Inilah peneman setia mama di rumah sejak Syawal 2018 yang lalu. Selepas di tinggalkan oleh ibu mereka si Tipah yang sampai hari ini menghilang tak kembali. Kisahnya ana ceritakannya di SINI sehingga lah ke penghujung tahun 2018 bermakna kalau ikut kiraan kelahiran mereka dalam bulan Ramadan yang lepas kini dah pun berusia 7 bulan. Dua-dua anak Tipah ni Adik Ika berikan nama Korea , Whojea dan Chonlo . Tapi ana panggil Cholo dan Ujir je senang nak sebut. 



Yang kelakarnya ketika mak datang ke rumah baru-baru ni, jumpa cucu bulusnya dua ketul ni, mak gelak je bila kami bagitau nama depa. Mak siap kata Jolo tu kan jahat yang selalu keluar TV tu hehe.. Mak maksudkan hat yang skandal politik tu la agaknya . Tapi Ujir ni takut pula dengan orang bila, mak dan abah ada di rumah. Cholo yang manja-manja dengan opah dan tok. 



gambar terakhir tipah bersama anak-anaknya kecil lagi masa tu Ujir & Cholo kan


Bulan September lepas, ada ana update sekali lagi perkembangan budak berdua ni di SINI dan hari ini, ana nak tutup kisah mereka di penghujung tahun 2018 sebagai peneman setia mama di rumah. Allah swt itu penuh belas ehsan sifatNya malahan Maha Pengasih dan Penyayang. Dua ekor anak Tipah di tinggalkan pada ana, dari usia yang kecil dan selalunya jarang yang hidup lama. Tapi Alhamdulillah kian hari kedua beradik ni kian membesar dengan sihat walaupun tanpa jagaan dan susuan ibu mereka. Ada hikmahnya yang ana lihat. 

Pertama, Allah swt ingin memberikan kami pahala berpanjangan sepanjang kami menjaga kedua nya dari di berikan susu dan kini dah boleh makan nasi dengan ikan atau ayam rebus. Walaupun bajet seharian kami agak padat namun rezeki tetap ada untuk kedua ni makan dan membesar. Kami yakin dengan janji Allah swt bahawa berbuat baik sesama makhlukNya pasti akan ada ganjaran rezeki dan pahala yang berpanjangan buat kami. Itu yang kami dambakan.. Aamiin. 


Yang hensem ni Ujir 


Keduanya, hikmah yang tersembunyi ialah kedua-dua inilah peneman ana ketika anak-anak melanjutkan pengajian di IPTA dan suami keluar bekerja. Merekalah teman bercakap, teman bergaduh, teman ke kebun dan teman ketawa. Bayangkan sunyinya ana andai tiada kedua-dua anak bulus ini menemani. Alhamdulillah. Kalau ana solat depa duk tepi hujung sejadah, kalau ana lelap di siang hari, dua-dua ni ada sahaja di sisi menemani. Dan bila depa lapar, Ujir akan selalunya datang dan menjilat jari-jari , seolah mengejutkan dan minta makan. Bijak sangat dua ekor anak bulus mama ni. 

Dan kalau ana sedang menaip entri pula, Ujir pun sibuklah duk sebelah keyboard jika ana menggunakan desktop komputer. Kadang-kadang duk tekan macam-macam sampai pernah jemmed PC dibuatnya. Tapi itulah penghibur hati mama selepas Mat Jingga yang namanya terabadi di blog ana ni. 


Inilah cholo 


Semoga tahun mendatang ni, kami terus diberikanNya rezeki yang berpanjangan untuk terus menjaga kedua anak bulus ni dan memandangkan depa kian membesar, ana bercadang untuk membawa ke klinik veterina. Kalau boleh nak di mandulkan kerana ana tak nak mendatangkan masalah di masa hadapan khasnya kalau membiak ramai, pasti tidak selesa di kalangan jiran malahan kami sendiri pun tak mampu dah nak menjaganya. Selamat menyambut tahun baharu 2019 dari Ujir dan Cholo buat semua pembaca setia www.anajingga.com.

8 Comments

  1. Moga setiap kebaikkan yang kak Ana curahkan pada Ujir dan Cholo Allah SWT terima dan diganti dengan pahala juga kebaikkan.
    Selamat Tahun Baru akk sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin In Shaa Allah PC, selamay tahun baharu juga buat PC sekeluarga dari kak Ana

      Delete
  2. ehehe sepesen kaler depa. hehe comel yang baby2 tu. suka kuuuucing tapi mak tak kasi bela.
    syok tengok orang lain bela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sama kelar beza kat ekor je CT hehe :)

      Delete
  3. kucin comel tapi yana takut nak pegang hahaha

    ReplyDelete
  4. Sama jer... color dua ketui tu hehehe...
    Geram jer... tengok bila berlawan mata terus tuannya kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal ya amat ni MrSA ,manja agaknya dengan kak ana dan anak-anak hehe :)

      Delete