Macam biasa la kak ana nk pantang free nak sesaja ke nursery Sungai Buloh cari pokok-pokok bunga. Pagi tu,  Adik nak sarapan nasi kerabu di Mek Siti Nasi Kerabu yang pernah kak ana review sebelum ni, memang sedap sungguh lauk ayam bakar nya. Lepas sarapan Kak Long cadangkan kami ke Kedai Jajan Viral untuk cari goodies persiapan majlis akad nikah tak lama lagi In Syaa Allah..


kedai jajan viral sungai buloh


Berpandukan waze kami ke Rahman Putra dan sampailah ke Kedai Jajan Viral. Tak jauh sangat dari kawasan Hospital Sungai Buloh, dalam lingkungan 6 km lebih kurang. Parkir pun senang banyak je depan kedai tu sahaja. Parkir free tapi kak ana tak pasti lah sebab kami pii hari Ahad, kan.


Kedai Jajan Viral Sungai Buloh


Kedai Jajan Viral , Sungai Buloh 



Kedai Jajan Viral ni sebelah je dengan kedai Chocolate Viral, entah-entah taukeh yang sama kata suami kak ana. Mungkin juga lah kan.. Kedai sempit sangat dalam tu sebab padat dengan pelbagai aneka jajan, biskut, air kotak, jeruk dan seribu satu jenis jajan dan makanan kudapan ada kat sini.


Kedai Jajan Viral, Sungai Buloh


Murah ke harga di Kedai Jajan Viral, Sungai Buloh ? 

Murah ke harga jajan di Kedai Jajan Viral ni ? Dari tinjauan kak ana , ehceh!! Kak ana tengok lah ada yang murah dan ada yang sama sahaja seperti di jual di pasaraya. Kerana kedai ni whole sales atau pemborong, kalau beli dalam kuantiti yang banyak dapatlah harga borong.


Kedai Jajan Viral Sungai Buloh


Tetapi apa yang menarik, ia juga di jual dalam pek-pek kecil yang dah siap timbang macam biskut-biskut kering dalam tin tu, kan. Dapatlah kita beli satu pek pada harga RM5 lebih kurang. Bila jual macam ni, kita pun boleh beli aneka biskut sebagai stok di rumah. Menarik. Hat nii kak ana suka. 


Kedai Jajan Viral Sungai Buloh


Aneka jajan dari kudapan kanak-kanak hinggalah mengimbas nostalgia dedulu ada kat sini. Aneka snack, kerepek, air minuman hingga lah ke jajan yang tak berkhasiat pun ada. Pandai-pandai lah pilih untuk kudapan anak-anak ye. Kak ana dari dulu lagi jarang nak beri anak-anak makan terlalu banyak jajan dan yang tak berapa bagus kandungannya.


Kedai Jajan Viral Sungai Buloh


Contoh untuk anak-anak yang masih kecil jangan bagi makan jajan yang begitu kuat warna-warni dan perisa yang di ragui. Carilah dari jenama yang dipercayai juga sebab kadang-kadang di ragui juga kehalalan jajan-jajan dari luar negara macam Thai dan sebagainya ni kan. Pilih dengan bijak naa..


Kedai Jajan Viral Sungai Buloh


Apapun memang seronok membeli jajan di Kedai Jajan Viral , Rahman Putra , Sungai Buloh. Pelbagai jenis produk makanan ringan ada di jual disini pada harga yang rendah jika bijak memilih. Sesuai untuk mereka yang nak berniaga, dan untuk yang nak jadi kan goodies untuk majlis perkahwinan, pertunangan, birthday dan sebagainya. 




Satu pengalaman yang menarik dan pasti kak ana akan repeat In Syaa Allah sebab kak ana suka ada stok kudapan di rumah. Boleh beli aneka biskut dalam pek-pek RM5 tu nanti, paling best beli kacang gemoks masin tu, sebab anak-anak tak suka, dapat lah kak ana makan sengsorang huhu :) Kak ana dapatkan sedikit info untuk korang kalau cadang nak ke sini.. 




Waktu operasi Kedai Jajan Sungai Buloh : 

9 pagi - 7 malam ( Isnin hingga Sabtu )

10 pagi - 5 petang ( Ahad dan cuti umum ) 

Beralamat di :  No 39, Jalan BRP 1/5, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor





4 Comments

  1. Rambang mata kalau masuk kedai jajan macam ni, Kak Ana oiii.

    ReplyDelete
  2. Wahh menariklah kedai jajan viral ni Kak Ana. Insha Allah kalau pergi area Sg. Buloh nanti pasti LZ tak akan lepaskan peluang singgah di sini.. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  3. Bahaya ni bawak budak² ni soping sini.. Bawak kedai biasa pun diorang dah rambang mata😅

    ReplyDelete