Alhamdulillah.. syukur di atas segala yang dikurniakanNya buat kak ana sekeluarga apabila anak sulung kami, Kak Long selamat di ijab qabulkan dengan pasangannya Aiman pada 16hb September 2022 yang lalu. Pelbagai ujian yang hadir namun semuanya telah di permudahkanNya jua ..

In Syaa Allah.. di entri lain akan kak ana coretkan sekitar majlis akad nikah Kak Long. Kali ini kak ana cuma nak berkongsi pengalaman kami mendapatkan khidmat sewa pelamin mini majlis tunang dan akad nikah  kedua-duanya dengan Bayyu Creations, Sungai Buloh. 


sewa pelamin nikah murah


Bayyu Creation wedding planning service


Macam selalu lah, apa sahaja yang baik dan bermanfaat akan cuba kak ana kongsikan dengan korang semua, kerana ia bagaikan menyampaikan kebaikan sesama insan. Internet lah punca carian utama dalam apa sahaja yang kita perlukan masa kini. 

Dan sekiranya korang bakal pengantin yang sedang tercari-cari pelamin mini atau pun pelamin grand untuk majlis tunang , nikah atau apa jua acara, kak ana sangat recomended dengan khidmat dari Bayyu Creation ni.


pelamin nikah
pelamin nikah Kak Long dari Bayyu Creation 


Ini merupakan kali kedua Kak Long memilih perkhidmatan sewa pelamin dengan Bayyu Creation, yang mana pada bulan Disember 2021, kami juga memilih mereka untuk sewa pelamin tunang dengan tema hijau putih. 

Untuk majlis akad nikah ni, Kak Long pilih tema pink purple pula. Ikutkan sahaja lah, dia yang punya majlis kan, kita sebagai ibu ayah sekadar meraikannya dan semoga ia dalam keberkatanNya jua. 

Kami pilih mini pelamin kerana ruang dalaman rumah tidak lah begitu luas . Sebuah mini pelamin dah memadai untuk acara sarung cincin tunang dan batal wuduk waktu akad nikah yang lalu. Ialah untuk props cantik dalam gambar laa kan. 

Lainlah untuk ruang sanding atau ruang rumah atau dewan yang luas korang bolehlah pilih pelamin yang lebih besar mengikut badget dan saiz ruang. Semua pun ada di Bayyu Creation nii.. 

Bayyu Creation menyediakan khidmat pelamin, solekan dan juga baju pengantin. Untuk majlis resepsi Kak Long akan datang, juga menggunakan khidmat baju pengantin dari mereka, In Syaa Allah. Mudah berurusan, peramah dalam memberi idea dan trusted, usah risau naa.. 


pelamin tunang
pelamin majlis tunang kak long dari Bayyu Creation 


Untuk pelamin tunang dan nikah, apa yang ada dalam foto-foto di IG dan FB mereka itu lah yang bakal kita perolehi di rumah. Bukan apa, banyak kak ana tonton di media sosial yang mana ada sesetengah yang dapat pelamin yang sangat beza dari apa yang di iklankan di media sosial. Seram juga kan.. Tiba-tiba pada hari majlis berlangsung di kecewakan sebegitu.

Alhamdulillah, ini review ikhlas dari kak ana yang mana kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan hasil hiasan pelamin dari Bayyu Creation, cantik dan sama lah macam dalam gambar. Dan kak ana recomended sangat untuk korang yang sedang cari pelamin tunang, pelamin sanding, pelamin nikah atau khidmat pengantin lain khasnya yang berada sekitar Sungai Buloh, Rawang atau mana-mana pun boleh kut, layari & hubungi Bayyu Creation di Instagram dan FB mereka yang kak ana berikan di bawah ni. 

Instagram : N&F Bayyu Creation
Facebook : BAYYU-CREATION

Dari sana korang boleh dapat whatsapp link untuk hubungi serta dapatkah khidmat wedding planning dengan mereka. Kak ana sendiri dah pun sampai ke butik pengantin di kediaman mereka di Sungai Buloh waktu teman kan Kak Long dan Aiman untuk fitting baju pengantin untuk majlis resepsi nanti.


sewa pelamin tunang

Pelbagai design pelamin yang cantik pada harga yang sangat berpatutan boleh korang usya-usya di mana-mana pautan socmed yang kak ana berikan di atas tuu.. Semoga bermanfaat buat korang semua yang sedang mencari wedding planning untuk majlis naa.. 

Buat lah majlis mengikut kemampuan masing-masing tak perlu nak ikut trend sangat yang penting berkat dan di redhai Allah swt..Semoga dipermudahkan , Aamiin.. 




5 Comments

  1. Cantiknya pelamin Kak Long...SA pun sedang mencari- cari pelamin mini ni...tapi area Seremban la..memang perlu berhati- hati zaman sekarang..better pergi kedai mereka dan cari yang betul- betul untuk elakkan tertipu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Kak Long & Aiman serta Kak Ana sekeluarga. Moga berbahagia hendaknya kedua mempelai hingga ke syurga 🤲

    ReplyDelete
  3. Simple dan cantik. Tahniah Ana terima menantu, moga bahagia kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  4. cantiknya pelamin kaklong bersanding jadi kenangan

    ReplyDelete