Nasi ulam utara bersama gulai masam batang keladi
Dalam entri kak ana yang lepas, kisah kak ana ke MAHA 2024, ada kak ana bercerita makan nasi ulam utara bersama gulai masam batang atau sulur keladi. Dan hari ini, kak ana nak sambung kisah nasi ulam utara yang sangat istimewa di hati kak ana.
Arwah mak selalu dahulu, waktu arwah masih sihat nak buat nasi ulam utara nih. Namun tak pernah tercapai kerana ketiadaan ulaman yang di perlukan. Walaupun di kampung kami, di Teluk Intan, tetapi payah nak dapat sepuluh jenis ulaman lama dah laa nih.
Nasi ulam utara
Setakad ni yang ada di belakang rumah kak ana antaranya ulam raja, daun selasih, daun bayam brasil. Nasi ulam utara ni tak sama dengan nasi kerabu pantai timur. Ia menggunakan ulaman dari jenis pucuk daun. Antara yang kak ana pernah dengar dalam senari di atas adalah daun sekentut. Daun ni bau dia macam bau kentut, dulu ada di sekitar rumah arwah tok di kampung.
Daun mengkudu pun kak ana kenal, pahit sangat daun ni. Tapi sekarang payah juga nak jumpa. Ulaman ni akan di racik halus-halus sangat. Kemudian di gaul dengan bahan tumbuk seperti isi ikan, bawang, belacan dan kerisik. Gaul rata dengan nasi panas-panas.
Sedap di makan bersama gulai masam batang keladi. Masyaa Allah sangat lah sedap rasa masam-masam kuah gulai masamnya. Ia sama seperti masak asam rebus berkuah jernih sahaja. Memang payah nak dapat yang sesedap hat kak ana makan di MAHA hari tu.
Alhamdulillah.. di rezekikanNya juga untuk kak ana nikmatinya sekali lagi. Bagi kat Adik Ika cuba, ermm.. tak suka pula dia, bukan selera anak muda menu-menu gini.
Entah lah bila usia kian meningkat ni, menu-menu nostalgia macam ni lah yang membuka selera kak ana dan suami... Syukur sangat di atas kesempatan usia yang masih berbaki ini, banyak pengalaman yang telah di lalui dan semuanya manis-manis untuk di kenang.
10 Comments
Teringin nak makan nasi ulam, tapi risau tak sedap. Huhuhu
ReplyDeletemakanan nostalgia zaman kita kecil2 juga ni kak ana...teringat dulu bulan puasa mak rajin buat nasi ulam dengan sayur batang keladi ni...seingat saya dah berpuluh tahun tak makan ni
ReplyDeleteSy teringin nak makan nasi ulam ni. Sy rasa belah2 mertua sy ini bukan makanan tradisi dorang sebab tak pernah nampak mak mertua buat.
ReplyDeleteWow sedap ni sis..Sy suka gulai masam keladi...=q
ReplyDeleteGulai asam batang keladi tu kami panggil asam pedas rebus. Selalu masak dengan ibu keladi tu sekali. Kalau dpt ni memang boleh buat bertambah nasinya.
ReplyDeletehari tu nieyl buat nak goreng ulam tu pun tak puas rasanya hahaha..
ReplyDeletenanti nak repeat buat lgi...
nasi ulam utara mesti ada masam keladi n ikan talang kering sedap sgt
ReplyDeletenasi ulam mmg best
ReplyDeletelast sy makan dulu warna tak macam ni
gelap sikit
tak tahu laa apa yg dia masukkan
Saya beruntung pernah mencoba nasi ulam ini, dan sukaaaa sangat . Basically saya memang suka aneka sayuran. Makanya saat coba nasi ulam langsung suka 😍😍. Rinduu sangat nak makan ini lagi.
ReplyDeletefavorite busyra nasi ulam ni... setiap kali ramadan, mesti akan beli di bazar alor setar.. ada makcik jual, mmg sedapp
ReplyDelete