Tak plan sangat pun, hari Sabtu sebelumnya kak long tanya , ibu nak pii Muar tak jalan-jalan day-trip katanya. Kak ana tanya suami dan Adik Ika, depa kata boleh jer dan hari Ahad pagi tu terus lah kami gerak ke Bangi, singgah rumah kak long, sarapan dan kami ke Muar. 

Dari Bangi dah tak jauh sangat lah melalui lebuhraya PLUS dalam masa 2 jam setengah juga sampailah buat pertama kalinya kak ana mencecah bumi Johor Darul Takzim. Ya, betul dah setengah abad usia baru di izinkanNya sampai ke negeri Johor, teruja sangat dalam hati. Syukur.. 


asam pedas Muar


Kami sampai dalam tengahari juga dah, pusing-pusing dalam kereta dahulu keliling bandar Muar. Tak besar sangat bandar Muar dan trafik pun agak jemmed juga. Kami cari kedai makan asam pedas Muar kat tiktok dan sampailah ke Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai



Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Restoran ni terletak kat tepi jalan utama di bandar Muar. Waze sahaja dan parkir pun tepi jalan sekitar tu sahaja. Suami bertanya pada seorang yang lalu kat situ, katanya parkir percuma hari cuti . Kami jalan kaki sedikit dan masuk ke restoran Haji Olie . 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Aiman yang seronok nak belanja kami sekeluarga makan tengahari tu. Kak ana lihat banyak menu dan nampak sedap-sedap semuanya. Kak ana teman suami dan Aiman pilih menu sementara Adik Ika dan Kak long cari tempat bersama dak Chimi. Ruang makan pun agak selesa dan luas. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Di ruang masuk ada pelbagai menu ikan bakar yang sedang di bakar segar . Kemudian deretan pilihan menu yang dah siap di masak di letakkan siap dalam bekas mangkuk dan piring bersama harga. Macam-macam pilihan lauk lemak salai, ikan bakar, makanan laut , ayam, kambing bakar dan sebagainya. Rambang mata. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Aiman pilih set asam picit ikan bakar dan ulam, ikan siakap bakar, asam pedas pari, sayur lemak kobis dan ayam goreng untuk dak Chimi. Letak dalam troli dan bawa ke kaunter untuk bayaran. Nyatakan bilangan nasi putih dan air. 

Air berkonsep free flow maknanya bayar harga segelas boleh refill air balang yang di sediakan. Ada 4-5 balang air boleh try semua, hat ni kak ana suka. Ada air asam boi lemon, air nanas , sirap laici dan lain-lain. Meriah lah kami duk minum air balang.


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Menu makanan pun sedap-sedap semua, Alhamdulillah.. Asam pedas, ikan bakar sangat kena dengan selera kak ana. Kami makan berlima dengan nasi putih, air dan lauk-lauk cuma RM95 sahaja. Murah sangat pada kak ana. Terima kasih Aiman belanja kami semua dan bawa jalan-jalan Muar. 

Kedai Kopi 434 , Muar 


Dah kenyang, kami jalan-jalan di sekitar lorong-lorong bandar Muar ni. Kak ana cari juga kalau ada jualan ole-ole nak beli tapi tak ada yang menarik. Aiman bawa kami singgah ke Kedai Kopi 434 yang terkenal di bandar Muar . 

Kedai Kopi 434 , Muar


Kedai kopi ni milik bukan Islam tetapi produk serbuk kopinya mempunyai Halal Jakim. Dah lama bertapak dan lejen lah kedai kopi 434 di Muar ni. Kami singgah masuk tengok kedai dan jualan serbuk kopi. 


kopi 434 Muar


Kami duduk dan order kopi o dan kopi ais sahaja, minum nak merasa sendiri keunikan serbuk kopi 434. Memang padu sedap. Kak ana beli beberapa pek serbuk kopi uncang untuk bawa balik dan beri pada adik serta jiran. 

Tomisstan Cafe , Muar 


Tomisstan Cafe , Muar


Kak long nak bawa kami ke satu lokasi yang dia dan Aiman dah pernah pii sebelum ni selepas berkahwin di Tomisstan Cafe , Muar . Agak jauh juga dari bandar Muar dan berpandukan waze kami sampai sini. 



Tomisstan Cafe , Muar


Tempat ini berada di tepi muara Muar. Dari pencarian di internet " perkataan 'Muar' dipercayai berasal daripada Muara. Kalau tak silap kak ana, muara membawa maksud pertembungan aliran sungai ke laut. Terbentang luas laut di hadapan kawasan ini dan kak ana boleh nampak sayup-sayup beberapa buah kapal di tengah laut, 


Tomisstan Cafe, Muar

Lanskap di sini agak cantik dan merupakan sebuah cafe di kawasan kolam pancing. Cafe berstatus muslim friendly dan kami tak makan dan minum pun di sini. 

Singgah semata nak melihat keindahan alam sekitarnya yang terbentang luas dan ada landskap berkayu dan buaian untuk riadah. Menarik untuk yang suka photografi atau ootd. 


Tomisston Cafe, Muar


Dari sana kami gerak balik menuju ke Bangi. Singgah jamak di rnr Air Keroh dan makan-makan sementara menunggu Maghrib. Lepas jamak Maghrib - Isyak , kami gerak semula ke Bangi. Hantar kak long dan terus balik ke rumah.

Alhamdulillah satu pengalaman bermakna buat kak ana, day-trip ke Muar dan pertama kali masuk ke negeri Johor. Erm.. tinggal Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak sahaja lah negeri di Malaysia yang belum kak ana sampai. 

Mudah-mudahan di rezekikanNya menjejak kaki suatu hari nanti dan melihat sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna dan Bijaksana.