Beberapa hari lepas ada kak ana kongsikan kami pii food hunt ke Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari di Klang . Kat sana memang tak ada dessert kecuali aiskrim Malaysia comel yang di beri percuma. Sedap tau aiskrim beraneka perisa dan comel-comel gebu-gebu.. 

Biasa nya kak ana akan cari dessert selepas makan nasi ni dan kami suka pii food hunt pun akan cari kafe yang ada dessert, kak ana ni peminat kek suka sangat try aneka kek kalau pii kafe. Dari Meru tu dah dekat dah nak ke Setia City Mall di Setia Alam. 


Sweet Kayangan Cafe

Lepas shopping dan solat Zohor di Setia City Mall, Kak Long cadangkan nak ke salah sebuah cafe yang berdekatan dengan Setia City Mall iaitu di Sweet Kayangan Cafe yang terletak bersebelahan sahaja iaitu di Sunsuria Forum. 

Lebih kurang 5 minit sahaja dari Setia City Mall dan parking kat sini pun free sahaja waktu kami maii nii. Kat Sunsuria Forum ni lah letaknya Book Xcess Sunsuria Forum yang pernah kak ana terbit kan sebelum ni. 

Sweet Kayangan Cafe

Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum 


Kak Long lah peminat pink obses sangat dengan warna pink. Kak Long dan Adik tahu pasal cafe ni pun dari Tiktok. Tak pe kami ikut kan sahaja , sambil-sambil cari content untuk blog sebelum masuk Ramdan Kareem , In Shaa Allah.. 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum


Apa yang kak ana nak share dengan korang hari ni, cafe Sweet Kayangan ni cantik sangat dekorasi interior ruang makannya. Kreatif sungguh owner ni mendeko cantik bertema kan warna pink dan gaya elegen. Jom lah layan beberapa sudut yang sempat kak ana shoot untuk petang tu. 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum

Kak ana tak pasti sama ada cafe ni boleh buat event atau tak, sebab kalau nak buat majlis harijadi ke anniversary ke sesuai lah kan. Hat tu korang kena tanya owner cafe naa.. Carilah di Instagram atau Tiktok depa untuk info contact.


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum

Memandangkan kami dah pun makan nasi kenduri kenyang lagi, kami cuma try beberapa pencuci mulut sahaja di kafe pink Sweet Kayangan ni.. 

Ini antara menu yang sempat kak ana sekeluarga cuba di cafe Sweet Kayangan ni. Sayang tak dapat nak share nama menu-menu ni sebab tak jumpa di internet infonya. Kebanyakan yang ada hanya lah dari platform Tiktok sahaja tentang cafe ni. 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum


Minuman ni Kak long  try, kalau tak silap chocolate smooties lebih kurang. Sedap juga lah rasa chocolate nya dengan freppe dan chocolate syrup. 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum


Hat comel pink ni aiskrim, pilihan Adik Ika. Comel kan aiskrim warna pink perisa strawberry . Kanak-kanak pasti suka nii.. 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum

Kak ana nak try hot drinks di Sweet Kayangan ni tapi waktu tu, mesin kopi depa rosak. Dapatlah secawan hot chocolate sahaja. Hot chocolate ni biasa-biasa sahaja rasa hot chocolate lah hehe . 


Sweet Kayangan Cafe , Sunsuria Forum


Minuman ni pula pilihan suami, coffee dengan karamel rasanya. Sedap cuma pada kak ana yang alah dengan manis ni, minuman ni agak kuat manisnya, maklum lah ada karamel kan. Sekali sekala tu boleh lah.. 


Cafe pink Sweet Kayangan


Dan tak banyak pilihan kek yang ada waktu tu, kak ana try chocolate cake ni sahaja. Walau bagaimana pun ada pelbagai menu lain yang ada di sini seperti pasta, mee dan mihun sup dan sebagainya. Nanti kalau korang maii sini boleh lah try menu-menu lain yang ada.


Sweet Kayangan Cafe


Sweet Kayangan -Setia Alam


Secara keseluruhan nya, kafe Sweet Kayangan ni sangat cantik dari sudut dekorasi. Cantik untuk mereka yang suka ber ootd dan buat content dari segenap sudut cafe. Mungkin ada menu yang sedap-sedap atau signature dish yang kak ana tak sempat nak merasainya.


Sweet Kayangan -Setia Alam


sweet kayangan cafe

Jadi kalau korang nak celebrate birthday dengan kawan-kawan khasnya peminat pink-pink macam Kak Long boleh lah ke kafe Sweet Kayangan, Sunsuria Forum, Setia Alam nii..

5 Comments

  1. wowwww dia punya air tu mengancam sungguh :D

    ReplyDelete
  2. cantik betul kak oi sana sini bunga pink, kalau buat majlis apa-apa dekat situ mesti best....

    ReplyDelete
  3. cantik hiasan cafe sedapnya aiskrim

    ReplyDelete
  4. alamak..saya yg mmg orang setia alam ni tak tahu pon ade cafe ni..lama dah tak singgah sunsuria

    ReplyDelete
  5. Memang cantik decoration kafe ni.

    ReplyDelete