Macam yang kak ana cerita di entri OBJET yang lepas , kak ana sekeluarga kerap ke Setia City Mall ni untuk shopping atau makan-makan hujung minggu. Beberapa kali kami ke sini, Adik nak sangat singgah makan dessert di cafe bawah pokok purple yang pernah di review oleh Aunty Purple kat Tiktok.
Selalu bila dah makan tempat lain, kenyang tak juga singgah-singgah. Kali ni lepas makan di Luna Luna, kami tak makan dessert lagi, jadi Adik kata nak belanja ibu dan ayah makan dessert di Sugirl Desserts Cafe ni. Ikut kan sahaja la anak nak lanjer mak pak ye dak..
Sugirl Desserts , Setia City Mall
Cafe bertema kan warna purple ni memang unik sangat di tengah-tengah LG floor Setia City Mall di mana tarikan utamanya adalah sepohon pokok dekorasi berwarna purple di bahagian centre cafe. Kiranya lepak makan desserts di bawah pokok ceri purple lah gituew..
Di keliling pokok besar dan rendang ni di susun kerusi serta di sekelilingnya juga. Patut lah Aunty Purple pun maii sini review. Pinggan mangkuk hidangannya pun bertema kan warna purple. Menarik dan unik lah. Sebelum ni pun kak ana pernah singgah dah makan di
cafe pink di Setia Alam juga. Kali ni kita ke dessert cafe purple pula.. macam-macam kreativiti orang niaga laaa nii kan.
Sugirl Desserts Cafe , Setia City Mall ni hanya menyajikan sajian pencuci mulut atau desserts sahaja. Hasil carian di laman facebook dan IG mereka menyatakan bahawa cafe ini menyajikan sajian dengan bahan-bahan halal. Lagipun semua sajian pencuci mulut di sini tanpa ada menu masakan yang meragu kan. In Syaa Allah..
Sugirl Desserts Cafe , menawarkan aneka menu pencuci mulut dengan tema Malaysia dan serata dunia. Namun pada pengamatan kak ana lebih kepada menu nusantara lah. Menggunakan pulut, santan, buah-buahan, sagu sebagai antara bahan yang di olah menjadi sajian pencuci mulut yang sangat sedap.
Petang tu Adik pilih 3 menu iaitu Signature dish depa Durian Galaxy berharga RM20.90 , Mango Sago with Laici Rose Jelly RM15.90 dan waffles Sea Salt Caramel with Biscoff & Cream sekitar RM16 juga kalau tak silap harga nya, kak ana tak jumpa pula di laman web depa .
Hat ni
Mango Sago with Laici Rose Jelly dia, memang sedap sangat rasa premium desserts dengan buah mangga, sagu, laici dan juga susu lemak manis sebagai base menu. Taburan kelopak bunga rose purple di racik halus tu memberikan tarikan esthetic pada menu yang sangat sedap ni. Berbaloi di nikmati pada harganya lah.
Di Sugirl Desserts ni, depa akan hidang menu , kemudian ais batu di berikan asing dalam mangkuk begitu juga dengan susu serta air gula, jadi kita kena buh sendiri ikut citarasa masing-masing. Menarik kan.. ada keunikannya.
Contoh macam hat Durian Galaxy nii laa, masa depa hantar kat meja kita depa buh dalam mangkuk purple tu menu yang belum di campur susu dan gula merah, serta ais. Dalam mangkuk tu ada puri durian D24 yang menurut laman sesawang Sugirl di bawa dari Raub, tapi serius memang power rasa durian ni.
Turut di adunkan dengan bijian sagu dan juga bebola taro atau ubi keledek serta pulut biru adunan bunga telang. Kemudian untuk menikmatinya kita tuangkanlah signature milk Sugirl bersama air gula melaka yang memberikan rasa authentic Asia. Masyaa Allah sedap sangat menu ni, walaupun kak ana bukan peminat durian tapi kuah dan bebola keledek tu bersama pulut cukup enak di makan. Rasa tak puas laa..
Menu snacks yang Adik order untuk dia pula adalah waffle Sea Salt Caramel with Biscoff & Cream . Rasa seperti waffles biasa juga lah dengan padanan rasa bisscoff dan cream yang di maniskan dengan sos caramel sebagai topping. Tidak mengecewakan dan sedap untuk di nikmati sekali sekala. Cuma kak ana ni kurang dah pada citarasa manisan untuk anak-anak mungkin depa akan menyukainya.
Kalau ikutkan ada pelbagai lagi menu desserts yang korang boleh nikmati di Sugirl ni. Ikutlah citarasa dan selera masing-masing. Tak mengecewakan dan rasa premium dessert yang kak ana suka untuk repeat di lain waktu nanti, In Syaa Allah..
Harga mungkin agak kayangan juga tapi berbaloi dengan rasa yang sedap. Tak salah sekali sekala nak mencuba kan... Ikut pada kemampuan masing-masing, maklumlah rezeki kita berbeza. Semoga bermanfaat..
3 Comments
Peminat warna Ungu mesti suka dan rasa tenang aje di kafe ni
ReplyDeleteAssalam AJ.
ReplyDeleteAJ menang teka harga sekilogram rambutan. Harap dapat emelkan details untuk saya hantar hadiah ye.
https://salamisimon1.blogspot.com/2022/11/jawapan-teka-teki-harga-sekilogram.html
Emel ke salamiez@gmail.com
Delete