Pelamin tunang dan pelamin nikah Kak Long dari Bayyu Creation
Alhamdulillah.. syukur di atas segala yang dikurniakanNya buat kak ana sekeluarga apabila anak sulung kami, Kak Long selamat di ijab qabulkan dengan pasangannya Aiman pada 16hb September 2022 yang lalu. Pelbagai ujian yang hadir namun semuanya telah di permudahkanNya jua ..
In Syaa Allah.. di entri lain akan kak ana coretkan sekitar majlis akad nikah Kak Long. Kali ini kak ana cuma nak berkongsi pengalaman kami mendapatkan khidmat sewa pelamin mini majlis tunang dan akad nikah kedua-duanya dengan Bayyu Creations, Sungai Buloh.
Bayyu Creation wedding planning service
Macam selalu lah, apa sahaja yang baik dan bermanfaat akan cuba kak ana kongsikan dengan korang semua, kerana ia bagaikan menyampaikan kebaikan sesama insan. Internet lah punca carian utama dalam apa sahaja yang kita perlukan masa kini.
Dan sekiranya korang bakal pengantin yang sedang tercari-cari pelamin mini atau pun pelamin grand untuk majlis tunang , nikah atau apa jua acara, kak ana sangat recomended dengan khidmat dari Bayyu Creation ni.
pelamin nikah Kak Long dari Bayyu Creation |
Ini merupakan kali kedua Kak Long memilih perkhidmatan sewa pelamin dengan Bayyu Creation, yang mana pada bulan Disember 2021, kami juga memilih mereka untuk sewa pelamin tunang dengan tema hijau putih.
Untuk majlis akad nikah ni, Kak Long pilih tema pink purple pula. Ikutkan sahaja lah, dia yang punya majlis kan, kita sebagai ibu ayah sekadar meraikannya dan semoga ia dalam keberkatanNya jua.
Kami pilih mini pelamin kerana ruang dalaman rumah tidak lah begitu luas . Sebuah mini pelamin dah memadai untuk acara sarung cincin tunang dan batal wuduk waktu akad nikah yang lalu. Ialah untuk props cantik dalam gambar laa kan.
Lainlah untuk ruang sanding atau ruang rumah atau dewan yang luas korang bolehlah pilih pelamin yang lebih besar mengikut badget dan saiz ruang. Semua pun ada di Bayyu Creation nii..
pelamin majlis tunang kak long dari Bayyu Creation |
5 Comments
Cantiknya pelamin Kak Long...SA pun sedang mencari- cari pelamin mini ni...tapi area Seremban la..memang perlu berhati- hati zaman sekarang..better pergi kedai mereka dan cari yang betul- betul untuk elakkan tertipu...
ReplyDeletecantik la pelamin dia..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Kak Long & Aiman serta Kak Ana sekeluarga. Moga berbahagia hendaknya kedua mempelai hingga ke syurga 🤲
ReplyDeleteSimple dan cantik. Tahniah Ana terima menantu, moga bahagia kekal hingga ke jannah.
ReplyDeletecantiknya pelamin kaklong bersanding jadi kenangan
ReplyDelete