Antara aktiviti yang 'rare' kak ana lakukan sewaktu bercuti ke Pulau Pangkor tahun lepas, ye tahun lepas punya cerita baru nak sambung kisahnya .. huhu :) Semasa percutian keluarga kak ana ke Pulau Pangkor bulan November 2024 yang lalu, selain dari island tour sekeliling pulau, kami juga berkesempatan melakukan aktiviti beri makan burung enggang ( hornbill ) di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. 


hornbill feeding Pulau Pangkor


Petang selepas check in, makan tengahari, jamak solat dan berehat di penginapan kami di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor, adik kak ana, Lan ajak kami island tour dengan motor pula yang kami sewa 4 biji untuk ronda-ronda pulau melihat sunset. 


Hornbill Feeding (Beri makan burung enggang) di Pulau Pangkor


Antara destinasi yang kami pii petang tu adalah di Teluk Nipah untuk memberi makan burung enggang yang akan singgah di persekitaran sebuah chalet di sana pada jam 6.30 petang setiap hari. Lokasi  Hornbill Feeding di depan Sunset View Chalets, Teluk Nipah. 


Hornbill Feeding di depan Sunset View Chalets, Teluk Nipah.


Aktiviti ni percuma sahaja dan sesiapa pun boleh pergi tiada sebarang bayaran di kenakan. Cuma pemilik chalet mengalukan sumbangan seikhlas hati pengunjung untuk mereka membeli buah yang akan kita beri pada burung-burung ni makan setiap petang. 

Aktiviti ni best sangat satu pengalaman baharu pada kak ana dan famili. Kita akan di beri sebatang lidi , cucuk pada buah pisang , dan hala kan tangan ke atas. Kemudian seekor burung enggang akan terbang dari arah belakang kita dan sambar buah pisang di tangan. 

Korang boleh try cari videonya di internet sebab kak ana tak ada terbitkan . Sekadar rakaman personal sahaja. Cukup berdiplin burung-burung enggang ni sebab depa mai seekor demi seekor setiap kali ada pelancong menaikkan tangan ke atas. 

Kita juga boleh mendekati burung-burung ni yang agak jinak untuk bergambar. Satu pengalaman yang unik yang ingin kak ana kongsikan bersama dan jangan lepaskan peluang sekiranya ampa bercuti ke Pulau Pangkor nanti. Semoga bermanfaat... 

3 Comments

  1. Best betul aktiviti gini!saya pernah smpai sini tp masa zmn zharfan umur 2-3 thn, now dia dh 20 thn ie dh sgt lamaaaa

    ReplyDelete
  2. tetiba terfikir.. enggang dengan kenyalang tu sama kan? ahahaha

    ReplyDelete
  3. bestttt! masa Ana pegi langkawi dulu ada jugak tp bg helang makan hehehe

    ReplyDelete