Hai... ana pasti korang masih ingat lagi kan, dah dua kali ana terbitkan entri tentang keistimewaan Buih Pembersih Wajah ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni di SINI dan SINI .Tak jemu-jemu lagi kali ini ana nak bercerita pula beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang produk-produk keluaran Hansaegee Nature ni serta laman web Hansaegee.com yang banyak kelainan dan bukan sekadar jualan online sahaja. 




ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Mehh la ana nak refresh sikit pengalaman Kak Long menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser sebagai rutin pembersih wajahnya. ALOE AC Clean Bubble Cleanser memang kaya dengan buih yang membersihkan hingga je dalam kulit wajah. Memang menyegarkan dan terasa dingin dan lembab selepas mencuci wajah kerana formulasi Aloe Barbadensis Leaf ( daun lidah buaya ) dan Tea Tree Leaf Oil       ( ekstrack minyak daun pokok teh ). 

Tidak seperti lain-lain produk pembersih yang meninggalkan kesan kerengsaan selepas mencuci, ALOE AC Clean Bubble Cleanser  tidak mengeringkan kulit malahan terasa lembab sepanjang hari. Dengan penggunaan yang konsisten, ana yakin ALOE AC Clean Bubble Cleanser dapat membantu mengatasi masalah jerawat, membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit, formulasi buih pembersihnya dapat mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit, mengawal minyak pada wajah yang boleh menjadi punca masalah jerawat, memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit wajah. Ianya sesuai untuk  jenis kulit, Kulit berminyak / Kulit kering / Kulit gabungan


Rangkaian produk  HANSAEGEE NATURE 




Untuk pengetahuan korang semua, Hansaegee Nature bukan sahaja mengeluarkan produk ALOE AC Clean Bubble Cleanser pada tahun 2018 ini sahaja, malahan terdapat beberapa produk penjagaan wajah yang lain seperti produk " Best Seller " mereka iaitu Gold Nano CC Cream, pada tahun 2016 pula Aqua Whitening Cream, dan juga produk penjagaan mata serta Facial Mask dan banyak lagi dalam perancangan yang akan datang. 

Hansaegee Nature satu jenama produk penjagaan wajah yang bertapak di Malaysia tetapi kesemua rangkaian produk mereka di hasilkan di negara Korea. Mulai dari tahun 2011 lagi, Hansaegee Nature telah bertapak dalam industri penjagaan wajah dengan mengimport terus produk berkualiti tinggi dan 100% dari negara Korea. Hansaegee Nature menjamin kesemua bahan-bahan yang di gunakan dalam produk mereka adalah mendapat kelulusan pihak berwajib serta selamat untuk kegunaan sesuai dengan matlamat perniagaan mereka. 

Untuk mempastikan ketulenan kualiti produk Hansaegee Nature, rangkaian produk keluaran mereka hanya boleh di beli secara online menerusi laman web rasmi mereka sahaja www.hansaegee.com/shop . Jadi korang hanya perlu ke laman web rasmi hansaegee.com kerana ia tidak di jual di mana-mana pasaran mahupun secara online dari mana-mana platform gedung beli belah online lain, okay.


Apa yang istimewa di laman web www.hansaegee.com ? 





Jomm!! Ikut ana, kita explore apa yang best tentang www.hansaegee.com ini ? Banyak keistimewaan apabila kita melayari sambil membeli produk-produk Hansaegee Nature yang berkualiti . Antaranya ialah : 



Penghantaran PERCUMA ke seluruh negara untuk setiap pembelian RM70 ke atas. Jimat dah duit postage kan. Pelanggan juga akan mendapat ganjaran 1 (satu)  reward points pada setiap RM1 yang dibelanjakan. Dan yang bestnya apabila mencapai 100 point , korang mendapat RM1 diskaun untuk pembelian seterusnya. Jangan risau rewards points kita ni tidak ada tarikh lupus atau pun tak akan expired





Hansaegee.com juga menjanjikan penghantaran segera di mana semua order dan pembayaran yang dilakukan sebelum jam 10 pagi akan di pos keluar pada hari yang sama tapi jangan risau pada yang membuat order selepas jam 10 pagi ia tetap akan di pos keluar pada hari bekerja keesokannya. Hansaegee.com ada dua pilihan penghantaran sama ada melalui Gdex ataupun Pos Laju Malaysia. Tentang kaedah pembayaran pula, korang boleh memilih sama ada melalui Online Bank Transfer, ATM Deposit ( CDM ) ataupun Credit Card ( ipay88 ). Ada banyak pilihan kan, pilih sahaja yang mana lebih mudah buat korang membeli. 

Jangan risau, jika korang menghadapi apa-apa masalah semasa membuat pembelian dan pembayaran, korang boleh sahaja menghubungi mereka secara whatsapp, email ataupun Live Chat di laman web hansaegee.com . Pegawai Perkhidmatan Pelanggan mereka akan membantu dengan segera. 

 Hubungi terus Hansaegee Nature Malaysia

 Talian telefon 03-6270 9686

WhatsApp Order Service: 012-6698 279

 Email : hansaegeenature@gmail.com / sales@hansaegee.com


Bukan itu sahaja tau, dengan setiap pembelian di Hansaegee.com/shop juga korang akan dapat Free Gift dari Hansaegee. Lagi banyak korang beli lagi lah pelbagai free gift yang korang boleh dapat, macam kat bawah ni . 





Di laman web Hansaegee.com ini juga kita boleh membaca banyak review tentang penggunaan produk yang pernah di gunakan, jadi mudah lah untuk kita mendapat banyak info yang tepat dari pelanggan-pelanggan yang telahpun berkongsi pengalaman mereka. 





Agak menarik juga di mana pelanggan juga boleh melihat beberapa video tutorial cara-cara penggunaan produk-produk HANSAEGEE NATURE



Adalah lebih mudah untuk kita melihat sendiri maklumat lengkap setiap produk HANSAEGEE NATURE kerana semua butiran di paparkan di laman web seperti detail description, bahan yang di gunakan dalam produk, cara pemakaian produk dan sebagainya. 





Cara pembelian di hansaegee.com 




Jomm.. ana kongsikan cara-cara mudah untuk korang membeli belah di hansaegee.com . Memang mudah dengan beberapa langkah sahaja, produk idaman korang akan sampai di depan pintu. 

1. Pastilah mula-mula korang kena layari ke www.hansaegee.com/shop/ . 

2. Pilih produk yang korang nak beli dan klik . Kita akan di bawa ke paparan info produk dan di bahagian bawah sekali klik lah ke ADD to CART


3. Dah selesai memilih kesemua produk yang hendak di beli, korang Sign-In dan klik pada CART di sebelah atas kiri laman web. Akan ada notifikasi di sana. Klik pada Go To CHECKOUT .


4. Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti alamat pengeposan dan sebagainya, masukkan butiran pembayaran dan selesai urusan bayaran, korang akan mendapat slip order dan nantikan produk sampai ke tangan dalam masa yang dijanjikan. Mudah kan. Sama sahaja seperti membeli belah di mana-mana platform online yang lain .







Selain laman web, HANSAEGEE NATURE juga mempunyai rangkaian sosial media yang memudahkan pelanggan mendapatkan info terkini serta promosi produk seperti : 

Brand : Hansaegee Nature







 Happy Shopping everyone !! 

4 Comments

  1. ni yg ade bubble tu kan...
    ok nnt nieyl terjah

    ReplyDelete
  2. Bubble cleanser . Love sangat cleanser ni lepas apply kat muka ..skin jadi lembut

    ReplyDelete