WW : Koleksi pokok bunga orkid
Kak ana awalnya memang tak berani nak ada pokok orkid di rumah sebab risau tak pandai nak jaga dan akhirnya tak berbunga selepas beli. Tapi bila Adik Ika bawa balik sepasu orkid sewaktu dia bertugas di pameran MAHA 2024 yang lepas, ex-boss dia bagi , Alhamdulillah sampai hari ini masih keluar berbunga tanpa henti.
Sejak tu suami pula dah berminat nak bela pokok orkid, dan mula beli pokok kedua orkid warna merah di nurseri kusta Sungai Buloh. Kemudian kami ke ladang orkid di Rawang dan beli pula 3 pasu orkid lagi.
Akhirnya sehingga entri ini di terbitkan dah ada lima pasu pokok bunga orkid di laman rumah kak ana. Harap-harap pokok orkid ni mampu bertahan dan meriah berbunga, hendaknya... Aamiin... Jom kak ana kongsikan dalam entri wordless Wednesday 5 koleksi pokok bunga orkid yang ada di laman ..
Koleksi pokok bunga orkid
![]() |
bunga orkid |
Ini pokok bunga orkid pertama kami pemberian ex-boss Adik Ika selepas habis pameran MAHA 2024 yang mereka jadikannya props di booth. Warna ungu lembut atau lilac bersama putih kekuningan ..
![]() |
bunga orkid merah |
Hat orkid merah ni suami kak ana beli di nurseri kusta Sungai Buloh. RM28 sepasu dan selepas bawa balik bunga ni bertahan dan akhirnya habis berbunga. Lepas tu sehingga hari ini belum ada nampak tunas baru keluar. Tapi akar baru muncul dua tiga. Mudah-mudahan ada lah nanti keluar tunas bunga baru, aamiin...
![]() |
bunga orkid |
Tiga ni kak ana baru sahaja beli sebelum hari raya sekitar bulan Mac 2025 baru ni di ladang orkid United Malaysia Orkid kat Rawang. Tiga pasu berharga RM50 , kalau satu cuma RM18 sahaja.
15 Comments
Teringat arwah mak Cie dulu peminat bunga orkid. Jumpa je kat mana2 mesti beli.
ReplyDeleteBaguslah Kak Ana, suami pun minat menjaganya 👍🏻
ReplyDeleteArwah nenek suami dulu suka bela pokok orkid. Memang cantiklah halaman rumahnya. Arwah hadiahkan sepasu utk Sy, tapi mati la Kak Ana 🫣
Sampai skrg tak pernah beli pokok orkid hehe...
waahhh org kata kena rajin siram dgn air basuhan ikan/basuhan beras kan kak ana?
ReplyDeletecantik sgt2 ni koleksi kak ana! love 'em all!
ReplyDeletewahhh banyaknya koleksi orkid kak ana niii..mak nieyl tgk ni mesti dia geram
ReplyDeleteokid ni kalau mula minat mmg asik nk membeli ja...kak dulu pun mmg banyk tanam okid
ReplyDeleteWahhhh..Cantik2 semuanya =D
ReplyDeleteorked ni memang ada kelasnya tersendiri, bila naik bunga memang happy kan
ReplyDeleteCantiknya pokok2 orkid ni.
ReplyDeletehuiiissshhh warna-warnanyaaa
ReplyDeletesangatlah menyerlah!
suka saya tengok
Anggrek ini memang harus telaten merawat nya ... Saya dah pasti tak bisa lah. Tp mama dulu pelihara anggrek , sebab memang sukaaa sangat dengan tanaman. Dan banyak berbunga. Saya menikmati saja angrek2 kepunyaan teman atau mama 😄.
ReplyDeleteCantik-cantik semuanya.. kalau minat akan buat apa je demi orkid.
ReplyDeleteMak ada tanam orkid siap buat rumah orkid lagi 2 buah. Kami tumpang tengok je.
Cantiknya! Yang kuning tengahnya merah tu menyerlah sungguh.
ReplyDeleteSaya ada juga sepasu pokok orkid, tapi itulah...sejak saya bela belum pernah berbunga. Adeh...tak reti bela tapi teringin, itulah jadinya.
Cantiknya bunga orkid ni....Berwarna-warni....
ReplyDeletecantik menarik tertarik
ReplyDelete