Ini resepi ketiga dari 2 kilo daging korban yang direzekikan buat kak ana sekeluarga tahun ini. Walaupun hanya 2 kilo tapi bermacam menu juga kak ana hasilkan kerana rumah ni sekarang tinggal kami bertiga beranak sahaja selepas kak long berumahtangga dan tinggal di Bangi.

Tambah pula menu daging, rumah ni kurang sikit permintaannya. Jadi terpaksalah kak ana warnai dengan pelbagai menu dalam kuantiti yang sedikit setiap kali memasakmya. Mula-mula kak ana masakkan dalam kuew tiaw goreng chinesse style , lepas tu masakkan gulai lemak daging bersama rebung madu dan yang ketiga , sebab ada dapat bahagian lemak-lemak ala-ala tetel, kak ana masakkan asam pedas daging.


resepi asam pedas daging

Asam pedas ni kalau dapat tetel lagi lah powe rangers ,kan . Sedap menu asam pedas sekiranya ada ikan atau daging yang ada lelemak . Baru lah kick kata mat saleh. 

Bahagian daging korban yang masih ada ni punyai lelemak sikit sana sini, jadi kak ana masakkan asam pedas, versi dan cara kak ana lah. Bukan lah resepi original sangat pun. Bunga kantan pun banyak di belakang rumah, kak ana masukkan dalam asam pedas ni untuk memberi aroma citarasa orang kita, 


Resepi asam pedas daging 

Bahan-bahan yang kak ana gunakan :

Daging - hiris kecil supaya cepat empuk.
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu kecil lada hitam yang di tumbuk kasar
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan - belah dua
4 helai daun limau purut

Cara masak asam pedas daging 

1. Kisar bawang besar, bawang putih , halia dan kunyit hidup. 

2. Tumiskan bahan kisar, serai bersama cili giling hingga pecah minyak. Masukkan lada hitam.

3. Masukkan daging yang di potong kecil-kecil. Masukkan air secukupnya dan masak hingga empuk.

4. Bila kuah makin kurang tambah air sedikit demi sedikit untuk empuk kan daging .

5. Bila dah empuk masukkan air asam jawa dan masak hingga pekat.

6. Masukkan bunga kantan yang di belah dua dan rasakan dengan garam secukupnya. 

7. Carikkan daun limau purut untuk aroma asam pedas dan boleh lah matikan api. 

Siap untuk hidangan panas-panas. Kak ana tak letakkan belacan kerana rumah kak ana ni memang tak makan belacan. Kalau korang suka boleh sahaja masukkan belacan untuk rasa yang lebih sedap lagi lah kan bila ada nya belacan ni. Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat.. In syaa Allah... 



4 Comments

  1. Waduh waduh menggoda sungguh aih asam pedas daging Kak Ana ni ...
    Sy kalau ada asam pedas suka regu dgn telur masin 😋

    ReplyDelete
  2. sedapnya...asam pedas daging ada tetel...suka2..

    ReplyDelete
  3. Sama la aritu daging korban pun nieyl masak asam pedas..yummy..hancus diet ku hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya asam pedas daging xpernah buat lagi

    ReplyDelete