Kek oren terbalik ?? Haah viral resepi kek ni di IG dan Tiktok kan. Memang cantik sangat kalau buat dengan baik. Kak ana lama dah buat kek ni, dari sebelum viral dah pernah buat dan terbitkan entri pada tahun 2020 dahulu. 

Baru-baru ni macam teringin nak makan butter cake panas-panas atau kek mentega, kak ana godek-godek semula mixer dan oven. Guna resepi lama kek mentaga tu sahaja dan tambahkan pati oren Sunquick serta hias dengan hirisan buah oren dan terjadilah kek oren terbalik versi kak ana yang simple dan mudah tak banyak kerenah dan In Syaa Allah sedap.. 


resepi kek oren terbalik sukatan cawan



Kak ana gunakan resepi sukatan cawan sebab kak ana dah lama tak ada penimbang digital, huhu :) Asyik lupa manjang nak beli sedangkan hari-hari duk belek Shopee :) Ye laa kan nak baking pun laa nih jarang-jarang sangat dah. Entah bila mood rajin membaking sampai baru lah teringat scale tak ada. Mujur juga ada resepi lama lejen kek sukatan cawan , terjadilah juga dan sesedap rasa. 

Resepi lama, warisan dari arwah mak saudara kak ana , We Ijah ,yang kak ana sering kongsikan di blog dan social media lain. Moga-moga bermanfaat ilmu yang di sampaikan, Aamiin... Meh la kak ana kongsikan sekali lagi di sini, dari resepi basic kek mentega sukatan cawan di olah menjadi kek oren terbalik.. 


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan 



Bahan-bahan kek oren terbalik : 


2 cawan tepung kek 

1 cawan gula kastor

1 cawan mentega 

4 biji telur gred A

1 sudu kecil asen vanila

2-3 sudu besar kordial oren sunquick

hirisan buah oren 

parchment paper atau baking paper

loyang saiz 6 



resepi kek oren terbalik sukatan cawan


Cara masak kek oren terbalik sukatan cawan 


- Sukatan adunan di atas adalah untuk satu adunan yang di bakar di dalam loyang berukuran 6" .

- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti. 

- Ayak tepung kek.


Resepi kek oren terbalik sukatan cawan



- Bila adunan dah sebati dan naik, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer. 

- Masukkan pati oren sunquick ke dalam adunan kek. Terpulang nak perisa apa, atau boleh juga beli di bakery pati oren. 

- Panaskan oven sepuluh minit sebelum membakar kek. 

- Alaskan loyang dengan baking paper, susun hirisan buah oren , tuangkan adunan kek serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. 

- Laraskan suhu 180' , api atas bawah dan letak tray di bahagian bawah sekali. Bakar selama 45 minit atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu. Ini kerana saiz oven yang berbeza, tempoh masa masak juga berbeza, naa... 

- Keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum menterbalikkan kek. 

Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat.