Buat masa sekarang ketika entri ini di terbitkan , kebenaran rentas negeri masih belum di benarkan. Namun sektor pelancongan dalam negeri telah mula di benarkan beroperasi dan untuk melancong ke luar negeri dalam Malaysia ni pun perlu secara berkumpulan dengan kebenaran MOTAC yang mana pergerakan bercuti dengan kenderaan sendiri tidak di benarkan. Ada baik buruk juga kerana bila melancong bersama orang luar dari kalangan keluarga pun tetap ada risiko jangkitan berbanding dengan menaiki kenderaan ahli rumah yang sama. Erm... serba salah di buat nya kan. 

Sama-sama lah kita terus memohon kepada Allah swt agar pendamik ini akan dapat di kawal sebaiknya dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal seperti dahulu, Aamiin Ya Rabb. Hari ini ana nak kompilasi kan beberapa lokasi menarik yang boleh kita bawa keluarga beriadah bersama di dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur ini sahaja memandangkan hanya pergerakan dalam negeri rentas sempadan sahaja yang di benarkan. 


10 lokasi riadah Percuma sekitar KL & Selangor yang boleh di kunjungi

Lama sangat terkurung di rumah pun tak sihat untuk jiwa kita semua khasnya anak-anak kecil. Kita kawal pergerakan kita, patuhi SOP dan carilah lokasi yang di rasakan selamat untuk di kunjungi. Yang utama pada ana adalah kita jaga jarak dan meminimakan kontak rapat. Taman-taman rekreasi misalnya adalah di ruang yang luas dan terbuka dan tidak ada masalah untuk penjarakan sosial. Jom kita lihat mana yang sesuai untuk kita kunjungi. 


10 lokasi riadah Percuma sekitar KL & Selangor yang boleh di kunjungi 


1. Taman Botani Kuala Lumpur 

Lokasi ini sangat suka ana kunjungi bersama keluarga kerana di sekitarnya sahaja ada beberapa tarikan menarik. Di sini terletaknya Taman Burung , Taman Orkid, taman awam yang tak kurang menarik malahan di lokasi yang sama juga terdapatnya mercu tanda Tugu Negara.  Sekitar Taman Botani atau dahulunya di kenali sebagai Taman Tasik Perdana ini juga sangat cantik bergambar dan riadah sekeluarga.


taman tasik perdana


Peminat bunga orkid boleh sahaja masuk ke Taman Orkid dan beli pokok-pokok orkid yang di jual dan di pamerkan disini. Dua tiga kali ana masuk sini tidak di kena kan bayaran tak pasti kalau sekarang ni dah di kenakan pula bayaran. Di KL Bird Park berhadapan dengan Taman Orkid ni pula mempunyai tarikan taman burung yang bebas berterbangan di sekeliling kita. Ada bayaran masuk untuk ke KL Bird Park ni tak pasti berapa harganya sekarang. Boleh cari infonya di FB mereka. 


2. Pantai Morib 

Jika rindukan pemandangan pantai dan laut, kita boleh sahaja ke pantai Morib. Walaupun pantai nya tidak berapa sesuai untuk mandi manda tetapi cukup lah dapat merehatkan minda lari dari kesibukan kota sambil menikmati bayu laut. 


pantai morib


Pantai Morib terletak di Banting, Selangor. Kini banyak tarikan menarik menanti di tepian pantai dan tempat lepak makan pun ada sahaja di sekitar. Nak staycation pun rasanya ada juga resort dan homestay yang boleh lah korang cari di internet. Ana ke sini pun beberapa tahun yang lalu dan sekadar day trip sahaja . Tak banyak yang dapat ana ceritakan.


3. Taman Tasik Titiwangsa 



Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa kini mempunyai beberapa tarikan menarik untuk riadah dan bergambar bersama keluarga selepas di naik taraf . Antara yang ana suka di sini ialah Banjaran Titiwangsa Canopy Walk yang mana kita boleh berjalan di jambatan tergantung sambil menikmati kehijauan tumbuhan dan desiran air serta kabus buatan yang mendamaikan. 

Aktiviti sewa basikal juga boleh di lakukan sekeliling taman tasik ini dan menikmati pemandangan alam bandaraya Kuala Lumpur. Tiada bayaran masuk cuma perlu bayar untuk sewa basikal mengikut jenis basikal yang ada di sana. Keindahan Banjaran Titiwangsa Canopy Walk boleh korang lihat di SINI


4. Taman Layang-layang , Taman Metropolitan, Kepong



Satu lagi lokasi riadah taman awam khasnya dengan keunikannya pada permainan layang-layang di mana selain dari aktiviti riadah santai berbasikal, skooter di sini juga terdapat aktiviti bermain layang-layang. Terdapat jualan layang-layang beraneka warna dan bentuk untuk di beli dan boleh lah bermain bersama keluarga kerana kuatnya angin yang boleh menaikkan layang-layang. 

Beberapa info mengenai Taman Metropolitan atau Taman Layang-layang ini antaranya ia terletak di bersebelahan Jalan Lingkaran Tengah II dari Batu Caves, kalau hujung minggu atau cuti umum deretan kereta akan parkir di tepi jalan dan selalunya jem lah yer. Berkeluasan 90 hektar mencakupi landskap hijau dan tasik. Terdapat laluan siar kaki sejauh 3.5 km untuk aktiviti berjalan, berbasikal, berjoging dan peralatan beroda. Juga terdapat pentas terbuka amphitheatre bagi pelbagai aktiviti, program dan persembahan. Ia dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 7 malam.

5. Pantai Bagan Lalang, Sepang 


Selain dari Pantai Morib,salah satu lagi pantai awam yang boleh di kunjungi di negeri Selangor ini ialah Pantai Bagan Lalang. Seperti pantai awam lain di Selangor ini, Bagan Lalang juga tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda dengan keadaan air laut nya yang tidak begitu cantik. Sekadar lepak-lepak petang tu okay lah bawa anak-anak lihat laut dan bermain pasir. 


Pantai Bagan Lalang, Sepang


6. Taman rekreasi Setia City Mall, Setia Alam 


Taman Setia City Mall , Setia Alam


Tumpuan ramai hujung minggu dan cuti awam khasnya bagi warga Shah Alam dan Setia Alam pastinya di Setia City Mall . Di hadapan mall dan Setia Alam Convention Centre ini terdampar sebuah taman awam rekreasi di hiasi kolam buatan untuk riadah sekeluarga sambil membeli belah. 

7. ECO Ardence Maya Park


ECO Ardence Park Setia Alam


Tak berapa jauh dari Setia City Mall ini juga terdapat satu lagi lokasi cantik InstaWorthy kata orang sekarang untuk korang kunjungi sambil ber gambar dan riadah petang. Masih di Setia Alam, Eco Ardence Maya park atau pun Ardence Lab ini juga menarik untuk di kunjungi sekeluarga.  Korang boleh lihat port-port cantik untuk ber OOTD di SINI

8. ECO Grandeur Park, Puncak Alam


ECO Grandeur , Puncak Alam


Selain dari Eco Ardence Lab, bagi yang tinggal di sekitar Puncak Alam pula korang boleh ke taman rekreasi di ECO Grandeur Park. Terdapat dua tarikan menarik di sini, kalau di tepi jalan Persiaran Mohktar Dahari tu korang boleh lepak makan-makan santai petang di ECO Grandeur Park sambil berbasikal untuk anak-anak. Dan jangan lupa masuk ke dalam sedikit dari lokasi ini, korang boleh santai di sekitar tasik sambil berjoging di Dragon Fly Park di sini. Memang luas terbentang pemadangan yang mendamaikan. Boleh layan foto-foto nya di SINI

9. Pantai Jeram & Pantai Remis - Kuala Selangor 

Kedua-dua pantai awam ni tak jauh lokasinya antara satu sama lain. Kami sekeluarga selalu datang ke sini bila rindu kan bayu laut. Lokasi riadah sekeluarga dan juga kalau ke Pantai Remis tu pula adalah tarikan utamanya menikmati ikan bakar yang segar dan sedap. 


Pantai jeram selangor


Baru-baru ini kami ke sini lagi untuk menikmati ikan bakar dan ana terbitkan perkongsiannya di SINI . Lokasi pantai Remis dan Pantai Jeram ni menjadi tumpuan ramai di hujung minggu dan ada pasar petang menjual beberapa juadah kampung yang menarik. Namun kedua pantai ini bukan untuk mandi manda naa.. tetapi pantai untuk riadah dan menikmati udara laut yang mendamaikan. 

10 . Pemandangan sawah padi di Sekinchan 


Jemu nak mall, jemu nak pii pantai, jemu dah nak lepak taman. Ana nak ajak korang menikmati pemandanga sawah padi yang terbentang indah di sekitar Sekinchan. Tapiiii... korang kena check dahulu lah sama ada padi dah menguning atau dah selesai di tuai. Ini kerana bila musim padi dah habis di tuai pemandangan sawah tak cantik dah. 

sawah padi sekinchan


Di Sekinchan ni selain dari menikmati pemandangan sawah padi dan cantik untuk bergambar di sekitar Padi Box, korang juga boleh ke Muzium Padi dan Beras, membeli buah jagung dan hasil tani di sepanjang jalan dan juga ada resort serta homestay menarik disini. Pantai pun ada tapi ana tak sampai lagi. Korang boleh tengok kunjungan ana ke Sekinchan di SINI

Inilah sahaja 10 lokasi riadah yang boleh korang kunjungi bersama keluarga di hujung minggu khasnya waktu-waktu larangan merentas negeri masih berjalan. Walaupun masih dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur, sebenarnya masih banyak lagi lokasi menarik yang ada untuk kita merehatkan minda. Apa yang ana kongsi kan disini adalah antara lokasi yang ana sendiri kunjungi dalam beberapa tahun . Ana lebih suka bercerita dari pengalaman perjalanan sendiri dari ambil info di internet. Semoga bermanfaat buat semua. In Shaa Allah. 

17 Comments

  1. Tak dapat pergi bercuti jauh-jauh dekat pun jadikan K.Ana.
    Kalau kat Negeri Sembilan ni ramai pi bercuti kat PD jer... duk hotel semalam dua sambil mandi pool

    ReplyDelete
  2. Sejak dah ditambah baik PC belum pergi lagi ke Tasik Titiwangsa tu kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik PC ada beberapa port cantik untuk riadah

      Delete
  3. Taman Tasik Titiwangsa tu huhuhuuuu.... banyaknya kenangan mengusik jiwa di situ. Kalau saya balik kampung nanti bolehlah kita jumpa di Pantai Jeram atau Pantai Remis heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rindu kan Amie lama dah tak balik yer :)

      Delete
  4. Boleh ke Sekinchan kalau rindu hirup udara sawah padi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah tapi biar kena musim nya kan kalau tak jumpa sawah gersang je nanti hehe :)

      Delete
  5. Aamiin, semoga covid19 ni berakhir dengan segera.
    Tak boleh rentas negeri, kita cuti cuti dalam negeri sendiri jelah kan. Banyak je tempat menarik dalam negeri kita sendiri :D

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sementara ni jenjalan dekat2 dulu kan wak :)

      Delete
  7. PUAS HATI PUSING2 SELANGOR BANYAK TEMPAT MENARIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak PI kadang-kadang yang dekat2 ni kita tak sampai lagi kan :)

      Delete
  8. teringin nak tengok pantai, cumanya bila hujung minggu mesti ramai orang punya...

    ReplyDelete
  9. Thank you sharing !!! kawan2 ada ckp KL ni smua mahal.. ini bukti ada free tempat riadah :) sharing to her this post :)

    ReplyDelete