Ini kira sambungan entri kak ana yang lepas lah nii , hat kak ana cerita dengan korang kak ana shopping goodies untuk majlis akad nikah Kak Long di Kedai Jajan Viral , Sungai Buloh hari tu. Sebelah sahaja kedai jajan viral ni lah terletak nya kedai coklat viral. Entah-entah owner yang sama agaknya kan.. 

Cuma kedai coklat viral ni lebih selesa lah , berhawa dingin dan kemas tersusun. Senang nak pilih coklat mana yang di idamkan. Dan yang bestnya ia memang menjual coklat berjenama seperti Cadburry, Kit Kat, Milo, Biscoff, Tobleron, Daim dan segala neka jenama coklat tempatan dan antarabangsa. Bukan lah coklat-coklat yang manis-manis leting tu tetapi yang premium.


Kedai Coklat Viral Sungai Buloh


Kedai Coklat Viral, Sungai Buloh 

Terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh ,korang waze sahaja untuk sampai ke sini dan waktu kak ana pii hari Ahad tu parkir banyak dan percuma sahaja depan kedai. Kedai Coklat Viral ni juga menjual peralatan untuk sambutan birthday serta alat-alat untuk membuat gift set dan buoquets coklat , bunga dan sebagainya. Kiranya macam dua dalam satu lah.


Kedai coklat viral Sungai Buloh


Mudah untuk mereka yang bisnes atau nak buat sendiri hadiah dari coklat atau buqouets, semua ada kat sini. Menarik kan. Senang dah lepas ni kalau kak ana ada nak beri hadiah kat sesiapa nak cari barang nak buat bouquets atau gift box terus lah datang sini. Coklat, jajan dan aksesori nya pun ada dalam satu tempat.


Murah ke harga coklat di kedai coklat viral, Sungai Buloh ?


Kedai Coklat Viral Sungai Buloh


Macam selalu lah, kak ana tak berani jamin ianya murah sangat-sangat, cuma dari pemerhatian kak ana terdapat perbezaan harga sedikit dari yang di jual di pasaraya atau kedai-kedai. Ini kerana ia adalah kedai wholesales, ia di jual pada harga borong. Ia akan jadi murah bila kita membeli dalam kuantiti yang banyak.

Kalau setakad 1 pek tu adalah beza harga dalam beberapa sen sahaja dari harga di luar. Jadi kalau kita beli banyak, dapatlah beza harga yang banyak, ye dak. Faham ke kak ana cerita ni hehe :) . Tapi memang ada beza lah sedikit sebanyak bergantung pada jenama coklat.


Kedai Coklat Viral, Sungai Buloj


Contoh yang jelas kak anaa dapat kat sini, ialah sebalang coklat Beryls dark chocolate kesukaan kak ana ni. Selalu kak ana beli di Mitsui atau Aeon harga dia antara RM22-RM24 , tetapi kat sini hari tu kak ana tengok harga dia RM21.90. Murah dalam RM1 gitue kan. Kalau dalam kotak tu beza harga dalam 20 sen ke 30 sen sahaja. Macam tu lah , ikut jenis dan kuantiti coklat.


kedai coklat viral sungai buloh


Mungkin waktu-waktu promosi tu korang akan dapat beli pada harga yang lebih murah sebab sesetangah coklat ada harga promosi untuk hari-hari tertentu. Bagi yang nak berniaga tu mungkin lah kalau beli dalam kuantiti yang banyak jadi lebih murah . 


kedai coklat viral Sungai Buloh


Apa yang menarik dan viral di sini adalah terdapatnya aneka jenis coklat berjenama dalam satu tempat. Bagaikan syurga buat pencinta coklat macam kak ana dan anak-anak. Pendek kata nak beli coklat jenama apa yang premium kebanyakannya ada di sini. Tu yang best. 


kedai coklat viral Sungai Buloh


Kat sini pun ada pelbagai jenis coklat yang korang boleh beli ceduk-ceduk, tapi ia di jual pada harga setiap 100gram laa. Bukan ikut nasib macam yang pernah viral duhulu, Khilaf tu kaedah jualan sebegitu , kan. 


kedai coklat viral Sungai Buloh


Kat sini, setiap 100g coklat di jual pada harga RM6.90 . Korang ceduk dan masukkan dalam bekas pastu timbang, nanti staff depa bungkus kan dan lekatkan harga.


kedai coklat viral Sungai Buloh


Tengahari tu, Adik Ika yang borong coklat. Dia beli Tobleron, Beryls Greentea dan Tiramissu, Cameo dan apa tah kak ana tak ingat dah. Semua tu dalam RM34 sahaja. Seronok dia dapat shopping coklat kat sini,lepas ni boleh lah repeat kan.


kedai coklat viral Sungai Buloh

Jadi kalau korang berada di sekitar Sungai Buloh sambil beli pokok-pokok bunga macam kak ana , atau cadang nak buat hantaran ke, hadiah ke atau nak borong makan coklat boleh je maii sini. Sebelah tu kedai jajan viral, haa sediakan sahaja uwangnyaa... Semoga bermanfaat... 

5 Comments

  1. Alamak berminat pula. Saya hendak pergi juga.

    ReplyDelete
  2. wow menarik nih kak, dana biasa pi sungai buloh pi cari bunga je menarik je tengok coklat banyak2 ni

    ReplyDelete
  3. menarik tu.. x yah gi langkawi la yer.. he he he

    ReplyDelete
  4. peminat coklat mudah nk beli coklat pilihan

    ReplyDelete