Punya lah lama nak buat tiramisu resepi Khairul Aming nih, dari bulan puasa sudah lagi Adik Ika dan kak ana nak buat, baru minggu ni terjadi dengan jayanya. Pernah selepas raya kami try buat, tapi waktu whisk whipping cream tu , entah apa silapnya, boleh tak menjadi. Tekstur whipping cream jadi pecah atau terasing. 

Memang agak sensitif kan, kalau kita bermain dengan whipping cream ni. Sudahnya dari membazir, kak ana jadikannya cheesekut. Itu pun kak ana gunakan digestive biscuits masa tu. Memang sedap dan premium guna digestive biscuits ni, resepi pernah kak ana terbitnya di RESEPI CHEESEKUT .


Tiramisu resepi Khairul Aming

Waktu tengah viral resepi tiramisu Khairul Aming ni dulu, punya lah susah kak ana nak dapatkan biskut lady fingger untuk bahan base nya. Dari satu bakery ke satu bakery kak ana cari, tapi laa nih senang, ada dah kat bakery. 

Sedap rupanya bisukut Lady fingger ni, rasa biskut baby, manis dan lembut sangat teksturnya. Ada lebih hari tu kak ana cicah teh o , sedap tau hehe :) 


biskut lady fingger


Tiramisu resepi Khairul Aming 


Jom lah kak ana kongsikan semula cara buat tiramisu ikut resepi Khairul Aming, sangat mudah kerana ia non baked , cuma perlu whisk , susun dan sejuk kan, dah siap. 


Bahan-bahan tiramisu resepi Khairul Aming 


1 kotak kecil whipping cream
1 cawan gula kastor
250g krim keju ( cream cheese ) 
4 sudu serbuk kopi segera
1 cawan air
Biskut ladyfinger
Serbuk koko


Cara buat tiramisu resepi Khairul Aming 


1. Mula-mula pastikan semua bahan adalah pada suhu bilik, bukan dari peti sejuk naa. Langkah pertama  tuang satu kotak kecil whipping cream ke dalam mangkuk dan putarkan sehingga krim itu kembang. Jangan terlalu kuat, slow-slow sahaja .

2. Masukkan satu cawan gula kastor dan putar lagi berhati-hati dengan teksturnya. 

3. Kemudian bolehlah masukkan 250g cream cheese dan sambung putar hingga sebati. 

4. Sementara itu , kita sediakan base biskut. Masukkan 4 sudu serbuk kopi segera ke dalam bekas yang lain, dan campurkan dengan 1 cawan air.

5. Celupkan biskut lady finger ke dalam bancuhan kopi. Celup sekejap sahaja. Lebih kurang 2 saat.

6. Ambil perlahan biskut ladyfinger yang telah dicelupkan tadi dan susun di dalam bekas. Kak ana gunakan bekas kaca medium senang nak makan sorang sebekas. Korang boleh juga guna mangkuk caserole dan nanti nak makan boleh ceduk. 

7. Tuangkan adunan krim keju yang telah diputar tadi ke atas biskut ladyfinger sebagai lapisan pertama. Ulangi proses yang sama untuk lapisan kedua.

8. Selepas ratakan krim, taburkan serbuk koko dengan mengunakan ayak kecil di bahagian atas dengan penuh rata. Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Sebaiknnya, simpan untuk semalaman sebelum dihidang . Selamat mencuba dan ia memang sedap.. Alhamdulillah... 


7 Comments

  1. teringin juga nak buat nanti...
    resepi asyik peram je hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kak Ana.... Tapi tak berani nak ambil risiko, takut tak jadi haha

    ReplyDelete
  3. Apabila melihat cara KA siapkan satu-satu menu, rasa macam mudah sangat.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya boleh try nanti ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. kena cari biskut dulu :)

    ReplyDelete
  6. sedap ni.syok makan sejuk sejuk

    ReplyDelete
  7. ini mmg sedap mkn sejuk sejukkk! hehehe

    ReplyDelete