Dalam entri kak ana yang lepas, ada kak ana cerita kan percutian kami bertiga ke Cameron Highlands kali ni tak di rancang pun. Selepas mengundi, sementara menunggu siapa PM ke10 , suami perlu habiskan cuti tahunan yang masih ada berbaki. 

Selasa pagi, selepas sarapan suami kata nak pii cuti ke Cameron Highlands, syok juga lama dah kak ana tak ke sana, sebelum PKP lagi pun lama tak naik Cameron. Lagipun hari Selasa Rabu tu hari bekerja memang cun sangat nak naik kerana yakin tak lah ramai pengunjung. 


tempat-tempat menarik Cameron Highlands 2022


Balik rumah, bagitau Adik Ika kemas beg kami pun terus ke utara melalui PLUS dan memandang kan cuaca tak menentu, kami pilih untuk naik menggunakan laluan Simpang Pulai walaupun jauh sikit dari laluan Tapah.

Alhamdulillah sekitar jam 3:30 petang kami sampai ke pekan Tanah Rata. Jalan sangatlah berkabus dan sejuk sesampai di Blue Valley. Hujan juga sekali sekala sepanjang perjalanan ke puncak. Secara walk-in, kami memilih untuk menginap di Hillview Inn, Tanah Rata, Cameron Highlands. Cantik sangat dan klasik ala-ala English Cottage hotel ni yang telah kak ana terbitkan kisahnya di SINI . 


hotel cantik Cameron Highlands


Di entri ni , kak ana nak sambung cuti-cuti kami yang tenang, dingin dan tanpa jemmed kerana kami bercuti pada hari bekerja di Cameron Highlands. Kak ana juga nak kongsikan beberapa lokasi menarik tarikan baharu yang sempat kami singgah di sini. Lain-lain lokasi masih sama seperti sebelumnya, jadi kak ana tak singgah pun kerana percutian amat singkat. 


Tempat-tempat menarik baharu di Cameron Highlands


Awal-awal memang nak sangat ke taman petunia yang viral tu, tapi mengenangkan entrance fee nya RM50 seorang, dan kak ana tengok dari perkongsian di internet tempat ni sama sahaja seperti lavender garden Genting dengan dekorasi pokok-pokok bunga, jadi tak jadi lah kak ana ke sana. Lagipun petunia ni bermusim, risau juga kalau masuk sekali petunia dah pupus, rugi juga kan, sudahnya kami tak pii pun. 

Tapi kalau ampa nak pii, mesti syok juga tu, cantik untuk yang berposing dan ootd. Kak ana kali ni tak ada gambar ootd pun di sepanjang bercuti, faktor usia dah agaknya, rasa malas je nak bergambar, yang penting kak ana akan share kan gambar-gambar tempat yang kak ana pii, itu lagi bagus kan dari korang layan gambar makcik KOL ni hehe 😊😊


Cameron Centrum, Brinchang, Cameron Highlands


Centrum Cameron Highlands


Hari pertama sampai selepas check-in dan solat jamak , suami rehat sekejap dan kami naik semula ke Brinchang sebab nak ke Cameron Centrum untuk cari makan. Inilah pertama kali kami ke Centrum , lama tak lama sebab last maii Cameron masih dalam pembinaan lagi dan sekarang dah beroperasi dah pun.

Terletak di Brinchang berhadapan Balai Polis dah lain sangat rupanya sekitar sini. Kami parkir di basemenat residensi dengan menggunakan TnG dan bayaran selepas lepak hampir 2 jam juga kat situ cuma RM2 kalau tak silap kak ana. 


makan di cameron highlands centrum


Sejuk-sejuk ni memang lapar manjang lah kan. Kami cari kedai makan dahulu kat sini, alhamdulillah ada kedai makan orang kita yang menjual menu nasi campur , steamboat dan juga masakan panas. Kami makan nasi goreng ikan masin, suami kak ana nasi goreng kampung dan adik Ika nasi goreng ayam. Sepinggan dalam RM12 kalau tak silap tapi banyak lah portion nya dan ada sayur, ayam, udang serta sedap masakannya. 

Yang best kedai ni air percuma, ambil dan boleh refill lagi. Cuaca masa ni sejuk sangat berkabus, kami pilih minuman panas pun kejap je dah sejuk airnya. Masyaa Allah.. memang best sangat waktu tu diberikanNya kesempatan menikmati udara yang nyaman dan dingin. 


Centrum Cameron Highlands


Centrum Cameron ni memang cantik sangat lanskap outdoor nya, ala-ala Genting sikit dengan deretan outlet makanan seperti Starbucks, Marry Brown, Coffee Bean, Chicago Chicken , ZUS Coffee , Guardian dan banyak lagi lah yang korang boleh makan kat sini. Kedai steamboat pun ada dan pasaraya untuk korang beli barang-barang keperluan adalah Billion kalau tak silap kak ana, sebab syik tengok kat area outdoor kami tak masuk pun pasaraya tu :) 


Centrum Mall Brinchang, Cameron Highlands


Dan sekitar luar Cetrum ni pula ada pelbagai kiosk jualan makanan dan cenderamata untuk di beli. Kira betul lah ada orang kata berada di sini macam kita kat overseas pemandangannya yang unik dengan cuaca yang sejuk dingin. 


Centrum Cameron Highlands


Adik Ika boleh pula minta nak makan aiskrim dalam sejuk-sejuk gedii ni. Dia singgah ke Rollney kedai dessert viral Kurtoskalacs, the official dessert  Hungary. Sempat lah dia merasa Chimney Cake Vanila Ice cream . Mak aii bertuah betul lah anak ibu ayah ni. Hat dia makan ni harga dia RM18 , erm satu cukup lah untuk dia sorang, kami tak mau pun sejuk weiii... 


Aiskrim Rollney Centrum Cameron Highlands


Tarikan utama kat Centrum ni pastilah menara jam dan tambah menarik di hiasi pokok krismas sempena perayaan krismas yang bakal menjelang. Memang cantik lah maii sini bulan November Disember ni kan. Kena dengan tema dan lokasinya. 

Waktu malam sekitar jam 7 malam, lampu-lampu mula di nyalakan dan memberikan satu pemandangan yang sangat unik dan indah waktu malam di Cameron Highlands. Lain dah laa nii, tak macam dulu bila malam tumpuan orang ramai hanya ke pasar malam sahaja , kini dah boleh lepak mgopi di Centrum. 


Centrum Cameron Highlands


Asbab kami bercuti hari Selasa, hari bekerja, jalan turun ke Tanah Rata cukup clear malam tu dalam suasana berkabus tebal dan suhu sekitar 16-17'c . Kalau hujung minggu atau hari cuti pastinya sesak jalan kan.. bertabahlah bagi yang terpaksa mengharunginya. Memang tak dapat nak elak kesesakan jalan di Cameron time cuti. 


Waktu malam di Cameron Highlands


Sampai di pekan Tanah Rata, kami tak balik terus ke Hillview Inn sebab ianya terletak di pekan Tanah Rata sahaja. Kami ronda-ronda dulu pekan Tanah Rata kedai-kedai yang ada di deretan jalan, kemudian ke bazar yang dibahagian belakang di mana ada juga jualan makanan, pakaian dan cenderamata. 

Walking distance sahaja hotel penginapan kami dengan pekan Tanah Rata ni dan malam tu suami beli keledek kukus dan strawberi coklat untuk kudapan sambil jalan-jalan. 


pekan Tanah Rata Cameron Highlands

Balik bilik,solat jamak mana yang patut kemudian kami rehat dan tidur. Keluar balconi jangan cakap dia punya sejuk sampai ke tulang. Bangun subuh ketaq laa nak ambil ayaq semayang, walaupun guna air panas. Kena terus mandi lagi tangguh lagi rasa sejuk.

Sarapan di Pekan Tanah Rata, Cameron Highlands


Pagi tu 23.11.2022 kami turun sarapan di pekan Tanah Rata, suami bawa kereta juga walaupun boleh sahaja jalan kaki, maklumlah kak ana tak larat sangat jalan nak nak lagi mendaki jalan berbukit kan. Sarapan nasi lemak telur, suami makan kuewtiau goreng telur dan tapau adik nasi lemak ayam goreng, teh tarik, teh o dan kopi o. Semua sekali hanya RM19 sahaja. 


sarapan pagi di Cameron Highlands


Balik bilik lepak-lepak lagi di taman mini English Garden Hillview Inn kemudian kami check out jam 11 pagi lebih kurang. Ronda sekali lagi pekan Tanah Rata, tak masuk pun MARDI sebab dah banyak kali masuk kan, terus naik semula ke Brinchang dan kami nak ke Kea Farm sahaja, nak singgah ke Sheep Sanctuary, hat ni belum pernah maii lagi. 


sarapan di Cameron Highlands


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands 

The Sheep Sanctuary ni terletak di kawasan pasar Kea Farm sahaja. Tak lah besar kawasannya, kecil sekali round dah selesai. Bayaran tiket masuk pada waktu entri ini diterbitkan adalah RM8 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Sekali akan di berikan pallet makanan biri-biri untuk kita bagi makan kambing biri-biri dalam ni.


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands


Jangan terpedaya dengan Instagram naa, kalau hujung minggu atau cuti kak ana percaya mesti akan lebih peck kawasan ni dengan pelancong, pandai-pandai lah korang nak dapatkan angle yang cantik untuk bergambar sebab kawasan ni sempit sahaja laluannya dan kambing biri-biri gemoks comel nu akan berjalan di sekitar laluan. 


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands

Kat sebelah hujung laluan berpagar putih adalah kandang kambing biri-biri , banyak laa biri-biri sedang lepak dalam tu hehe. Tapi kalau korang pandai dapatkan sudut dan si kambing pun nak beri kerjasama, mesti boleh dapat gambar yang cun juga. 


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands


Hari bekerja hat kak ana kat sini pun ramai juga pengunjung. Dan kat dalam tu pun ada cafe dan korang boleh beli aiskrim kat sini. Adik Ika sekali lagi makan aiskrim kat kawasan sejuk ni. Cuaca pagi tu cerah dan tak berapa nak sejuk sangat sekitar 19-20'c sahaja. 


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands


Memang gemoks dan comel-comel biri-biri dalam The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands ni. Jinak-jinak akan menghampiri kita nak dapatkan makanan. Ada juga pengunjung yang tak berani nak dekat dan kat sini biasalah kandang kambing kan adalah aroma kambing di sekeliling huhu :). Jangan lupa basuh tangan selepas main dengan kambing biri-biri naa..


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands

PUKU Cafe aiskrim ni juga ada menjual minuman dan roti-roti, kat banner tu ada diletakkan logo Halal. Kami beli aiskrrim sahaja yang berharga RM6 selepas dapat diskaun pada tiket masuk tadi. 


The Sheep Sanctuary, Kea Farm , Cameron Highlands

Pasar Kea Farm, Cameron Highlands


Keluar dari The Sheep Sanctuary, terus sahaja ke pasar Kea Farm seberang jalan. Kami pun parkir kereta kat sana dan seronok nya bercuti hari bekerja ni parkir betul-betul depan deretan kedai di Kea Farm. Sekali masuk RM3 sahaja .

Waktu ni juga jualan agak murah dan dapat dalam kuantiti yang banyak. Strawberi kak ana beli selonggok RM10 memang banyak satu bekas tapau besar tu kak ana dapat. Beli dua longgok satu untuk kak long dan satu lagi adik ler. Pas tu beli lagi pek-pek sederhana 6 pada harga RM20 sahaja untuk beri pada jiran-jiran dan besan. 


Pasar Kea Farm, Cameron Highlands


Jagung dan keledek pun murah dan banyak. Kak ana beli RM10 dapat 12 batang jagung manis dan jagung mutiara waktu tu. Hat tu je yang kami beli, tak beli pun sayur-sayur sebab lepas bercuti nanti ni, kak ana nak pii reunion sekolah rendah pula ke Kampar, takut tak dan nak masak. 


Pasar Kea Farm, Cameron Highlands

Cactus Point, Brinchang, Cameron Highlands

Lepas tu kami turun semula hala ke Tanah Rata dan singgah di Cactus Valley, di Brinchang . Sekadar nak tengok pokok-pokok bunga dan kaktus kat sini. Tak beli pun kaktus dan kak ana beli sepasu kecil bunga ungu berharga RM8 sahaja kat sini. 


Cactus Valey, Cameron Highlands




Ikutkan memang nak ajer beli pokok-pokok bunga kat sini, tapi kak ana dah tahu dah ada jenis pokok bunga Cameron ni bawa turun ia tidak mampu bertahan dan akhirnya mati. Harga pun lebih kurang sahaja dengan nursery Sungai Buloh jadi kak ana tak beli pun sekadar sepasu kecil buat buah tangan. 



Cameron Valley Tea House , Ringlet, Cameron Highlands


Dari sini kami terus turun hinggalah ke Ringlet dan hentian terakhir adalah ngeteh di Cameron Valley Tea House dalam perjalanan turun melalui jalan Tapah. Sini memang hentian pertama kalau naik dari Tapah dan hentian terakhir kalau turun pula. 


Cameron Valley Tea House , Ringlet, Cameron Highlands


Memang wajib singgah ngeteh kat sini, dan sekali lagi seronoknya kali ni tak perlu nak beratur menunggu giliran meja kerana hari bekerja meja kosong banyak dan kami dapat port cantik tepi ladang teh. 

Menu wajib pastilah scones nya yang paling sedap bagi kak ana setiap kali ke Cameron. Scones set dua ketul tu cuma berharga RM14 sahaja dan kak ana try juga tiramisu kek tu , namun tidak kena lah dengan selera kami. Tak pe janji scones ada dah cukup.


Cameron Valley Tea House , Ringlet, Cameron Highlands


Untuk teh o panas dan teh tarik pilihan suami pula secawan tu cuma RM4.50 sahaja dan kalau korang ramai boleh ambik seteko pun tak mahal mana. Kalau lain-lain menu ada harga kat kaunter untuk korang nikmati. 

Lagi satu sampai sini port akhir juga lah nak beli buah tangan, khasnya serbuk teh . Ada dalam bentuk serbuk, uncang dan pelbagai variasi teh Cameron Valley di jual disini. Owh ye sebelum lupa, laa nii kalau turun nak bergambar di ladang teh dah kena bayar RM3 seorang, naaa.. Dulu-dulu free jer kann.. 


Cameron Valley Tea House

Hat ni sahaja lah perkongsian kak ana bercuti 2 hari satu malam di Cameron Highlands. Bestnya sebab rezeki kami cuti pada hari biasa hari orang bekerja jadi suasana tenang dan tidak lah sesak. Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran untuk korang yang cadang nak ke Cameron Highlands.

Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang silap salah tu adalah dari kekerdilan kak ana  sebagai hambaNya, kalau ada pertanyaan boleh komen kat bawah naa.. ada masa kak ana akan cuba reply. Jaga diri dan selamat bercuti buat semua, mulakan langkah dengan doa memohon keselamatan sepanjang percutian dan di redhaiNya.. Aamiin. 

4 Comments

  1. wahh mengijau cameron highlands yg sejuk dh mcm oversea gituuu., huhuhu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Banyak perubahan di Cameron Highland setelah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
  3. ya Allah, bestnya kak dah lama sangat dana tak ke CH. Macam makin banyak tempat best untuk dikunjungi tapi cuti sekolah ni memang tak la nak ke sana, compom jem sana sini waktu ni

    ReplyDelete
  4. waah.. lama tak jalan jalan ke cameron highlands. suasana baru nampaknya boleh plan ke sana nanti ni

    ReplyDelete