Kak ana awalnya memang tak berani nak ada pokok orkid di rumah sebab risau tak pandai nak jaga dan akhirnya tak berbunga selepas beli. Tapi bila Adik Ika bawa balik sepasu orkid sewaktu dia bertugas di pameran MAHA 2024 yang lepas, ex-boss dia bagi , Alhamdulillah sampai hari ini masih keluar berbunga tanpa henti. 

Sejak tu suami pula dah berminat nak bela pokok orkid, dan mula beli pokok kedua orkid warna merah di nurseri kusta Sungai Buloh. Kemudian kami ke ladang orkid di Rawang dan beli pula 3 pasu orkid lagi. 


Koleksi pokok bunga orkid


Akhirnya sehingga entri ini di terbitkan dah ada lima pasu pokok bunga orkid di laman rumah kak ana. Harap-harap pokok orkid ni mampu bertahan dan meriah berbunga, hendaknya... Aamiin... Jom kak ana kongsikan dalam entri wordless Wednesday 5 koleksi pokok bunga orkid yang ada di laman .. 

Koleksi pokok bunga orkid 


koleksi pokok bunga orkid


pokok bunga orkid
bunga orkid 

Ini pokok bunga orkid pertama kami pemberian ex-boss Adik Ika selepas habis pameran MAHA 2024 yang mereka jadikannya props di booth. Warna ungu lembut atau lilac bersama putih kekuningan .. 


pokok bunga orkid
bunga orkid merah


Hat orkid merah ni suami kak ana beli di nurseri kusta Sungai Buloh. RM28 sepasu dan selepas bawa balik bunga ni bertahan dan akhirnya habis berbunga. Lepas tu sehingga hari ini belum ada nampak tunas baru keluar. Tapi akar baru muncul dua tiga. Mudah-mudahan ada lah nanti keluar tunas bunga baru, aamiin... 


pokok bunga orkid
bunga orkid 

bunga orkid


Tiga ni kak ana baru sahaja beli sebelum hari raya sekitar bulan Mac 2025 baru ni di ladang orkid United Malaysia Orkid kat Rawang. Tiga pasu berharga RM50 , kalau satu cuma RM18 sahaja. 



koleksi pokok bunga orkid
bunga orkid ungu 


pokok bunga orkid kuning
bunga orkid kuning 


pokok bunga orkid


Dah mula rasa minat pula dengan koleksi pokok bunga orkid, cuma kak ana perlu banyak belajar cara serta penjagaannya. Kak ana nak beli baja orkid nanti mudah-mudahan ia bercambah dahan baru dan berbunga, In Syaa Allah... 





15 Comments

  1. Teringat arwah mak Cie dulu peminat bunga orkid. Jumpa je kat mana2 mesti beli.

    ReplyDelete
  2. Baguslah Kak Ana, suami pun minat menjaganya 👍🏻
    Arwah nenek suami dulu suka bela pokok orkid. Memang cantiklah halaman rumahnya. Arwah hadiahkan sepasu utk Sy, tapi mati la Kak Ana 🫣
    Sampai skrg tak pernah beli pokok orkid hehe...

    ReplyDelete
  3. waahhh org kata kena rajin siram dgn air basuhan ikan/basuhan beras kan kak ana?

    ReplyDelete
  4. cantik sgt2 ni koleksi kak ana! love 'em all!

    ReplyDelete
  5. wahhh banyaknya koleksi orkid kak ana niii..mak nieyl tgk ni mesti dia geram

    ReplyDelete
  6. okid ni kalau mula minat mmg asik nk membeli ja...kak dulu pun mmg banyk tanam okid

    ReplyDelete
  7. orked ni memang ada kelasnya tersendiri, bila naik bunga memang happy kan

    ReplyDelete
  8. Cantiknya pokok2 orkid ni.

    ReplyDelete
  9. huiiissshhh warna-warnanyaaa
    sangatlah menyerlah!
    suka saya tengok

    ReplyDelete
  10. Anggrek ini memang harus telaten merawat nya ... Saya dah pasti tak bisa lah. Tp mama dulu pelihara anggrek , sebab memang sukaaa sangat dengan tanaman. Dan banyak berbunga. Saya menikmati saja angrek2 kepunyaan teman atau mama 😄.

    ReplyDelete
  11. Cantik-cantik semuanya.. kalau minat akan buat apa je demi orkid.
    Mak ada tanam orkid siap buat rumah orkid lagi 2 buah. Kami tumpang tengok je.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya! Yang kuning tengahnya merah tu menyerlah sungguh.
    Saya ada juga sepasu pokok orkid, tapi itulah...sejak saya bela belum pernah berbunga. Adeh...tak reti bela tapi teringin, itulah jadinya.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya bunga orkid ni....Berwarna-warni....

    ReplyDelete