Makan lontong kuah kacang di Medan Selera Kg Baru, KL
Sebelum kami ke Car Boot Sale Ukay Perdana, beberapa minggu yang lepas, kami singgah sarapan pagi di Medan Selera Jalan Raja Muda Abd Aziz. Saja-saja singgah sini sebab pernah sekali suami bawa kak ana makan mee kari dan soto kat sini. Memang sedap sekali sekala makan food court.
Medan selera ni pagi lagi dah ada juadah makanan nasi campur. Macam-macam lauk ada. Kami masuk ke bahagian dalam sikit dan singgah makan kat satu gerai ni. Kak ana tak ingat dan tak ambil pun nama gerai, sebab tak terfikir nak jadikan entri.
Kat medan selera ni ramai sungguh kakitangan HKL yang datang tapau makanan atau duk makan. Medan selera ni dekat sangat dengan HKL bahagian belakang. Waktu break agaknya sebab depa pakai uniform hospital . Kebersihan agak terjaga juga di kawasan medan selera ni, cuma ada sahaja pengemis datang dan nampak seperti warga asing pun ada, bukan warga tempatan.
Suami makan nasi lemak paru , Adik pula roti canai telur dan kak ana makan lontong. Nih nak cerita dengan ampa, lontong gerai ni sedap. Kuah lodeh lemak macam biasa, nasi impit, depa buh sambal tumis, ada bergedil dan unik sikit pada kak ana depa buh sekali kuah kacang.
Sempat lah ambil gambar nak update kat status IG . Hat atas tu la, sedap sangat pada selera kak ana makan lontong dengan kuah kacang. Jarang lah kan. Selalu lontong kedai ni makan dengan kuah lodehnya sahaja, buh sambal dan telur.
Tapi kat sini depa bagi bergedil dan kuah kacang. Harga kalau tak silap kak ana dalam RM6 atau RM6.50 sahaja. Murah kan sebab kami makan bertiga pagi tu sekali air dalam RM21 macam tu. Lebih kurang lah tak ingat sangat.
Satu pengalaman yang menarik untuk di kongsikan di sini. Lain kali boleh lah repeat kalau singgah sini. Pelbagai menu makanan ada di jual. Itu jer nak cerita sekadar memenuhi kuota 1 hari 1 entri kak ana, tapi dah pun bocor sehari tanpa entri huhu :)
Apapun, kak ana akan berkongsi kisah yang baik-baik sahaja untuk coretan di alam maya. Risau juga duk kalut nak kejar trafik, ada aib orang terbuka, jadi kalau satu-satu perkara tu tak ada manfaat, baik lah berdiam sahaja, kerana kita semua pasti akan lalui audit akhirat kelak...
3 Comments
sedapnye lontong kuah kacang.. kalau di sini kami panggil nasi kapit kuah kacang.,. mkn sekali dgn satey..
ReplyDeleteEnaknya lontong kuah kacang, sedap nian. Kalo datang pas istirahat memang kadang ramai apalagi depan hospital atau rumah sakit.😀
ReplyDeleteoh..saya biasa juga makan lontong bubuh kuah kacang. tak pasti asal dari negeri mana stail begitu
ReplyDelete