Ini last entri kak ana nak kongsikan dengan korang percutian kami bertiga dari Kuantan ke Kuala Terengganu di bulan Oktober 2023 yang lalu. Sangat menarik sepanjang 4 hari 3 malam dengan pelbagai pengalaman yang telah pun kak ana terbit kan di entri-entri yang lepas. 

Syukur alhamdulillah walaupun waktu di Kuantan hari pertama,  tu dapat perkhabaran Kak Long dan Aiman positif Covid , risau kan kesihatan cucu kak ana, namun Alhamdulillah semuanya baik-baik hinggalah kami pulang. 

Dari Pasar Kedai Payang kami teruskan perjalanan ke Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Di sebab kan kami masih kekenyangan sarapan pagi di Tanjung Vista Hotel sebelum check out, jadi tak berkesempatan nak makan nasi dagang atau ike singgang budu di Kuala Terengganu.  


Muzium Negeri Terengganu


Muzium Negeri Terengganu 


Dengan panduan waze sampai lah ke Muzium Negeri Terengganu. Waktu kami pertama kali ke Terengganu dahulu pernah dah sampai sini cuma tak dan nak masuk kerana waktu dah petang. Muzium ni beroperasi sehingga jam 5 petang sahaja. Standard la kan mana-mana muzium memang begitu.



Muzium Negeri Terengganu


Korang terus pandu kereta masuk ke dalam kawasan muzium dan tak perlu parkir di luar kerana nak masuk tu pun agak jauh juga ke dalam kawasan muzium. Parkir percuma sahaja di sini dan ada beberapa gerai menjual makanan dan minuman serta cenderahati sekitar parkir.


Muzium Negeri Terengganu


Di hadapan laluan masuk tu korang akan melihat 2 bangunan dengan senibina rumah Terengganu tradisional yang tersergam indah dan amat mempersonakan pandangan kak ana. Kak ana sangat suka melihat senibina rumah tradisional begini , past teruja sangat berada di perkarangannya.

Kak ana tak pasti sama ada tersedia kemudahan lif untuk masuk ke pintu utama ni kerana kita perlu mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk warga emas to be macam kak ana ni. Namun gagah kan juga lah dan sampai ke pintu masuk utama. 


Muzium Negeri Terengganu


Di hadapan pintu masuk, ada kaunter tiket dan harga tiket untuk warganegara cuma RM5 sahaja. Kami bayar bertiga untuk kak ana , suami dan Adik Ika. Pastu boleh lah masuk melawat dua unit bangunan muzium yang di hubungkan antara keduanya.

Memang sangat luas dan besar terdiri daripada 9 galeri semuanya. Penat juga lah menaiki tangga demi tangga dalam bangunan ni. Apa yang dapat kak ana nyatakan di sini senibina di bahagian dalamnya juga amat cantik ukiran kayu dan tatarias tradisional.



Muzium Negeri Terengganu


Hampir sejam lebih juga kami berada di sini sehingga berkumandang azan Zohor di sekeliling kompleks muzium kerana di Terengganu ni cukup banyak masjid. Tak ada sebab tak boleh singgah solat naa. 

Seingat kak ana muzium negeri Terengganu ni pernah di jadikan lokasi pengambaran sebuah drama siri purba suatu masa dahulu. Tak ingat lah drama apa.. lama dah. Di dalam nya ada galeri pameran tetap dan ada juga galeri pameran bermusim mengikut penganjuran. 

Masjid Kristal , Kuala Terengganu 


Masjid Kristal Kuala Terengganu

Tak berapa jauh dari komplek Muzium Negeri Terengganu tu, kami waze ke Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Losong , Terengganu. Ini merupakan kali kedua kak ana di izinkanNya sampai ke sini. 


Masjid Al Aqsa Taman Tamadun Islam Terengganu


Agak sedih juga dalam perjalanan nak masuk ke laluan Masjid Kristal ni kami melalui Taman Tamadun Islam yang pernah kak ana kunjungi sebelum ni. Dari luar nampak monumen-monumen di dalamnya terbiar dan tak terjaga. sayang sangat rasanya.

Dalam perjalanan masuk tu nampak monumen kubah Masjid Al Aqsa. Allahu Akhbar, sedih sangat rasa hati kerana waktu ini saudara kita di Palestine sedang di perangi oleh kaum laknatullah. 




Kami singgah solat zohor dan berjalan serta bergambar di sekitar perairan masjid. Tenang nya jiwa bila melihat masjid Kristal ni walaupun kecil sahaja namun bagaikan ada roh bila berada di sini. Dan dari sini kami bertolah pulang ke Kuantan semula dalam perjalanan pulang ke kediaman. 

Alhamdulillah.. percutian di Terengganu dan Kuantan kali ini amat indah untuk di kenang. In Syaa Allah jika di resekikanNya, kak ana ingin datang lagi. Tak puas rasanya berada di negeri Darul Iman ini. 

2 Comments

  1. Lama betul tak jejak terengganu ni..aritu ada gak plan tapi ghisau ujan kat sana,

    ReplyDelete
  2. Museum nya terlihat menarik. Saya suka visit museum tiap kali traveling ke berbagai negara. Terkadang dari museum lah kita bisa belajar banyak sejarah suatu country.

    Semoga ada waktu utk berkunjung ke museum Terengganu ini

    ReplyDelete