Ikan seluang.... mesti ramai tak berapa kenal kan bila kak ana sebut nama ikan seluang ni. Ia sejenis ikan air tawar atau ikan sungai. Belah Perak atau orang utara kebanyakannya kenal ikan seluang khasnya yang tinggal di tepian sungai.

Ikan seluang ni kecil-kecil sahaja saiznya. Adalah sebesar jari jemari orang dewasa tu sahaja. Kak ana mula mengenali dan makan ikan seluang ni sejak kecil-kecil lagi. Arwah tok dan pak sedara kak ana rajin turun ke sungai pasang belat dan bawa balik hasil ikan sungai seperti ikan seluang, ikan baung, ikan duri dan sebagainya. 

 

ikan seluang

Ikan seluang 


Rumah kami dahulu di tepi Sungai Perak belah belakang rumah dan ada sampan serta jeti ke sungai. Kecil-kecil dahulu sebelum ada bekalan air paip, kami mandi dan basuh kain di sungai dengan mak dan mak saudara. Lama dah lah sekitar tahun 1980-an kecil sangat lagi masa tu. 



Ikan seluang
ikan seluang


Ikan seluang banyak tulang halus-halus. Selalunya arwah mak kak ana akan goreng dengan garam kunyit sahaja dan makan ratah macam snacks atau makan dengan nasi. Sedap rasanya sebab ikan segar kan, ada manis-manis lagi . 

Kak ana akan belah dan buang tulang tangah terus makan. Nak perisi pun halus sangat tapi dulu kalau kecil-kecil arwah mak akan perisi kan dahulu juga . Sekarang ni dak dah.. terus kunyah pun boleh :) 



Ikan seluang

Baru-baru ni balik kampung, besan abah bagi ikan seluang hasil tangkapan bubu nya di Sungai Perak. Tu yang mengimbas sangat nostalgia silam. Makan goreng panas ratah-ratah dengan nasi . Ada sambal belacan atau sambal tempoyak pula, nikmat sangat.. 

Kalau di Selangor, KL tak pernah lagi kak ana jumpa di jual di kedai Acheh atau pasaraya. Pernah jumpa di pasar tani Batang Kali sekali , agak mahal juga harganya. Bila di rezekikanNya menikmatinya semula, terimbaslah kenangan silam di ingatan. 




13 Comments

  1. seluang goreng garing sedap sangat tu makan dgn nasi panas

    ReplyDelete
  2. macam makan keropok kan kak ana..tak sedar mengunyahnya,saya pernah makan zaman keci2 dulu sedap sangat

    ReplyDelete
  3. Dulu kecik² mancing kat bendang, selalu juga dapat ikan seluang ni Kak Ana. Skrg semuanya hanya tinggal kenangan 🥹

    ReplyDelete
  4. Sy boleh bayangkan kalau dapat lauk macam ni, mmg tak cukup la nasi sepinggan.

    ReplyDelete
  5. sedap. dulu mak selalu buat goreng garing kalau dapat beli ikan ni. atok sedara cari ikan. kami beli ngan dia

    ReplyDelete
  6. Seingatnya saya tak pernah makan ikan ni. Cuma tau namanya menerusi judul novel - Seluang Menodak Baung.

    ReplyDelete
  7. Kira besarlah juga saiz ikan seluangnya ni AJ.

    ReplyDelete
  8. Kena goreng garing2 kalau ada tulang halus. Cie tak kenal sangat jenis ikan.

    ReplyDelete
  9. goreng garig baru rasa selamat sikit nak mkn ikan seluang ni sbb byk tulang hehe

    ReplyDelete
  10. ikan ni goreng je. mkn dgn nasi panas2 tambah kicap fuhhh ckp dah...

    ReplyDelete
  11. Goreng garing makan panas2 memang sedap.

    ReplyDelete
  12. Oh saya tahu ikan ini. Lihat bentuknya ingat mama dulu juga suka masak ikan ini. Biasa pun digoreng kering sebab banyak tulang kan.

    Tp zaman kecil saya memang tak suka ikan kak. JD tiap mama masak ikan ini , biasa tak saya makan 😅. Krn tulangnya itu sih. Agak trauma makan ikan yg duri banyak sebab pernah nyangkut di tenggorokan 🤣

    Tp kalo skr, dah mulai suka ikan. Cuma memang ikan seluang ini tak pernah saya masak sendiri. Paling saya makan jika sedang mudik ke Medan.

    ReplyDelete