Pulut berhias cantik untuk majlis akad nikah Kak Long
Sambung lagi kisah majlis akad nikah Kak Long pada 16hb September 2022 yang lalu. Kali ni episod pulut berhias pula. Kisah pelamin nikah kak ana dah share di SINI dan cadar bilik pengantin kat SINI . Seperti selalu yang kak ana suka nyatakan apa sahaja yang bermanfaat yang dapat membantu serba sedikit info untuk orang di luar sana, kak ana akan cuba kongsikan, itu sahaja nawaitu kak ana.
Kak ana memang bercadang selepas akad nikah, acara potong kek di gantikan dengan pulut kuning. Abah kak ana suka sangat makan pulut kuning , favourite dia sangat. Memandang kan abah ada di majlis kak ana niat nak tempah pulut kuning berhias untuk di potong Kak Long dan Aiman.
pulut berhias jala jelita |
Tempahan pulut berhias
Kawan baik dari darjah satu kak ana, Ida Megat, memang ada ambil tempahan pulut berhias. Ida antara tetamu jemputan majlis kami,jadi kak ana nak tempahlah dengan dia bawa sekali nanti. Masyaa Allah.. dah nama kawan baik dari kecil, Ida pula tak nak terima tempahan sebaliknya nak sumbangkan untuk Kak Long, anak dia juga katanya..
Syukur Alhamdulillah.. kemanisan silaturrahim, orang nak cari pahala kita jangan halang, kak ana terima dengan ungkapan syukur padaNya jua. Sekali Ida sampai, bukan satu pulut berhias dia bawa, 2 sekali. Siap dengan roti jala jelita, puding jagung dan agar-agar merah, berserta kari ayam dan rendang. Allahu Akhbar..nikmat mana satu kah yang tidak engkau syukuti lagi..
Punya lah cantik pulut berhias roti jala jelita air tangan Ida Megat ni, sayang rasa nak potong. Yang foto atas tu untuk majlis potong pulut Kak Long dan Aiman ,hat gambar bawah kami berikan kepada pihak lelaki sebagai buah tangan sekali dengan kuah kari.
Cantik nya pulut berhias dengan roti jala jelita hasil kreativiti Ida ni. Mengikut tema majlis kami pagi itu pink purple, dekorasi di atas pulut kuning amat cantik dengan deretan bunga ros dari jala jelita. Korang tengok lah sendiri dalam gambar atas tu kan,lawa sangat.
Yang satu lagi ni pun tak kurang cantiknya di hias dengan telur ayam dan telur puyuh rebus, sayuran salad dan lobak. cumel sangat kan. Begitulah anugerah yang di kurniakanNya buat sahabat dunia akhirat kak ana ni, sangat berbakat menatarias pulut hiasan serta jala jelita.
Boleh di katakan hampir setiap hari Ida menerima tempahan jala jelita dengan pelbagai design dan permintaan pelanggan nya. Semua cantik-cantik dan masakan Ida sangat sedap khasnya rendang dendeng dan rendang ayam.
Jadi kalau ada yang berminat atau tercari-cari untuk tempahan pulut berhias atau jala jelita boleh lah ke Instagram @IdaMegat atau whatsapp 011-2152 0384 untuk tempahan dan pertanyaan, naa.. Mention jer dapat nombor dari kak ana jingga ,tau lah dia 😀😀 .
Ida tinggal di Putrajaya, korang boleh lah tanya kalau kawasan sekitar mana yang boleh dia ambil tempahan dan cod. Tapi sekarang kan ada Lala Move, boleh sahaja delivery ke mana-mana, In Syaa Allah.
Kak ana belanjer korang beberapa hasil tangan kreativiti Ida Megat untuk tempahan yang pernah di siapkan. Cantik-cantik kan..pulut berhias ni sesuai untuk sebarang majlis seperti hari jadi, pertunangan, akad nikah, aqiqah, persaraan dan sebagainya. Hadiah yang bermakna dan boleh di nikmati bersama. Semoga bermanfaat..
6 Comments
Cantik2 pulut kuning dan jelita sungguh jalanya, Kak Ana.
ReplyDeletememang cantik hiasannya nak makan pun sayang tu kak... tengok arnab tu comel sangat
ReplyDeleteWah..cantik sangat!
ReplyDeleteComel rabbit.
Masha Allah kagum saya dgn hasil kerja kawan Kak Ana ni .. simpan dulu nombornya :)
ReplyDeletecantik semua hiasan pulut makan pun sedap
ReplyDeleteOh Putrajaya. Dekat dah tu. Tahniah kak Ana dapat menantu. mana gambar pasangan pengantin? pasti manis dan cantik macam hidangan roti jala juga
ReplyDelete