit pada pokok. Sekadar suka-suka menghiasi laman dan menghiburkan anak-anak di rumah. 

Bila rumah kita bagaikan taman, In Shaa Allah.. kita sekeluarga akan sentisa berasa bahagia walaupun terpaksa berkurung di rumah dan keluar hanya bila perlu sahaja, kerana kita masih belum bebas sepenuhnya. 


lampu solar taman shopee

Jadi kalau korang berminat carilah di Shopee naa.... Ada pelbagai pilihan dan bacalah review sebelum beli supaya tidak tersalah pilih seller. Semoga bermanfaat... 

11 Comments

  1. Bagus ni. Teknologi mesra alam, gunakan lampu solar.

    ReplyDelete
  2. cantik design lampu k.ana pilih ni. jimat letrik juga. caj guna cahaya matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sebab guna solar kak ana beli Fiez hehe :)

      Delete
  3. cantik kak... bila malam lagi cantik berseri

    ReplyDelete
  4. jadi salah satu penyeri taman kan kak..

    ReplyDelete
  5. wow cantiknya.. siang cantik, mlm pun cun

    ReplyDelete