10 lokasi riadah Percuma sekitar KL & Selangor yang boleh di kunjungi
Buat masa sekarang ketika entri ini di terbitkan , kebenaran rentas negeri masih belum di benarkan. Namun sektor pelancongan dalam negeri telah mula di benarkan beroperasi dan untuk melancong ke luar negeri dalam Malaysia ni pun perlu secara berkumpulan dengan kebenaran MOTAC yang mana pergerakan bercuti dengan kenderaan sendiri tidak di benarkan. Ada baik buruk juga kerana bila melancong bersama orang luar dari kalangan keluarga pun tetap ada risiko jangkitan berbanding dengan menaiki kenderaan ahli rumah yang sama. Erm... serba salah di buat nya kan.
Sama-sama lah kita terus memohon kepada Allah swt agar pendamik ini akan dapat di kawal sebaiknya dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal seperti dahulu, Aamiin Ya Rabb. Hari ini ana nak kompilasi kan beberapa lokasi menarik yang boleh kita bawa keluarga beriadah bersama di dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur ini sahaja memandangkan hanya pergerakan dalam negeri rentas sempadan sahaja yang di benarkan.
Lama sangat terkurung di rumah pun tak sihat untuk jiwa kita semua khasnya anak-anak kecil. Kita kawal pergerakan kita, patuhi SOP dan carilah lokasi yang di rasakan selamat untuk di kunjungi. Yang utama pada ana adalah kita jaga jarak dan meminimakan kontak rapat. Taman-taman rekreasi misalnya adalah di ruang yang luas dan terbuka dan tidak ada masalah untuk penjarakan sosial. Jom kita lihat mana yang sesuai untuk kita kunjungi.
10 lokasi riadah Percuma sekitar KL & Selangor yang boleh di kunjungi
1. Taman Botani Kuala Lumpur
Lokasi ini sangat suka ana kunjungi bersama keluarga kerana di sekitarnya sahaja ada beberapa tarikan menarik. Di sini terletaknya Taman Burung , Taman Orkid, taman awam yang tak kurang menarik malahan di lokasi yang sama juga terdapatnya mercu tanda Tugu Negara. Sekitar Taman Botani atau dahulunya di kenali sebagai Taman Tasik Perdana ini juga sangat cantik bergambar dan riadah sekeluarga.
Peminat bunga orkid boleh sahaja masuk ke Taman Orkid dan beli pokok-pokok orkid yang di jual dan di pamerkan disini. Dua tiga kali ana masuk sini tidak di kena kan bayaran tak pasti kalau sekarang ni dah di kenakan pula bayaran. Di KL Bird Park berhadapan dengan Taman Orkid ni pula mempunyai tarikan taman burung yang bebas berterbangan di sekeliling kita. Ada bayaran masuk untuk ke KL Bird Park ni tak pasti berapa harganya sekarang. Boleh cari infonya di FB mereka.
2. Pantai Morib
Jika rindukan pemandangan pantai dan laut, kita boleh sahaja ke pantai Morib. Walaupun pantai nya tidak berapa sesuai untuk mandi manda tetapi cukup lah dapat merehatkan minda lari dari kesibukan kota sambil menikmati bayu laut.
Pantai Morib terletak di Banting, Selangor. Kini banyak tarikan menarik menanti di tepian pantai dan tempat lepak makan pun ada sahaja di sekitar. Nak staycation pun rasanya ada juga resort dan homestay yang boleh lah korang cari di internet. Ana ke sini pun beberapa tahun yang lalu dan sekadar day trip sahaja . Tak banyak yang dapat ana ceritakan.
3. Taman Tasik Titiwangsa
Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa kini mempunyai beberapa tarikan menarik untuk riadah dan bergambar bersama keluarga selepas di naik taraf . Antara yang ana suka di sini ialah Banjaran Titiwangsa Canopy Walk yang mana kita boleh berjalan di jambatan tergantung sambil menikmati kehijauan tumbuhan dan desiran air serta kabus buatan yang mendamaikan.
Aktiviti sewa basikal juga boleh di lakukan sekeliling taman tasik ini dan menikmati pemandangan alam bandaraya Kuala Lumpur. Tiada bayaran masuk cuma perlu bayar untuk sewa basikal mengikut jenis basikal yang ada di sana. Keindahan Banjaran Titiwangsa Canopy Walk boleh korang lihat di SINI
4. Taman Layang-layang , Taman Metropolitan, Kepong
Satu lagi lokasi riadah taman awam khasnya dengan keunikannya pada permainan layang-layang di mana selain dari aktiviti riadah santai berbasikal, skooter di sini juga terdapat aktiviti bermain layang-layang. Terdapat jualan layang-layang beraneka warna dan bentuk untuk di beli dan boleh lah bermain bersama keluarga kerana kuatnya angin yang boleh menaikkan layang-layang.
17 Comments
Tak dapat pergi bercuti jauh-jauh dekat pun jadikan K.Ana.
ReplyDeleteKalau kat Negeri Sembilan ni ramai pi bercuti kat PD jer... duk hotel semalam dua sambil mandi pool
Sejak dah ditambah baik PC belum pergi lagi ke Tasik Titiwangsa tu kak Ana.
ReplyDeletemenarik PC ada beberapa port cantik untuk riadah
DeleteTaman Tasik Titiwangsa tu huhuhuuuu.... banyaknya kenangan mengusik jiwa di situ. Kalau saya balik kampung nanti bolehlah kita jumpa di Pantai Jeram atau Pantai Remis heheee.
ReplyDeletemesti rindu kan Amie lama dah tak balik yer :)
DeleteBoleh ke Sekinchan kalau rindu hirup udara sawah padi..
ReplyDeleteitu lah tapi biar kena musim nya kan kalau tak jumpa sawah gersang je nanti hehe :)
DeleteAamiin, semoga covid19 ni berakhir dengan segera.
ReplyDeleteTak boleh rentas negeri, kita cuti cuti dalam negeri sendiri jelah kan. Banyak je tempat menarik dalam negeri kita sendiri :D
aamiin Ya Rabb
DeleteTunggu boleh rentas negerialah
ReplyDeletesementara ni jenjalan dekat2 dulu kan wak :)
DeletePUAS HATI PUSING2 SELANGOR BANYAK TEMPAT MENARIK
ReplyDeletealhamdulillah kak PI kadang-kadang yang dekat2 ni kita tak sampai lagi kan :)
Deleteteringin nak tengok pantai, cumanya bila hujung minggu mesti ramai orang punya...
ReplyDeleteramai gak dana petang2
DeleteThank you sharing !!! kawan2 ada ckp KL ni smua mahal.. ini bukti ada free tempat riadah :) sharing to her this post :)
ReplyDeleteada banyak gak tpt2 free AZ :)
Delete