Menu makanan kampung dan eksotik di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
Eksotik sangat tuu, tidaklah.. semua menu yang ada tengahari tu agak rare dan payah nak jumpa di sesetengah kawasan. Bagi kami anak kampung nii, biasa je dengan juadah ikan air tawar, ayam kampung, cuma pada kak ana yang unik dan jarang jumpa seperti daging rusa, belut, landak dan sebagainya. Dan antaranya kak ana tak pernah makan pun.
Restoran Lembah Bernam, Sekinchan dengan menu eksotik
Jadi kami tukar plan ke Restoran Lembah Bernam sahaja yang terletak di Sekinchan. Waktu pun tak jauh sangat beza perjalanan. Kak ana tahu tentang Restoran Lembah Bernam ni menyediakan menu eksotik dari rakan blogger Sue Kabdy. Sue yang pernah makan sini dan share, pastu suami pun macam nak try juga makan kat sini pula, tengok apa menu yang rare dan eksotik yang ada katanya.
Kami pii berlima dengan Aiman, Kak Long dan Adik. Kalau tak guna waze memang tak jumpa lah sebab restoran ni terletak dalam kawasan bendang dan kampung. Biasa lah masuk bendang, kalau tak ada waze tak jumpa jalan sebab sama jer setiap simpang permandangan sawah padi nya :)
Mujur ada teknologi canggih zaman laa nii, mudah perjalanan walau ceruk mana pun lokasinya, In Syaa Allah akan jumpa. Restoran Lembah Beringin ni, kedai kampung sahaja. Kedai papan di tepi jalan lokasinya. Banyak deretan kereta parkir dan waktu kami sampai penuh meja makan. Kena diri kejap tunggu meja kosong.
Ada dah meja sekumpulan lelaki dah siap makan, tapi tuu laa, tempat viral macam ni kena ada timbang rasa juga kalau yang dah siap makan.Nii depa duk borak hisap rokok lagi situ. Sabar je laa menunggu. Akhirnya dapatlah kak ana tempat untuk kami lima sekeluarga. Mudah jer kita permudahkan urusan orang, Allah swt akan mudahkan urusan kita, pegang kata-kata nii.
Dah dapat meja kak long tunggu tempat, kami pun pi cari lauk dan nasi. Sama macam Nasi Bamboo Sungai Klah, konsepnya, pi ambil nasi, lauk-lauk dah siap dalam mangkuk dan ada harga . Jadi boleh lah pilih ikut bajet memasing. Hat ceduk pun ada pun ada tulis harga di bawah nya.
Pelbagai menu eksotik ada kat sini macam ikan baung, ikan sepat, daging rusa, landak, belut , sambal tahun, gulai patin dan kalau tak salah kak ana kebanyakannya menu masakan orang banjar atau jawa di sajikan di sini.
Ada satu tu dalam bekas di tulis mandai banjar tapi kak ana tak tahu apakah masakan nya. Tanya besan kak ana , orang banjar dia kata mcam jeruk gitu. Sesuatu yang baru kak ana tahu menu gini.
Dah pilih lauk pauk, nasi kak ana buh dalam mangkuk besar, pinggan semua buh dalam dulang dan bawa ke cashier untuk bayar. Sekali order air untuk di kira senang kan. Tapi air kena pi ambil di kaunter air pula.
Ada juga pencuci mulut, kak ana ambil jeli kelapa muda, RM2 sebekas. Ada sagu gula melaka, aiskrim dan crepe durian. Korang nak makan jajan atau kerepek peun ada kat sini.
Lama tak nampak opak, sejenis kerepek ubi yang bulat dan besar nipis. Dulu kat kampung selalu arwah mak beli dari kedai orang jawa di Kampung Selabak. Kenangan bersama arwah mak sentiasa di hati.....
Okay lah, apa yang kami makan tengahari tu dan berapa harga? Kami ambil ikan baung goreng , ikan baung asam pedas, sambal tahun, belut tak ingat masak apa, ayam goreng untuk Adik wajib laa ada ayam, nasi semangkuk besar dan minuman biasa-biasa seperti ais limau asam boi, sirap dan teh o, sambal dan ulam-ulaman.
Masyaa Allah semua tu untuk kami makan berlima sekeluarga cuma RM55 sahaja. Aiman yang belanja tengahari tu, murah sangat. Tak termasuk jeli kelapa tu kak ana bayar kemudian. Murah sangat korang kan.. nii makan tengahari tau, makan berlima lak tu.
Sedap ke masakannya ? Alhamdulillah kena dengan selera kami. Sedap sama seperti masakan di rumah. Sambal tahun tu memang susah nak sediakan, dari kulit lembu, ada kerang dan banyak bahan lain. Sedap juga pada kak ana.
Menu lain tu ayam goreng dan baung goreng tu biasa lah gorengan gitu lah rasanya. Belut tu pun sedap. Cuma asam pedas baung tu kurang sikit kaw asam pedas kuahnya. Macam kak ana cerita awal tadi, menu kat sini kebanyakannya menu masakan orang banjar atau jawa, jadi tak sama lah keenakan masakan asam pedas orang Melaka, ye dak. Apapun boleh jer terima perbezaan.
Patin, udang galah memang kami tak ambil sebabnya, ni bukan kawasan patin atau udang galah, jadi boleh agak nanti rasa masakan tu akan ada kelainan. Contoh nak makan patin, kena patin Temerloh baru ngam, udang galah pula di kampung kak ana laa, Teluk Intan, syurga udang galah, gituew.. Sini kita makan apa yang rare di kawasan ni la kan..
Ermm... amacam, korang berani ke nak try makan daging rusa dan landak. Kami tak ambil pun , takut tak makan bazir pula harganya pun mahal kerana memang bahan mentahnya dah mahal dan sukar nak dapat kan. Korang nak try boleh jer...
Satu pengalaman yang seronok makan menu-menu kampung macam ni di tengah sawah padi. Kedai makan tema kampung dan ada di sediakan tandas dan surau. Boleh lah tambah lagi destinasi cari makan untuk yang nak jalan-jalan Sekinchan, Tanjung Karang dan Sungai Besar. Semoga bermanfaat..
Banyak tarikan tempat-tempat menarik di Sekinchan korang boleh baca di SINI . Yang baik semuanya dari Allah swt dan khilaf adalah dari kekerdilan kak ana sebagai penulis. Apa sahaja yang bermanfaat akan cuba kak ana kongsikan dengan kalian di setiap perjalanan pengalaman pinjaman usia.
6 Comments
bila sebut sekichan terbayang suasana sawah padi...saya belum pernah makan sambal tahun teringin sangat nak merasa...bila la agaknya ada rezeki nak ke area sekichan
ReplyDeleteIshh teringin pula. Nanti nak ajak suami food hunting ke sini lah. Nak cuba sambal tahun tu
ReplyDeleteMemang unik menu yang ada.
ReplyDeletePernah makan di sini daging rusa. Sedap masakannya. Angin sepoi-sepoi.
ReplyDeleteterus la rasa lapar tengok menu semua best. murah dah tu 5 orang makan rm55 je.
ReplyDeletesedap menu masakan tradisi
ReplyDelete