Ikan seluang.... mesti ramai tak berapa kenal kan bila kak ana sebut nama ikan seluang ni. Ia sejenis ikan air tawar atau ikan sungai. Belah Perak atau orang utara kebanyakannya kenal ikan seluang khasnya yang tinggal di tepian sungai.

Ikan seluang ni kecil-kecil sahaja saiznya. Adalah sebesar jari jemari orang dewasa tu sahaja. Kak ana mula mengenali dan makan ikan seluang ni sejak kecil-kecil lagi. Arwah tok dan pak sedara kak ana rajin turun ke sungai pasang belat dan bawa balik hasil ikan sungai seperti ikan seluang, ikan baung, ikan duri dan sebagainya. 

 

ikan seluang

Ikan seluang 


Rumah kami dahulu di tepi Sungai Perak belah belakang rumah dan ada sampan serta jeti ke sungai. Kecil-kecil dahulu sebelum ada bekalan air paip, kami mandi dan basuh kain di sungai dengan mak dan mak saudara. Lama dah lah sekitar tahun 1980-an kecil sangat lagi masa tu. 



Ikan seluang
ikan seluang


Ikan seluang banyak tulang halus-halus. Selalunya arwah mak kak ana akan goreng dengan garam kunyit sahaja dan makan ratah macam snacks atau makan dengan nasi. Sedap rasanya sebab ikan segar kan, ada manis-manis lagi . 

Kak ana akan belah dan buang tulang tangah terus makan. Nak perisi pun halus sangat tapi dulu kalau kecil-kecil arwah mak akan perisi kan dahulu juga . Sekarang ni dak dah.. terus kunyah pun boleh :) 



Ikan seluang

Baru-baru ni balik kampung, besan abah bagi ikan seluang hasil tangkapan bubu nya di Sungai Perak. Tu yang mengimbas sangat nostalgia silam. Makan goreng panas ratah-ratah dengan nasi . Ada sambal belacan atau sambal tempoyak pula, nikmat sangat.. 

Kalau di Selangor, KL tak pernah lagi kak ana jumpa di jual di kedai Acheh atau pasaraya. Pernah jumpa di pasar tani Batang Kali sekali , agak mahal juga harganya. Bila di rezekikanNya menikmatinya semula, terimbaslah kenangan silam di ingatan.