Serius kak ana rasa lah kan, bandar Kuantan ni memang banyak sungguh cafe esthetic , tepi pantai, tengah bandar yang cantik-cantik dan majoritinya adalah milik Muslim . Itu yang rasa seronok sangat kami food hunt hari pertama berada di Kuantan, Pahang. 

Bermula makan tengahari gulai tempoyak patin di Go'Bang Maju , Temerloh, kemudian kak ana minum petang di cafe dessert viral Kula Cakes di bandar Kuantan dan sebelah malam selepas check in dan solat di Mandurah Hotel, kami cari makan malam semula ke bandar Kuantan.  


Cafe Senja By Doc Duck Baked House , Kuantan


Cafe Senja By Doc Duck Baked House , cafe cantik di Kuantan 


Adik Ika yang jumpa cafe ni di Tiktok dan Instagram sebab dia terasa nak makan bubur nasi malam tu, sebab dia tak berapa sihat batuk dan selsema masa kami sampai ke Kuantan. Dapatlah sedikit gambaran sebuah cafe dengan nama Senja By Doc Duck Baked House.


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Macam biasa lah kalau bab nak makan kak ana akan cari info halalan toyiban dahulu. Dari page FB depa,  Adik dapat info cafe ni adalah milik Muslim dan ejaan nya adalah Doc Duck sebab kalau dengar sebutan macam dog duck hehe .


Cafe Senja By Doc Duck Baked House , Kuantan


Waktu kami sampai ramai juga pengunjung yang ada sedang menikmati makan malam di dalam cafe yang di tatarias cantik bertema kan kata-kata berkisar tentang senja . Menarik , padanan warna dinding dan kemasan interior cafe dan ada juga ruang makan di aras atas di dalam cafe. 


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Cafe Senja By Doc Duck Baked House , Kuantan ni lebih kepada menu dessert atau pencuci mulut khasnya aneka pilihan kek di samping menu ala Thai sebagai main dishes mereka. Ini termasuk lah signature dish depa bubur nasi berlauk, yang Adik Ika nak makan malam tu.


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Harga menu di sini Alhamdulillah tidak begitu mahal dan berpadananlah dengan harga makan di cafe-cafe serata tanahair tetapi masih mampu dan tidak over price. Sangat berbaloi dengan sajian yang di makan.

Kami makan malam agak berat juga malam tu, lapar pula perut , jarang malam nak makan nasi tapi kali ni kak ana ambil nasi goreng senja , suami ambil set nasi dan tomyam dan Adik Ika makan bubur nasi berlauk. 



Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Nasi bubur berlauk korang boleh pilih dari pilihan beberapa jenis lauk . Maaf sangat kak ana tak ingat dah harga menu-menu kat sini. Selera Adik makan bubur nasi bersama telur masin dan ikan bilis tumis berkicap. Memang sedap. 


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Ni menu pilihan kak ana, nasi goreng Senja ada nasi goreng, isi ayam goreng kunyit , telur mata , sambal, ulaman dan keropok . Sedap tidak mengecewakan. Alhamdulillah... 


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Dan suami ambil set nasi tomyam seafood , di sajikan nasi putih semangkuk tomyam yang penuh dengan aneka makanan laut bersama telur mata , ulam dan sambal. Tomyam seafood ala Thai yang juga sesedap rasa pada kami.

Untuk minuman kami ambil teh o ais dua dan teh o panas untuk Adik. Untuk kesemua menu yang kami makan malam tu berharga cuma RM44 sahaja. Masyaa Allah murah dah pada kak ana untuk makan malam hidangan nasi untuk tiga orang. 

Kak ana highlight kan di IG Story untuk perbelanjaan kami sepanjang percutian 4 hari 3 malam Kuantan- Kuala Terengganu- Kuantan pada 15-18 Oktober 2023 yang lalu sebagai rujukan. 


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Walaupun kami tak order apa-apa menu deseert dan kek di Senja Cafe By Doc Duck Baked House malam tu, rezeki sangat bila staff berikan sekotak dessert sebagai cenderahati. Rupanya di dalam kotak ada croffle dan juga tart . Terima kasih banyak walaupun kak ana tak ada mention apa-apa pun untuk review cafe ni.



Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Ini antara menu dessert yang sempat kak ana ambil gambar di kaunter semasa nak membayar makanan. Staff kat sini semuanya baik dan ramah melayan kak ana berbual juga seketika. 


Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan


Satu pengalaman makan malam yang best sangat di Cafe Senja By Doc Duck Baked House , Kuantan ni buat kak ana sekeluarga malam tu. Berbaloi drive semula ke bandar Kuantan dari Beserah di hotel penginapan kami. Tak jauh pun dalam 20 minit macam tu, cuma banyak tragik light hehe :) 



Cafe Senja By Doc Duck Baked House - cafe cantik & esthetic di Kuantan

Kalau korang stay Kuantan dan nak makan malam menu ala Thai serta dessert cafe yang cantik boleh lah waze ke Senja By Doc Duck Baked House ni, naa.. Parking pun mudah di hdapan cafe sahaja dan malam percuma tak kena bayar, siang kak ana tak tau sebab kami maii malam. 

Semoga tuan punya cafe dan staff sentiasa sukses dan di murahkanNya rezeki , Aamiin.. 

2 Comments

  1. Murah memang kak Rm44 utk bertiga. 👍👍. Terlihat sedap pula. Dan saya suka design interior dia. Ada hijau emerald, yg bikin vibe nya sejuk, cozy dan homey.

    Saya belum pernah ke kuantan. Nanti lah kalo ke Malaysia lagi nak juga visit kota2 lainnya, biasa selalu Penang dan KL saja

    ReplyDelete
  2. Serius dah lama tak pergi kuantan, banyak betul perubahan di sana. Lawa betul kafe ni Kak Ana.

    ReplyDelete