Okay korang, nih entri terakhir cuti-cuti famili kak ana ke rumah adik di Lumut Perak. Banyak food hunt yang sempat kak ana sekeluarga nikmati bila adik , adik ipar dan anak buah kak ana, Haris bawa sepanjang 3 hari dua malam di sana. 

Bermula dengan makan malam ikan bakar tepi laut di Bako Bako Resto, Marina Island , keesokannya kami di bawa sarapan pagi tepi jeti sungai di Warung Roti Canai Abang Mad , lepas tu bersantai di Pantai Teluk Batik, kami melawat pula Pusat Konservasi Penyu, Segari .


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Dari situ, adik kak ana, bawa pula makan tengahari kari kepala ikan di Restoran F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan di Pantai Remis, Perak. Hat ni laa kisah yang kak ana nak share dengan korang semua di entri ini. Memang paduu weii kari kepala ikan dan istimewa sebab ia masakan orang kita bukan kedai mamak naa..  :) 


Restoran F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan, Pantai Remis, Perak 



Waktu kami sampai dah agak lewat dalam jam 2.30 petang lebih kurang. Ye laa kan selepas lepak pantai, kemudian ke pusat konservasi penyu dan dari Segari tu ambil masa juga nak ke Pantai Remis, Perak ni. 

Jadi kebanyakan menu dah habis, tetapi alhamdulillah kari kepala ikan masih ada. Konsepnya kat sini, kita pi bahagian hadapan kedai, pilih saiz kepala ikan mana yang korang nak, dan mudah nak pilih ikut bajet ampa kerana dah tertera di setiap dulang kepala ikan tu harganya. Pepandai ler bajet naa.. 


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Adik ipar kak ana Julia pilih kepala ikan yang berharga RM48 . Lepas tu nanti pekedai akan curahkan kuah kari dan bendi depa hantar ke meja makan kita. Sementara dah pilih lauk utama tu, kak ana ke kaunter menu dan rezeki masih ada lagi beberapa menu kari dan kuih muih yang ada. 



F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Boleh di katakan menu-menu di sini majoriti nya adalah menu masakan kari. Ada kari ikan, kari sotong, kari ayam, kari kambing, kari udang dan pelabagai lagi. Memang bertema kan kari lah senang cerita. Korang boleh lah pilih kari apa nak makan dan buh dalam pinggan nasi atau secara hidang. Self service. 


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Kat kaunter lauk pauk pun dah ada tulis harga siap-siap jadi mudah nak ambil ikut bajet sendiri. Tapi ada juga masakan lain, macam tengahari tu anak kak ana, Adik Ika yang tak minat kekari nih, dia makan ayam masak kicap. Ayam goreng pun ada untuk anak-anak dan ulaman serta sayuran. 



F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Pas tu korang pii pula ke kaunter air dan Masyaa Allah air kat dalam gelas dah siap tuang semuanya, pilih sahaja bawa ke meja, harga cuma RM2 segelas. Murah sangat kan. Ada pelbagai air pilihan . Bawa ke meja dan nanti dah siap semua, ada staff yang akan maii kira dan beri kita bil. 


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Ada lah insiden kelakar bila cerita bab bil ni. Suami kak ana dah ambil dah bil dari staff yang kira tu, konon nak settle kan lah. Boleh pula lepas semua makan, staff tu datang dan minta semula bil, nak tengok balik katanya. Kami pun bagi lah..

Rupanya ada pakatan sulit dengan adik ipar kak ana, Julia. Dia yang nak bayarkan semua bil kami tengahari tu. Allah.. semoga di murahkanNya jua rezeki adik dan adik ipar kak ana, duk belanja dari makan malam tu lagi. Aamiin... 


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak


Kak ana nih, memang suka nau makan kepala ikan. Sampai ke licin laa kak ana habis kan kepala ikan merah tu, sebab anak-anak tak pandai sangat robek kepala ikan. Depa ada juga ambil ayam goreng seketul sorang, sotong laa kan, jadi kak ana lah yang perabih kari kepala ikan. 

Memang sedap sangat Alhamdulillah kena dengan selera kak ana dan keluarga. Masakan kari orang Melayu, orang kita kan sedap berlemak beza masakan kari mamak. Tu yang syok sangat tu hingga menjilat jari ler.. 


F1 Kanji Arab King Kari Kepala Ikan , Pantai Remis, Perak

Macam biasa sebelum nak write up sesebuah entri ni, kak ana cari sedikit info di internet. Rupanya restoran F1 Kanji Arab Kari Kepala Ikan Pantai Remis ni memang viral di kalangan rider. Depa mai konvoi dan makan sini. Banyak juga video di YTC yang di kongsikan geng rider. 


kredit foto Farah Azwani 


Kak ana di fahamkan kedai makan ni hanya di buka pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum sahaja. Korang cuba lah cari info di internet untuk kepastian. Kedai dia sempoi jer, kedai kayu jer tepi jalan di Pantai Remis. 

Ruang parkir ada je dan memang ramai geng motor laa lepak makan sini. Nak datang korang try la waze ke F1 Kanji Arab Pantai Remis. Kak ana datang pun follow kereta adik dari belakang , kami tak waze pun. 

Alhamdulillah selesai dah coretan kenangan makan-makan percutian keluarga ke Lumut, Perak. Memang istimewa dapat berkumpul semua ahli keluarga kecil kami termasuk cicit abah, dak HNH yang genap usianya 6 bulan dah kini. 







6 Comments

  1. Nampak pun sedap kak.. saya pun lebih gemar kari Melayu😅
    Tapi pergi resto tak pernah ambil bahagian kepala sebab yang lain tak pandai makan. Nak ratah seorang banyak sangat pula.

    ReplyDelete
  2. wow mengancam tengok kari kepala ikan situ. lauk banyak habis mesti memang sedap kat sini kan

    ReplyDelete
  3. Wah, saya tak pernah makan sini. Kalau kak Ana tak share, saya pun tak tahu kewujudan kedai kari kepala ikan sedap camni kat Pantai Remis.

    ReplyDelete
  4. kari kepala ikan mengancam selera

    ReplyDelete
  5. Ldy pelik... kenyakan kalau kari mesti kepala ikan.. kat sini pun merata2 kedai kari kepala ikan yg ada.. badan ikannya ke mana menghilang.. kenapa kepala sahaja yg dibuat kari :D

    ReplyDelete
  6. Ini kalo saya ajak suami makan sini, dah pasti senaaaang hatinya 😍❤️. Dia sukaaa sangat kepala ikan kak. Kalo saya kebalikannya 🤣. Tak suka, tapi kalo lihat suami makan, rasa tergoda pula hahaha.

    Nampak sedap semua hidangan kari. Kalo suami pilih kepala ikan, saya pula pilih kari kambing lah 😍😄

    ReplyDelete