Antara menu yang paling malas ana nak masak adalah sup tulang nii laa.. memang prosesnya agak lama, makan masa 2-3 jam juga lah. Tapi sedap bila dah masak hirup dan ratah isi yang tanggal dari tulang tu kan. Selalunya waktu hari raya korban rezeki dapat makan sup tulang. Atau pun kalau sebelah mertua ana orang Kelantan, bila kenduri kendara memang merasalah makan sup tulang.
Masaknya senang sangat, kaedah tumis darat sahaja. Cuma ambil masa nak merebus hingga empuk isi pada tulang tu yang lama. Bukannya nak empuk kan tulang tu, empukkan isi daging yang lekat pada tulang tu sahaja. Dapat pula lemak-lemak nya, Masyaa Allah... nikmat yang di syukuri sangat, sedappp..
Resepi dan cara masak sup tulang
Jom lah ana kongsikan di sini, resepi dan cara masak sup tulang cara ana. Mungkin lain orang lain caranya. Cara ni ana belajar dari biras ana dan ana cari juga dari youtube. Lebih kurang sahaja teknik masakannya.
Bahan-bahan masak sup tulang
Mestilah kena ada tulang , bersihkan dan selalunya dapat yang dah di potong-potong
1 pek sup bunjut sup tulang
1 pek rempah sup
bawang merah
bawang putih
halia
bunga lawang
kayu manis
daun sup
daun bawang
bawang goreng
garam
Cara masak sup tulang
1. Langkah pertama dan ambil masa yang lama adalah proses merebus tulang. Masukkan tulang yang di bersihkan ke dalam periuk besar, isi kan air dan rebus sehingga empuk. Ana ambil masa 2 jam juga lah nak empukkan isi daging pada tulang-tulang ni. Selalu tambah air supaya tak kering. Tips nak tahu bila daging dah empuk ialah apabila isi-isi mula terasing dari tulang atau longgar dari tulang. Bermakna dah empuk dah daging nya.
2. Bila dah mula empuk, bancuh rempah sup ( ana guna Babas ), bersama air dan masukkan dalam rebusan tulang tadi. Ikut banyak mana tulang, banyak tulang banyakkan rempah sup nya, baru pekat.
Sambung rebus lagi.
3. Bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih dan halia di racik halus. Dalam kuali asing, tumiskan kesemua bahan bersama bunga lawang dan kayu manis bersama sup bunjut hingga garing dan naik bau.
4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebusan sup tulang, kacau sebati. Inilah yang di namakan proses tumis darat. Masukkan dengan minyak-minyak tumisan tu semuanya.
5. Akhir sekali rasa kan dengan garam secukupnya. Taburkan hirisan daun sup dan siaplah hidangan sup tulang kita. Korang tonton sahaja video di bawah untuk cara masak sup tulang cara ana.
Sup tulang sedap di makan dengan taburan bawang goreng serta sambal kicap cili api. Makan dengan nasi pun sedap, makan dengan mee atau mihun pun enak sesangat dah. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah..
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
16 Comments
Weekend ni nak masak sup tulang lah.
ReplyDeletesedap kan AI :)
Deleterajin nyaaa.... hehehe... ni MAMA uyum je suka masak sup2 :D
ReplyDeletekita mmg tukang makan aje la
masaknya senang AR, nak menunggu tu berjanggut huhu :)
Deletesedapnya sup tulang selalu masak dekat nak raya
ReplyDeletekalau raya haji meriah kan kak dengan menu sup tulang ni :)
Deleteaduh sedapnya sup tulang, dah lama tak masak sup tulang rasanya... dana biasa kalau sup tulang memang boh dalam noxxa je cepat sikit kak
ReplyDeletehaah dana kalau ada noxxa settle masalah :)
DeleteFuh,terliur tengok. Ni kalau makan dengan bihun letak sambal kicap memang terangkat ni!!
ReplyDeletekann kena sangat dah tu Syu :)
Deletesup tulang ni makan dengan nasi kosong panas2 sedapnya ^_^
ReplyDeleteheaven sangat dah tu UN :)
DeleteTerliur. Terbayang suasana Aidiladha. Makan dengan nasi atau roti
ReplyDeletebetul tu sal :)
Deleteantara menu yang menjadi kesukaan saya
ReplyDeletememang sedap kan :)
Delete