Kek oren terbalik ?? Haah viral resepi kek ni di IG dan Tiktok kan. Memang cantik sangat kalau buat dengan baik. Kak ana lama dah buat kek ni, dari sebelum viral dah pernah buat dan terbitkan entri pada tahun 2020 dahulu. 

Baru-baru ni macam teringin nak makan butter cake panas-panas atau kek mentega, kak ana godek-godek semula mixer dan oven. Guna resepi lama kek mentaga tu sahaja dan tambahkan pati oren Sunquick serta hias dengan hirisan buah oren dan terjadilah kek oren terbalik versi kak ana yang simple dan mudah tak banyak kerenah dan In Syaa Allah sedap.. 


resepi kek oren terbalik sukatan cawan



Kak ana gunakan resepi sukatan cawan sebab kak ana dah lama tak ada penimbang digital, huhu :) Asyik lupa manjang nak beli sedangkan hari-hari duk belek Shopee :) Ye laa kan nak baking pun laa nih jarang-jarang sangat dah. Entah bila mood rajin membaking sampai baru lah teringat scale tak ada. Mujur juga ada resepi lama lejen kek sukatan cawan , terjadilah juga dan sesedap rasa. 

Resepi lama, warisan dari arwah mak saudara kak ana , We Ijah ,yang kak ana sering kongsikan di blog dan social media lain. Moga-moga bermanfaat ilmu yang di sampaikan, Aamiin... Meh la kak ana kongsikan sekali lagi di sini, dari resepi basic kek mentega sukatan cawan di olah menjadi kek oren terbalik.. 


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan 



Bahan-bahan kek oren terbalik : 


2 cawan tepung kek 

1 cawan gula kastor

1 cawan mentega 

4 biji telur gred A

1 sudu kecil asen vanila

2-3 sudu besar kordial oren sunquick

hirisan buah oren 

parchment paper atau baking paper

loyang saiz 6 



resepi kek oren terbalik sukatan cawan


Cara masak kek oren terbalik sukatan cawan 


- Sukatan adunan di atas adalah untuk satu adunan yang di bakar di dalam loyang berukuran 6" .

- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti. 

- Ayak tepung kek.


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan



- Bila adunan dah sebati dan naik, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer. 

- Masukkan pati oren sunquick ke dalam adunan kek. Terpulang nak perisa apa, atau boleh juga beli di bakery pati oren. 

- Panaskan oven sepuluh minit sebelum membakar kek. 

- Alaskan loyang dengan baking paper, susun hirisan buah oren , tuangkan adunan kek serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. 

- Laraskan suhu 180' , api atas bawah dan letak tray di bahagian bawah sekali. Bakar selama 45 minit atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu. Ini kerana saiz oven yang berbeza, tempoh masa masak juga berbeza, naa... 

- Keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum menterbalikkan kek. 

Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat. 


12 Comments

  1. wah..rajinnya kak ana ni...
    nieyl mood baking mmg tak ada lagi..
    tak tahu lah bila nak sampai hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Suka resipi pakai sukatan cawan ni Kak Ana, tak payah nak timbang2 bagai. Makan kek sambil minum teh panas mesti sedap ni kan.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan gebus!
    Kek oren merupakan kek pertama saya buat di hari raya sewaktu umur 15 tahun. Emak yang bagi resipi. Sukat pakai cawan saja.

    ReplyDelete
  4. Aromanya mesti fresh & segar gitu kan?

    ReplyDelete
  5. hmmm sedap ni, mesti bau oren semerbak. Dah lama juga tak makan kek oren ni. Resipi ni mudah je ..boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik2 mama selalu buat kek oren ni....menggamit memori pulak.

    ReplyDelete
  7. Pernah coba , dan sedaaap. Rasa dari buah jeruk 🍊 itu sedaap sangat. Tp memang saya selalunya suka fruit cakes, apapun jenis.

    Cuma kalo bikin sendiri , nanti dulu kak. Oven pun tak ada 🤣. Biasanya kalo ke Medan, saya minta chef baking di bakery shops papa tolong buatkan 😄

    ReplyDelete
  8. wahhhhh mesti harum je baunya masa tunggu bakar tu kan kak... sedapnya

    ReplyDelete
  9. feveret tu terbaik kek oren ana

    ReplyDelete
  10. kak ana saya ambil resepinya ye....nampak macam senang je nak buat

    ReplyDelete
  11. saya penggemar kek lemon, dan kek oren jugak..memang akan beli kalau nampak dijual kat mana2 :) dan tak reti nak baking..reti mkn jer

    ReplyDelete
  12. huishhh confirm semerbak ni 1 rumah

    ReplyDelete