Serawa durian cicah mantao
Masih ada baki beberapa ulas buah durian lebihan dari Pulut durian yang kak ana buat sebelumnya. Teringat nak buat serawa durian. Sedap juga buat sarapan cicah roti. Nak menjala roti jala kak ana bukanlah orangnya. Tak pandai nak melenggang jala..
Serawa durian cicah mantao
Serawa atau ada orang panggil kuah durian, senang sangat nak buatkannya. Dapat beberapa ulas durian dah cukup dah. Untuk rasa dan aromanya, kan. Cara nak buat serawa durian pun senang sangat.
Cara buat serawa durian
Bahan-bahan :
Beberapa ulas durian
santan
gula
daun pandan
secubit garam
Caranya , ramas-ramas ulas durian keluarkan dari bijinya. Ada orang suka masukkan biji sekali dan ada yang buang biji ambil isinya sahaja, terpulang. Masukkan dalam periuk, tuang kan santan secukupnya, dan masukkan gula ikut manis masing-masing.
Kacaulah hingga mendidih atas api perlahan. Dah sekali didih letakkan secubit garam untuk menaikan rasa lemak dan masukkan daun pandan yang di simpul untuk aroma. Kalau tak buh pun tak pe sebab aroma durian dah cukup enak dah kan.
Sebab kan roti tak ada di rumah, yang ada stok dalam peti sejuk kak ana cumalah mantao. Kak ana kukus sahaja beberapa ketul mantao dan cicahkan dengan serawa durian. Sedap dan lagi mengenyangkan kerana mantao ni padat dari roti.
Kena kreatif kan juga makanan kita ni dari mengikut kelaziman. Hehe :) Mantao memang kena selalu ada stok di rumah sebab makan dengan apa pun sedap. Cicah kari, cicah sambal tumis, buttermilk , sup semua pun kena pada selera kami sekeluarga. Alhamdulillah...
13 Comments
Favourite ni, lama tak dapat. Ada orang suka makan dengan pulut tapi sy suka roti, mantao pun mesti lagi sedap nak nak kita rendam lama sikit dalam kuah durian tu, hihi.
ReplyDeletesedapnya serawa durian! biasanya saya mkn serawa ni dgn pulut ;)
ReplyDeletememang mantap rasanya kaan... tapi baisa makan dengan pulut je he hee
ReplyDeleteKuah durian mmg sedapkan...makan dgn apa pun sedap 😋
ReplyDeletewarghhhh ini bikin laparrrrr
ReplyDeleteTak nak tengok tapi tertengok jgk..dah lapar..macamane???
ReplyDeletesedapnya serawa durian makan dgn pulut
ReplyDeleteSedapnya serawa durian. Cicah roti, biskut atau makan dengan pulut.
ReplyDeleteSuami suka la serawa ni.
ReplyDeletesedap serawa ni... cicah dengan roti keping pun xpe kak ana...
ReplyDeleteAlaaa... rugi takde roti
ReplyDeleteBetul kak... mantao ni boleh makan dengan apa sahaja. Lagipun ia frozen jadi boleh dinikmati bila-bila masa.
ReplyDeleteDah lamaaaa sangat tak makan kuah durian ini. 😍😍 Biasanya makan dengan serabi. Tp dimakan dengan mantau memang sedap juga. ❤️
ReplyDelete