Kalau bermalam di Cameron Highlands, kak ana selalunya ikut keperluan sama ada untuk menginap di hotel atau pun menyewa homestay. Tengok pada keperluan tu maksudnya, jika kak ana datang ramai, dengan famili adik misalnya, kami lebih selesa sewa homestay. Tapi sekiranya, kami bertiga beranak sahaja, selepas kak long berkahwin nih, kak ana akan stay di hotel .

Itu pun kami sangat berhati-hati dalam memilih hotel. Lokasi dan fizikal hotel itu penting sangat untuk keselesaan kami untuk bermalam. Paling tidak, hotel tersebut ada bangunannya sendiri dan bukan di deretan shop lot. 

Kalau dapat yang ada lanskap lagi lah kak ana suka, sebab nak kan aura percutian di tanah tinggi. Kena lah ada taman bunga dan mendamaikan suasana untuk berehat. Bukan apa, dah la drive jauh dengan keadaan jalan yang berliku mendaki gunung, sampai destinasi kita perlu berehat secukupnya, ye dak.


Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Tapi lain orang lain lah kekdahnya. Apapun ikut bajet masing-masing. Kalau mampu carilah hotel yang lebih selesa dan mahal, tapi pada sesetengah orang pula, hotel sekadar nak lelap mata. Kita raikan lah perbezaan pendapat begini.

Cuma untuk kak ana dan suami serta anak-anak, kalau naik ke Cameron Highlands, kami akan plan sebaik mungkin. Pertama tidak memilih peak season yang pasti akan sesak trafik jem dan orang ramai, jadi kami suka datang waktu off season hari orang bekerja. 

Lebih tenang, jalan pun tak sesak, dan bergambar pun dapat angel yang cantik dan nak makan pun tak perlu tunggu lama atau beratur. Maklumlah kan, dah usia-usia gini mesti nak yang cool jer huhu :) 


Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Bila suami dah comfirmed kan untuk ke Cameron Highlands, kak ana dan Adik Ika macam selalu akan research lah di internet, tiktok sebagainya dengan keyword hotel best Cameron Highlands. Dah dapat beberapa nama hotel yang dah di review, kami ke Agoda dan tengok range harga. Kalau semua okay, Google review pun cantik, kami terus booking dan buat bayaran. 


Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Kali ini pilihan kak ana dan Adik Ika adalah di Springhill Resort, yang terletak di Brinchang, Cameron Highlands. Adik Ika booked pada harga RM220 satu bilik deluxe dan ambil 2 bilik satu untuk dia dan satu untuk ibu dan ayahnya. Kami request interconnecting room, tapi hotel ni tak ada jadi depa bagi bilik bersebelahan . Dah kira baik sangat dah tu.



Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Dalam entri yang lepas-lepas, kak ana dah ceritakan perjalanan kami dari Simpang Pulai, singgah minum dan toilet di Avant Chocolate Green View Garden di Blue Valley dan kemudian dalam perjalanan turun ke Tanah Rata kami singgah  Ladang Teh Cameron Valley di Kg Terla .

Selepas itu kami teruskan perjalanan untuk  hi-tea di The Bala Holidays Chalet di Tanah Rata. Dan dari sana, kami naik semula ke Brinchang dan waze ke Springhill Resort. Inilah hotel tempat kami bermalam .Kami sampai sekitar pukul 4.30 petang dan terus ke kaunter reception untuk check-in.



Springhill Resort, Brinchang  , Cameron Highlands


Dapat kunci kami terus ambil luggage dan bawa ke bilik. Hotel ni kak ana tak pasti ia baru atau di bawah pengurusan baru. Bilik sangat bersih, modern concept. Bilik kami berada di LG dan ada lift untuk turun ke bawah.

Kebanyakan bilik hotel yang pernah kami stay tidak mempunyai kipas apatah lagi aircond, sebab suhu sejuk kan kat sana. Tapi hotel ni ada kipas di siling dan ia jenis build in, lupa kak ana nak ambik gambar kipas tu. 


hotel best Cameron Highlands


Hotel amenities semua lengkap dan standard, sabun dan syampu depa buh kat dispenser lekat kat dinding bilik air. Lain-lain diberikan 2 lah sebab deluxe room kan untuk dua orang. Cuma tak ada seterika tapi iron board ada di sediakan dalam almari. 



hotel best Cameron Highlands


Sejadah pun ampa bawa lah sendiri naa, kak ana sejak terlatih waktu era pendamik hari tu, telekung dan mini sejadah dah terbiasa akan bawa sendiri walau ke mana pun, walau pun ke mall. 

Lebih selesa dah rasanya, sebab tu kak ana sekarang pilih handbeg yang besar, muat isi telekung travel dan mini sejadah. Faktor usia, beg mak mak datin kata anak-anak kak ana, beg yang besar gini. 



hotel best Cameron Highlands


Tapi iron tu jangan risau, kita boleh sahaja call receptionist dan house keeping akan hantar seterika ke bilik. No worries. Pagi tu kak ana call dan depa mai hantar. 

Kak ana banyak upload gambar bilik air kat sini sebab kak ana suka pada interior design toilet di Springhill Resorts nih. Bercirikan moden kontemporari, corak lantai dan dinding marble dengan sinki dan shower yang sangat sofisticated. Water heater ada je untuk shower dan sinki, hat ni best termasuk bidet huhu :) 


hotel best Cameron Highlands


Untuk pengetahuan korang juga, Springhill Resorts, sekali pakej sarapan pagi untuk setiap penginapan. Cafe Rasah di aras LG adalah menyajikan sajian yang di iktiraf Halal , Jakim. Alhamdulillah... Kami keluar sarapan awal pagi tu, sekitar 8 pagi dan banyak juga pilihan buffet sarapan yang ada. 

Standard makanan hotel tapi banyak dan sedap. Ada nasi lemak, kari ayam, nasi goreng, mee goreng, bubur nasi, bihun sup, telur separuh masak, kuih dan kek , salad, buah-buahan, roti bakar, nugget, sosej, cereal dan pelbagai lah macam kat mana-mana hotel itu lah juga pilihan yang ada kan. 


hotel best Cameron Highlands


Kita boleh memilih nak makan di dalam coffee house ataupun nak lepak kat luar dengan udara pagi yang sejuk dihiasi landskap bunga-bunga pun boleh. Kak ana, haruslah duk luar barulah ada vibes Cameron Highlands kan. 



Korang boleh lihat persekitaran Springhill Resort ni dalam Shorts Youtube Video di atas. Memang cantik. Selepas sarapan, kami ronda-ronda taman bunga kat sini dan kemudian balik ke bilik dan rehat sambil kemas-kemas beg. 

Kami check-out sekitar jam 11.30 pagi dan hadap la juga sedikit jem menuju ke Kea Farm tapi tak lama dalam 30 minit lebih kurang. Waktu tu, jalan bertentangan yang turun dari Simpang Pulai hala ke Tanah Rata, dah mula melekat trafic jemmed yang agak teruk. Bertabah la yang baru sampai tu kerana tarikh tu hari Sabtu, dan cuti sekolah dah bermula. 

Kak ana sangat syorkan untuk korang menginap di sini, kerana ia selesa, bersih dan berada di tengah bandar Brinchang, boleh jalan kaki sahaja ke The Centrum. Tempat makan pun banyak kat area bawah tu sahaja dan ada food truck malam-malam untuk makan kalau tak mau keluar. Di hotel ini juga ada pakej steamboat untuk korang makan di coffee house Rasah ni kalau malas nak keluar. 

Dua tahun lepas, satu lagi hotel yang ada landskap dan sangat selesa yang pernah kak ana menginap adalah di Hillview Inn, Tanah Rata. Bertema kan English Cottage Garden dan bangunan yang kalassik Inggeris . Korang boleh baca review nya di SINI










3 Comments

  1. tempat inap selesa coti2 di CH

    ReplyDelete
  2. Tempat yang menarik dan nyaman. salam hangat dari kepulauan

    ReplyDelete
  3. Saya catat dulu. Semoga bisa ke CH dalam waktu dekat.

    Cantiiik resort ini. Apalagi banyak bunga yg buat lagi betah melihat. Saya pun kalo sedang stay di sana, pastilah nak sarapan pilih luar biar bisa lihat view bagus begini kan 👍😄. Harga pun masih oke, tak mahal sangat

    ReplyDelete